Menghabiskan hujung minggu di kampungku.
Sunday, 19 October 2014
ROSLAN SURAJI: HTCM Kursus Pemanduan 4x4 @ Kem Anugerah Alam, Sg. Batangsi, Semenyih
HTCM Kursus Pemanduan 4x4 @ Kem Anugerah Alam, Sg. Batangsi, Semenyih
Tarikh : 19 & 20 Oktober 2014
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan. Hanya RM50 yuran penyertaan, tidak berbaloi rasanya dgn ilmu, pengalaman dan makanan yg diberikan... Sepatutnya kena bayar lebih..Ada kambing golek lagi..
Tahniah dan terima kasih juga kepada Tuan Presiden HTCM dan semua jurulatih yang terlibat...terbaik semua..
Wednesday, 15 October 2014
DEFINISI DAN KONSEP KEGURUAN
DEFINISI DAN KONSEP KEGURUAN
Profesion perguruan atau
bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam
proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan
kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang
lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional
seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Ke-9.
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru
haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi
mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti
kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran
sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran
sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga
hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul
dan tepat.
Dengan
dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan
dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan
tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan
tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri
sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan
tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu
dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya.
Kesedaran
kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti
perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak
dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti
yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan
oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan
Sunday, 14 September 2014
Roslan Suraji: Makan-makan
Sesekali makan di luar waktu malam bersama keluarga...best juga. Sendiri masak, sendiri makan...hehehe
Monday, 8 September 2014
ROSLAN SURAJI ; Anugerah Hari Pengguna Malaysia peringkat Kebangsaan
kalau dah rezeki..
sambil menunaikan amanah yang diberikan oleh boss, dapat pula rezeki terpijak. Alhamdulillah...
Wednesday, 7 May 2014
Roslan Suraji ; NGV... jimat
Dah guna ngv sejak minyak naik kpd RM2.70 pada 4 jun 08. Mula guna ngv pada wira 1.5 auto model 99. Sehingga kini tiada masalah enjin pada kereta tersebut. Spedometer telah menunjukan lebih 370,000 km, namun enjin masih dalam keadaan terbaik dan masih ori kilang lg....(mula pasang meter 80,000 km) Dengan RM12 sahaja, blh bergerak sehingga lebih daripada 180km di hiway...ngv sejak dulu masih lg 68 sen..
Thursday, 1 May 2014
Roslan Suraji. Teater Matahari Yang Sombong.
Berlakon teater.... Oh tidak! Tetapi terpaksa demi kerja kursus semestar 6 ni... Nasib baik x terpilih...Jadi penjaga lighting untuk teater dan kerja-kerja rencam, syukur.... Kalau tidak mahu haru biru jadinya... Apapun..terbaiklah kawan-kawan yg berlakon teater malam tu. Nampak mcm pelakon pro semuanya, enjoy...
Roslan Suraji. HILUX
Seronok juga pandu lux ni..mcm duduk atas kerusi urut ogawa, gegar satu badan...penat juga terutama bila lalu jalan x rata. Pening+mual duduk di belakang bila anak pandu....hehehe. Apapun terbaik apabila melalui jalan x rata dan membawa barang yang kereta x boleh bawa... Selamat Hari Pekerja...
Wednesday, 19 March 2014
Monday, 17 March 2014
RPH MORAL T4 KSSR
RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN KSSR
1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan
Moral Tahun 4 Bestari
2. Tema / tajuk : Mengamalkan adab dalam pergaulan
dengan jiran
3.
Bilangan Murid : 20 Orang
4. Masa : 10.40 -11.40 pagi (60 minit)
5. Standard Pembelajaran : 5.1.1, 5.1.2, 5.1.4
6. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran murid dapat:
Penaakulan
i. Menyenaraikan
adab dalam pergaulan dengan jiran
ii. Menghuraikan
kepentingan adab dalam pergaulan dengan jiran.
Perasaan
Menceritakan sekurang-kurangnya 1 perlakuan beradab
dengan jiran.
Perlakuan
Murid menunjuk cara adab dalam pergaulan dengan
jiran dalam sesuatu situasi dengan bimbingan dan ucapan bertatasusila.
7. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
- Murid
menyatakan adab dalam pergaulan dengan jiran.
- Murid
mendemonstrasikan adab dalam pergaulan dengan jiran dalam pelbagai situasi
iii.
Murid
mengamalkan adab dalam pergaulan dengan jiran dalam kehidupan seharian dan
boleh dicontohi
7. EMK:
i. Kreativiti dan inovasi – menjana idea,
sumbangsaran
ii. TMK - Menggunakan internet
8. Bahan Bantu
Belajar:
Carta, Slaid. Laptop, Projekter, Kertas
Majung, Maker pen, Tape
Langkah / Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Guru dan Murid
|
Catatan
|
Set Induksi
(10 minit)
|
Gambar perumahan
Gambar kawasan kampung
|
-Guru
mempamerkan gambar satu kawasan perumahan dan satu kawasan kampung.
-Guru
menyoal murid berdasarkan gambar
-Murid
melihat gambar dan menjawab soalan guru
-Contoh soalan:
1) -Siapa
diantara anda tinggal di kawasan taman perumahan?
-Saya tinggal di Taman Sri
Tampoi.
2)
-Siapa diantara anda yang tinggal di kawasan kampung?
-Saya tinggal di Kampung Kejai
A
3) -Adakah
anda kenal orang yang tinggal disekeliling rumah anda?
-Kami kenal orang yang tinggal
berdekatan dengan rumah kami. Mereka adalah jiran-jiran kami.
-Guru
mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini
iaitu adab menziarahi jiran.
|
KBKK:
Fikiran refleksi
ILMU:
Moral
NILAI:
Berbudi bahasa
BBM:
Gambar
|
Langkah 1
(20minit)
|
Carta pengertian menziarahi
jiran.
-Mengunjungi orang yang tinggal
berhampiran rumah kediaman kita (40 buah rumah)
-Adab sebelum menziarahi
jiran
1.memilih masa yang sesuai
2.memakai pakaian yang menutup
aurat
-Adab semasa menziarahi jiran
1) -memberi
salam dan bersalaman
2) -meminta
izin untuk masuk
3) -memendekkan
tempoh ziarah
4) -mengawal
pandangan
5) -merendah
suara
|
-Guru
mempamerkan carta pengertian menziarahi jiran dan meminta murid membaca
bersama-sama.
-Murid
membaca pengertian menziarahi jiran seperti yang dipaparkan.
-Guru
menerangkan pengertian menziarahi jiran
-Murid
mendengar penerangan guru serta memahami maksud menziarahi jiran.
-Guru
membahagikan murid kepada 3 kumpulan.(A, B, C)
-Guru
meminta murid kumpulan A menyenaraikan (adab-adab sebelum menziarahi jiran).
Kumpulan B (adab –adab semasa) dan kumpulan C (adab-adab selepas)
-Murid
kumpulan A, B dan C berbincang dan memberi pendapat mereka mengenai adab-adab
sebelum menziarahi jiran berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
-Wakil kumpulan masing-masing
membentangkan hasil perbincangan.
-Guru mempamerkan adab-adab
yang telah dibincangkan dan meminta murid menyebutnya satu persatu sacara
kelas.
-Murid
membaca adab-adab yang dipamerkan oleh guru satu persatu secara kelas.
-Murid
mendengar penerangan guru mengenai adab-adab sebelum menziarahi jiran.
|
KBKK:
Fikiran refleksi, Sumbang saran
ILMU:
Moral, Bahasa Melayu, Metematik
NILAI:
Berbudi bahasa, Hormat menghormati, Menghargai hak jiran.
BBM:
Carta, Slaid. Lap top, Projekter
|
dan
bersopan semasa bercakap
6) -meminta
izin jika hendak menggunakan kemudahan di rumah jiran
Adab selepas berziarah
1) -meminta
izin ketika hendak beredar
2) -memberi
salam dan bersalaman sebelum beredar
|
|||
Langkah 2 (10minit)
|
Perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi
jiran
1)
-Enggan memberi salam.
2)
-Masa tidak bersesuaian
3) -Mengusik
barang-barang tuan rumah
4) -Menjatuhkan
maruah tuan rumah
5) -Mengumpat
6) -Bercakap
kasar
|
-Guru
meminta murid berbincang di dalam kumpulan mengenai perkara-perkara yang
perlu dihindari ketika menziarahi jiran.
-Murid
berbincang di dalam kumpulan memgenai perkara-perkara yang perlu dihindari
ketika menziarahi jiran seperti yang diarahkan oleh guru.
_ Guru meminta wakil
setiap kumpulan menampalkan dan memembentangkan hasil perbincangan di hadapan
kelas
-Wakil
kumpulan membentangkan dan menampalkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
-Guru
meminta murid menyebut isi yang sama hasil pembentangan tersebut
-Murid
menyebut semula isi pembentangan dan menyebut semula isi yang sama hasil
pembentangan setiap kumpulan
|
KBKK:
Fikiran refleksi, Sumbang saran
ILMU:
Moral, Bahasa Melayu
NILAI:
Berbudi bahasa, Hormat
menghormati, Menghargai hak jiran.
BBM:
Kertas Majung, Maker pen, Tape
|
Langkah 3
(10minit)
|
Hikmah
menziarahi jiran
-Mengamalkan perlakuan
beradab dengan jiran
-Pengucapan bertatasusila
|
-Guru mempamerkan carta hikmah
dan murid menyebut mengikut guru.
-Guru menerangkan satu persatu berdasarkan
carta yang dipamerkan.
|
ILMU:
Moral, Ibadah
NILAI:
Menghormati hak
bersama BBM:
Slaid, Lap top, Projekter dan
Lembaran kerja
|
Langkah 4
(5minit)
|
Pengukuhan
Lembaran kerja
|
-Guru
mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menjawabnya.
-Murid
menjawab soalan secara individu.
-Guru
meminta murid menyemak jawapan yang betul
-Murid menyemak jawapan dan
membuat pembetulan jika ada
|
BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Tekun dan sabar
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan
-Guru membuat rumusan
|
-Guru mempamerkan carta pantun
dan meminta murid berpantun bersama-sama secara kelas
-Murid
berpantun bersama-sama.
Guru membuat kesimpulan
terhadap tajuk pembelajaran hari ini dan murid menguasai isi pelajaran hari
ini.
|
BBM:
Carta Pantun.
Nilai:
Semangat berjiran.
|
9. Penilaian P dan
P:
i. lembaran kerja (Padankan gambar dengan ucapan yang berkaitan dengan adap
menziarahi jiran)
ii. Pengucapan bertatasusila apabila bercakap dengan jiran tanpa mengira
pangkat dan umur.
Aktiviti Pengayaan :
Menulis beberapa ayat berkaitan adap yang
perlu dihindari semasa menziarahi jiran.
Aktiviti Pemulihan :
Menyenaraikan Kata Panggilan untuk jiran
seperti Pakcik, Makcik, Datuk, Nenek, Wan, Pak Long, dll
10. Refleksi
i. 16 orang murid telah mencapai standard yang ditetapkan.
ii. 4 orang murid akan diberi latihan pemulihan
sebelum waktu pelajaran akan datang.
Sunday, 16 March 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)