Wednesday, 19 March 2014

Pray for MH370


Masuk hari ke 12... masih x pasti nasib MH370. Harap semuanya selamat.

Monday, 17 March 2014

RPH MORAL T4 KSSR

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR

1.  Mata Pelajaran dan Kelas    :      Pendidikan Moral Tahun 4 Bestari
2.  Tema / tajuk                      :           Mengamalkan adab dalam pergaulan dengan jiran
3.  Bilangan Murid                :          20 Orang
4.  Masa                                  :           10.40 -11.40 pagi (60 minit)
5.  Standard Pembelajaran  :           5.1.1, 5.1.2, 5.1.4
6.  Objektif Pembelajaran    : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:   
Penaakulan 
            i.          Menyenaraikan adab dalam pergaulan dengan jiran
            ii.          Menghuraikan kepentingan adab dalam pergaulan dengan jiran.
Perasaan
Menceritakan sekurang-kurangnya 1 perlakuan beradab dengan jiran.
Perlakuan
Murid menunjuk cara adab dalam pergaulan dengan jiran dalam sesuatu situasi dengan bimbingan dan ucapan bertatasusila.

7.  Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
  1. Murid menyatakan adab dalam pergaulan dengan jiran.
  2. Murid mendemonstrasikan adab dalam pergaulan dengan jiran dalam pelbagai situasi
iii.    Murid mengamalkan adab dalam pergaulan dengan jiran dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi

7.  EMK:
              i.      Kreativiti dan inovasi – menjana idea, sumbangsaran
              ii.     TMK  - Menggunakan internet
 
                       

8.  Bahan Bantu Belajar:
        
 Carta, Slaid. Laptop, Projekter, Kertas Majung, Maker pen, Tape


Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
Guru dan Murid
Catatan
Set Induksi
(10 minit)

Gambar perumahan





Gambar kawasan kampung

       
    -Guru mempamerkan gambar satu kawasan perumahan dan satu kawasan kampung.
    -Guru menyoal murid berdasarkan gambar
    -Murid melihat gambar dan menjawab soalan guru
-Contoh soalan:
1)   -Siapa diantara anda tinggal di kawasan taman perumahan?
-Saya tinggal di Taman Sri Tampoi.
2)   -Siapa diantara anda yang tinggal di kawasan kampung?
-Saya tinggal di Kampung Kejai A

3)   -Adakah anda kenal orang yang tinggal disekeliling rumah anda?  
      -Kami kenal orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kami. Mereka adalah jiran-jiran kami.
   -Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini iaitu adab menziarahi jiran.
KBKK:
Fikiran refleksi

ILMU:
Moral

NILAI:
Berbudi bahasa

           BBM:
Gambar




Langkah 1
(20minit)
Carta pengertian menziarahi jiran.
-Mengunjungi orang yang tinggal berhampiran rumah kediaman kita (40 buah rumah)

-Adab sebelum menziarahi jiran
1.memilih masa yang sesuai
2.memakai pakaian yang menutup aurat

-Adab semasa menziarahi jiran
1)   -memberi salam dan bersalaman
2)   -meminta izin untuk masuk
3)   -memendekkan tempoh ziarah
4)   -mengawal pandangan
5)   -merendah suara
    -Guru mempamerkan carta pengertian menziarahi jiran dan meminta murid membaca bersama-sama.
    -Murid membaca pengertian menziarahi jiran seperti yang dipaparkan.
    -Guru menerangkan pengertian menziarahi jiran
    -Murid mendengar penerangan guru serta   memahami maksud menziarahi jiran.

    -Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.(A, B, C)

    -Guru meminta murid kumpulan A menyenaraikan (adab-adab sebelum menziarahi jiran). Kumpulan B (adab –adab semasa) dan kumpulan C (adab-adab selepas)


    -Murid kumpulan A, B dan C berbincang dan memberi pendapat mereka mengenai adab-adab sebelum menziarahi jiran berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
      -Wakil kumpulan masing-masing membentangkan hasil perbincangan.
-Guru mempamerkan adab-adab yang telah dibincangkan dan meminta murid menyebutnya satu persatu sacara kelas.


   -Murid membaca adab-adab yang dipamerkan oleh guru satu persatu secara kelas.


   -Murid mendengar penerangan guru mengenai adab-adab sebelum menziarahi jiran.
KBKK:
Fikiran refleksi, Sumbang saran

ILMU:
Moral, Bahasa Melayu, Metematik

NILAI:
Berbudi bahasa, Hormat menghormati, Menghargai hak jiran.

           BBM:
Carta, Slaid. Lap top, Projekter
dan bersopan semasa bercakap
6)   -meminta izin jika hendak menggunakan kemudahan di rumah jiran
Adab selepas berziarah
1)   -meminta izin ketika hendak beredar
2)   -memberi salam dan bersalaman sebelum beredar
Langkah 2   (10minit)
Perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran
1)   -Enggan memberi salam.
2)   -Masa tidak bersesuaian
3)    -Mengusik barang-barang tuan rumah
4)    -Menjatuhkan maruah tuan rumah
5)    -Mengumpat
6)    -Bercakap kasar
   -Guru meminta murid berbincang di dalam kumpulan mengenai perkara-perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran.

   -Murid berbincang di dalam kumpulan memgenai perkara-perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran seperti yang diarahkan oleh guru.  
_  Guru meminta wakil setiap kumpulan menampalkan dan memembentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas
    -Wakil kumpulan membentangkan dan menampalkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
    -Guru meminta murid menyebut isi yang sama hasil pembentangan tersebut
    -Murid menyebut semula isi pembentangan dan menyebut semula isi yang sama hasil pembentangan setiap kumpulan
KBKK:
Fikiran refleksi, Sumbang saran

ILMU: 
Moral, Bahasa Melayu
NILAI:
Berbudi bahasa, Hormat menghormati, Menghargai hak jiran.
BBM:
Kertas Majung, Maker pen, Tape
Langkah 3
(10minit)
Hikmah menziarahi jiran
-Mengamalkan perlakuan
beradab dengan jiran
-Pengucapan bertatasusila
-Guru mempamerkan carta hikmah dan murid menyebut mengikut guru.

-Guru menerangkan satu persatu berdasarkan carta yang dipamerkan.
ILMU: 
Moral, Ibadah
NILAI:
Menghormati hak bersama BBM:
Slaid, Lap top, Projekter dan Lembaran kerja
Langkah 4
(5minit)
Pengukuhan
Lembaran kerja
   -Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menjawabnya.
   -Murid menjawab soalan secara individu.

   -Guru meminta murid menyemak jawapan yang betul
-Murid menyemak jawapan dan membuat pembetulan jika ada
BBM: 
Lembaran kerja

Nilai: 
Tekun dan sabar
Penutup
(5 minit)
Rumusan
-Guru membuat rumusan
-Guru mempamerkan carta pantun dan meminta murid berpantun bersama-sama secara kelas
   -Murid berpantun bersama-sama.
Guru membuat kesimpulan terhadap tajuk pembelajaran hari ini dan murid menguasai isi pelajaran hari ini.
BBM:
Carta Pantun.

Nilai:
Semangat berjiran.


9.  Penilaian P dan P:
i.      lembaran kerja (Padankan gambar dengan ucapan yang berkaitan dengan adap menziarahi jiran)
ii.     Pengucapan bertatasusila apabila bercakap dengan jiran tanpa mengira pangkat dan umur.
Aktiviti Pengayaan :
            Menulis beberapa ayat berkaitan adap yang perlu dihindari semasa menziarahi jiran.
Aktiviti Pemulihan :
            Menyenaraikan Kata Panggilan untuk jiran seperti Pakcik, Makcik, Datuk, Nenek, Wan, Pak Long, dll
10. Refleksi
             i.   16 orang murid  telah mencapai standard yang ditetapkan.
             ii.  4 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.


Sunday, 16 March 2014

Tasik Kenyir



Puas anak-anak bermain air di Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir...(11-13 Feb. 2013)








































Santai TMS MX

cuba-cuba

Kereta Idaman


Hahaha....kalau aku kaya....nak beli sebiji yg ni... senang nak bawa barang2...

assigment semestar 6..BMM3112

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN ASAL USUL BAHASA MELAYU Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masihi. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris. LATAR BELAKANG BAHASA MELAYU KLASIK Definisi Bahasa Melayu Klasik Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa . Di antaranya ialah AsmahHj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.   Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Di dalam buku tulisan GoayTeckChong,Choo Say Tee &Zainuddin Ahmad (2006) yang bertajuk Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu ada mencatatkan bahawa bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13. Sebelum memasuki zaman bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenal sebagai zaman bahasa Melayu Praklasik. Zaman praklasik ini dikata bermula pada abad ke-11 dan berlanjutan hingga abad ke-14 apabila aksara jawi digunakan. Pengaruh Hindu dan Islam bercampur-aduk dari segi sistem penulisan dan kosa kata dalam bahasa Melayu. Sistem ini dinamakan “arkaik” iaitu kata-kata yang bersifat sankrit dan aksara untuk menuliskan kata-kata yang pekat kearabannya. Secara umumnya, bahasa Melayu Klasik digunakan antara abad ke-14 hingga abad ke-19 (dari tarikh yang tercatat pada batu bersurat Kuala Berang hingga ke zaman Abdullah Munsyi). Bahasa Melayu Klasik ini mencapai zaman kegemilangannya pada zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh, dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat pada zaman Melaka kerana : i. Pengaruh politik Melayu membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan mudah. ii. Bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam yang tinggi darjah kebudayaannya. iii. Perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab yang membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan, sejarah dan undang-undang. Peranan Bahasa Melayu Klasik i. Lingua Franca ii. Bahasa Pentadbiran iii. Bahasa Rasmi iv. Bahasa Ilmu   Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan. Ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah: A. Sistem Tulisan dan Ejaan. Pada era bahasa Melayu Klasik, tulisan Jawi (yang berasal daripada tulisan Arab) merupakan sistem tulisan terpenting. Tulisan jawi ialah sejenis sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. B. Kosa kata. Apabila adanya pengaruh Islam, kosa kata bahasa Melayu telah diperkaya dengan kata-kata atau istilah-istilah yang dipinjam/diserap daripada bahasa Arab. Sebagai contohnya, kata syurga berubah daripada konsep syurga dalam pengertian Hindu kepada konsep yang didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian al-Jannah, dan konsep yang didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian an-Nar. C. Tatabahasa.Ciri-ciri tatabahasa bahasa Melayu Klasik dapat ditinjau daripada aspek penggunaan perkataan, imbuhan dan struktur ayat. Daripada aspek penggunaan perkataan, bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan bahasa Istana, menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih). Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Banyak menggunakan partikel pun dan lah.   Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik Batu Bersurat Bukti kegemilangan Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. i. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303[1]) ditulis dalam tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Malah ia juga membuktikan bahawa pengaruh Islam telah bertapak di rantau ini. Teks yang terdapat pada batu bersurat ini menunjukkan percampuran kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman Sanskrit, Jawa dan Arab. ii. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. iii. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Tokoh dan Hasil Karya Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Hasil karya yang terkenal pula ialah: i. Hikayat Raja-Raja Pasai ii. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah iii. Hikayat Amir Hamzah iv. Bustanus Salatin v. Sulalatus Salatin vi. Sejarah Melayu vii. Hikayat IskandarZulkarnain Salasilah Tulisan Jawi Tulisan jawi mempunyai nilai yang tersendiri sebagai warisan bangsa.Tulisan jawi adalah daripada skrip arab yang sampai ke kepulauan melayu bersama dengan kedatangan agama islam.Skrip arab pula tergolong dalam keluarga semitik daripada cabangansemitik utara yang menurunkan keluarga kecil aramaik dan seterusnya kepada nabaetan dan kepada skrip arab.Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada pengaruh Islam yang hampir meresap ke dalam kebudayaan Orang Melayu. Tulisan ini sampai ke Alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Malah Sebelum tulisan jawi muncul dalam arena budaya Melayu, telah wujud satu bentuk tulisan daripada pengaruh tulisan Dewanegara yang digunakan oleh orang-orang Pallava di India, dan di negeri-negeri lain seperti di Sumatera Selatan, Campa, Ligor dan Jawa. Hal ini dapat dilihat pada prasasti Kota Kapor, serta bermacam-macam lagi tulisan kuno yang dijumpai di Talang Tuwo, Karang Berahi, dan Pasemah. Selain itu,di Jawa pula beberapa prasasti didapati menggunakan tulisan Pallava. J. G Casparis telah membahagikan skrip Pallava di Kepulauan Melayu kepada zaman iaitu zaman Pallava Kemudian. Zaman Pallava Awal skripnya mempunyai ciri-ciri skrip India Selatan dan Sri Lanka. Manakala skrip Pallava Kemudian menyerupai skrip Kawi Awal seperti yang terdapat pada Inskripsi Jawa Kuno dalam pertengahan abad ke8. Skrip Pallava Awal yang dijumpai di Kepulauan Melayu kesemuanya tertulis dalam bahasa Sanskrit, sementara skrip Pallava Kemudian, terutama yang terdapat pada Inskripsi Srivijaya, sementara skrip Pallva Kemudian, terutama yang terdapat pada Inskripsi Srivijaya telah menggunakan bahasa Melayu Tua.   LATAR BELAKANG BAHASA MELAYU MODEN Perkembangan Bahasa Melayu Moden Menurut Siti Khajar Abdul Aziz di dalam bukunya Bahasa Melayu 1 (2008) Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Namun Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu, tulisan GoayTeck Chong, Choo Say Tee &Zainuddin Ahmad (2006) mencatatkan bahawa, ada pengkaji yang berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan daripada bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden. Menurut mereka, zaman bahasa Melayu moden sebenarnya bermula pada awal abad ke-20. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen”. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum. Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpusbahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan. Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat. Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah. Tokoh-Tokoh Penting Bahasa Melayu Moden Terdapat beberapa orang tokoh-tokoh penting yang menyumbang kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden. Tokoh yang pertama ialah Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi. Karya beliau iaitu Hikayat Abdullah, memperlihatkan pembaharuan daripada segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan zaman permulaan bahasa Melayu moden. Manakala Raja Ali Haju pula memperlihatkan dirinya sebagai cendekiawan Melayu yang serba boleh dengan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti bahasa, agama, sejarah dan sastera. Sumbangan Raja Ali Haji dalam bidang kesusasteraan lebih tertumpu kepada puisi, khususnya syair. Mohd Said Bin Haji Sulaiman adalah salah seorang yang menjadi tunjang penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan) ketika zaman perkembangan zaman bahasa Melayu Moden. Dalam bidang bahasa karya-karya beliau meliputi bidang perkamusan, ejaan, tatabahasa, dan penggunaan bahasa. Za’ba merupakan tokoh bahasa yang memberikan sumbangan yang amat menonjol dalam bidang tatabahasa. Selain menghasilkan karya-karya Za’ba juga memberikan sumbangan mengangkat martabat bahasa Melayu menerusi jawatan yang dipegang oleh beliau.   Fungsi - Fungsi Bahasa Bahasa perlu dipelajari untuk mendapatkan kebolehan menggunakan bahasa tersebut secara praktikalnya. Namun begitu, bahasa juga penting sebagai alat yang membantu kita mencapai pelbagai objektif yang diingini dalam hidup. Bahasa mempunyai pelbagai fungsi, fungsi ini boleh diringkaskan seperti dibawah : A. Bahasa komunikasi Bahasa sebagai alat komunikasi bermaksud bahasa digunakan dalam kehidupan seharian untuk berhubung. Dalam konteks ini, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca sejak zaman bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik. Bahasa yang digunakan haruslah difahami oleh kedua-dua belah pihak yang bertutur. Jika sebelah pihak tidak memahami bahasa yang digunakan maka perbualan itu tidak dianggap komunikasi. B. Bahasa perpaduan Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, bahasa Melayu turut menjadi bahasa yang menyatu padukan seluruh rakyat yang berbilang kaum. Bahasa ini digunakan dalam pertuturan harian. Walaupun berbeza bahasa ibunda namun jika bertutur di antara kaum yang berbeza bahasa Melayu akan digunakan dan kedua-dua pihak masih boleh memahami apa yang dipertuturkan. C. Bahasa ilmu Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Malah bahasa ini turut diketengahkan dalam bentuk penulisan sama ada penulisan kreatif atau untuk tujuan pendidikan. Malah pelbagai informasi terkini disalurkan dalam bentuk penulisan iaitu melalui rencana, akhbar dan artikel. Selain itu, bahasa turut digunakan untuk tujuan pemerintahan atau melahirkan pendapat seperti berhujah, bahasa dan sebagainya.   ANALISIS CIRI-CIRI BAHASA MELAYU BERDASARKAN SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR DAN HIKAYAT ABDULLAH Di dalam buku karya-karya sastera bercorak sejarah yang ditulis oleh Ali Ahmad (1987), ada tercatat bahawa sejarah menurut Burchardt adalah rakaman apa yang dianggap bernilai oleh suatu zaman yang harus dicatatkan dalam zaman yang lain dan bagi penyusun Sejarah Melayu apa yang bernilai dicatatkan itu adalah mengenai Melaka. Sulalatus salatin memang telah dikenal sejak lama dulu. Kitab ini lebih dikenali dengan judul Sejarah Melayu. Hingga masa ini, yang kita ketahui, bilangan naskhah Sejarah Melayu yang masih tersimpan dengan baiknya di perpustakaan-perpustakaan ialah dua puluh sembilan naskah. Ini tidak termasuk naskhah yang mungkin dimiliki oleh orang-orang perseorangan. Di antaranya ialah 11 naskah yang terdapat di United Kingdom, 12 naskhah di negeri Belanda, 5 di Indonesia dan sebuah di Rusia. Teks sejarah Melayu yang pertama sekali yang dilahirkan telah dianotasikan oleh Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi serta diterbitkan buat kali pertamanya di Singapura pada tahun 1831. Kemudian teks yang kedua telah diedit oleh Dulaurier, tetapi teks ini tidak sempat siap kerana kematian beliau. Lain-lain teks yang cuba dikerjakan oleh beberapa orang sarjana termasuk teks yang kini dikenal sebagai teks kepunyaan W.G Shellabear, teks dari versi No.18 kepunyaan Rafles yang dikerjakan dan diterbitkan oleh R.O Winstedt dan sebuah teks lagi di Indonesia yang diedit dan diterbitkan oleh Datuk Madjoindo pada tahun 1959. Kesemua naskah ini memang terdapat perbezaan yang banyak dari pelbagai segi, walaupun kesannya yang lebih besar dan jelas memang tidak dapat kita nafi. Bagi tujuan perbandingan tentang perbezaannya, saya ambil dua buah buku teks Melayu iaitu Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah karangan Abdullah Munsyi.   HIKAYAT ABDULLAH Riwayat hidup Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi Laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi, mencatatkan bahawa Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi, (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. Beliau dilahirkan di kampung Masjid, Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854. Namun menurut catatan di dalam buku Pengajian Kesah Pelayaran Abdullah Munsyi (1960) susunan A.H Edrus pula mencatatkan bahawa “Abdullah telah di-peranakkan di-Melaka pada Tahun Masehi 1795 ia-itu betul-betul pada tarikh negeri Melaka bertukar tangan daripada pemerentahan Belanda kepada pemerentahan Inggeris. Bapa-nya keturunan Arab berchampor Tamil dan ibu-nya berbangsa Tamil, tetapi ia di-bela dan hidup mengikut adat resam Melayu berchampor gaul dengan keluarga Melayu di-negeri tua Melayu ia-itu Melaka.” Beliau mendapat gelaran munsyi pada usia 11 tahun apabila mengajarkan pendidikan agama Islam kepada askar melayu di Melaka. Pada masa mudanya, Abdullah bergaul dengan pegawai dan paderi Inggeris. Kesan pergaulan itu terjelma dalam penulisannya. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadarmemperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Di antara hasil tulisan beliau ialah : i. Syair Singapura Terbakar 1830 ii. Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835) iii. Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837) iv. Dawai-Kulub (1838) v. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) vi. Hikayat Abdullah (1843) vii. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854) viii. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838) ix. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekah (1858-9). x. Syair Singapura Terbakar (1843) xi. Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?) xii. Malay Poem on New Year‟s Day (1848) xiii. Ceretera Kapal Asap (1843) xiv. Ceretera Haji Sabar „Ali (1851)   Hikayat Abdullah Laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi menyebut bahawa Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir 1849, Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 1880 merupakan kisah pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1849. Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu. Ia merupakan antara teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial. Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan tentang realisme. Karya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi tetapi perseptif tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19. Ia menceritakan sekilas tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura , dan tentang acara seperti pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A Famosa di Melaka, dan lawatan Lord Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka. Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada zamannya, para pegawai dari Inggeris Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford Raffles, Kolonel Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah dari Kesultanan Johor, mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China.   Analisis Ciri-Ciri Bahasa Melayu Dalam Hikayat Abdullah Setelah berbincang bersama, kami mendapati buku Hikayat Abdullah karya Abdullah Munsyi ini menggunakan Bahasa Melayu Moden sebagai bahasa penulisannya. Ini kami dapati atas beberapa bukti yang menyokong pernyataan kami bahawa Abdullah Munsyi menggunakan bahasa Melayu moden dalam penceritaan bukunya ini. Pertamanya, bukti yang menyokong kepada pernyataan kami susur galur daripada bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu klasik masih boleh dilihat dalam penggunaan ayat di dalam buku ini. Sebagai contoh, penggunaan kata pangkal ayat yang merupakan ciri utama bahasa Melayu klasik masih digunapakai dalam penulisan buku ini. Pada halaman 121 “ Shahadansa-telah esok pukul sa-puloh…”, “shahadan” merupakan kata pangkal ayat yang digunakan secara meluas dalam penulisan bahasa Melayu klasik. Penggunaan kata pangkal ayat „hatta‟ juga dalam ayat “Hatta kemudian daripada sadiki hari pula bapa-ku memegang kerajaan…” menunjukkan masih ada unsur bahasa Melayu klasik dalam buku Hikayat Abdullah ini. Kedua, ciri-ciri bahasa Melayu moden adalah mempunyai banyak kata serapan daripada bahasa asing atau bahasa serumpun. Penggunaan bahasa arab banyak digunakan dalam buku Hikayat Abdullah ini. Sebagai contoh pada halaman 12 dalam ayat “…mudah-mudahan di-beri Allah akan di shurga tempat kediamannya…” yang menggunakan perkataan arab “shurga”. Selain itu, penggunaan perkataan arab “kor’an” pada halaman 13 dalam ayat “…laki-laki dan perempuan mengaji Kor’an…” menunjukkan serapan daripada bahasa Arab. Ketiga, bahasa Melayu moden juga menerima istilah-istilah daripada bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris bagi memperkaya dan menambah kosa kata. Banyak perkataan bahasa Inggeris yang digunapakai dalam buku Hikayat Abdullah ini. Contohnya, perkataan „secretaries government‟ dalam ayat “…perentah dari Betawi ia-itu daripada tuan secretaries government ka-Melaka…” pada halaman 8 serta perkataan „engineer‟ pada halaman 11 dalam ayat “…raja Inggeris itu Major Cook, dan nama engineer-nya Farquhar”. Keempat, corak penulisan bahasa Melayu moden tidak lagi berkisar kisah-kisah di istana sebagaimana penulisan karya-karya bahasa Melayu klasik yang keseluruhannya mempunyai cerita berlatar belakangkan istana. Sebagai contohboleh dilihat daripada senarai kandungan buku Hikayat Abdullah antaranya Dari Hal Tuan Raffles dan Dari Hal Lord Minto. Cerita-cerita ini berkisarkan mengenai pihak-pihak Inggeris yang dating ke Tanah Melayu dan tidak lagi berlatarbelakangkan penceritaan di istana dan institusi beraja. Bukti yang kelima ialah penceritaan buku Hikayat Abdullah ini tidak seperti penceritaan menggunakan bahasa Melayu klasik yang banyak menggunakan unsure mitos dan lagenda. Buku Hikayat Abdullah ini menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku contohnya kedatangan pihak Inggeris ke Melaka dan hal negeri Singapura yang bukannya mitos ataupun cerita rekaan semata-mata., Keseluruhan ciri-ciri serta bukti-bukti di atas menujukkan bahawa buku Hikayat Abdullah ini lebih banyak menggunakan penulisan bahasa Melayu moden. Karya Abdullah Munsyi ini juga dianggap sebagai permulaan kepada penggunaan bahasa Melayu moden dalam penulisan pengkarya.   SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR Riwayat Hidup Shellabear William GirdlestoneShellabear sering disingkatkan kepada WG Shellabear. Beliau lahir pada 27 Ogos 1862 di England dan ditemui mati pada 16 Januari 1947 di Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang askar dan juga perintis bahasa dengan sekurang- kurangnya 55 buah karya sasteranya diterbitkan terutamanya Melayu. Edisi bahasa Inggeris itu diterjemahkan daripada Sejarah Melayu atau "Sejarah Melayu" masih di cetak, dan boleh didapati hari ini. Beliau meninggalkan banyak buku mengenai perbendaharaan kata Melayu, kamus, buku teks, dan kerja-kerja agama bagi Misi Kristian. Kehidupan awal beliau sebagai seorang penulis bermula apabila Shellabear pertama kali datang ke Singapura pada tahun 1887 pada usia 25 tahun sebagai Pegawai Jurutera Diraja. Beliau amat mementingkan agama. Oleh kerana itu, beliau meninggalkan perkhidmatan tentera untuk menyertai Misi Methodist dan membantu masyarakat asli mengenali agama Kristian. Untuk membantu mereka dengan keperluan penerbitan mereka, beliau kembali ke England untuk belajar seni percetakan. Pada tahun 1890, beliau memulakan Misi Methodist Press. Akhbar yang dicetak buku beliau pada kosa kata, kamus, buku teks dan kerja-kerja agama lain untuk misi. Shellabear membuat kajian khas bahasa dan mendapat kefasihan dalam bahasa Melayu. Beliau belajar dan mula menyayangi kesusasteraan Melayu. Beliau juga boleh membaca dan juga menulis dalam tulisan jawi dan bahasa rumi. Pada tahun 1917, kepentingan beliau dalam kesusasteraan membuatkan beliau mula mempelajari bahasa Arab. Pada tahun 1901, beliau mula bekerja pada 6500 perkataan perbendaharaan kata Melayu-Inggeris yang telah siap dan diterbitkan pada tahun 1902. Dari 1902-1915, Shellabear telah memulakan penulisan beliau dalam Sejarah Melayu atau "Sejarah Melayu", Pada bulan Jun 1913, beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat Ijazah Ketuhanan oleh Ohio Wesleyan University, sebagai pengiktirafan bagi penerbitan Bible lengkap dalam Bahasa Melayu pada bulan Ogos 1912. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Cawangan Straits daripada Royal Society Asia pada tahun 1914. Beliau menjadi seorang profesor di Drew Theological Seminary, dan kemudian di Hartford Seminary Yayasan sehingga tahun 1938. Dalam tahun-tahun selepas bersara, Shellabear terus membantu ulama Melayu yang lain dengan persediaan untuk penerbitan buku. Beliau menulis memoir bertajuk Kehidupan Reverend WG Shellabear, DD diterbitkan pada tahun 1942. William GirdlestoneShellabear meninggal dunia dalam tidur, dalam Hartford, Connecticut, pada 16 Januari, 1947 pada usia lapan puluh empat. Analisis Ciri-Ciri Bahasa Melayu Dalam Sejarah Melayu Versi Shellabear Menerusi buku Sejarah Melayu yang diusahakan oleh William G. Shellabear, ciri-ciri Bahasa Melayu yang terdapat dalam buku ini adalah ciri-ciri Bahasa Melayu klasik. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa buku Sejarah Bahasa Melayu ini menggunakan penggunaan Bahasa Melayu Klasik di dalamnya. Antara ciri Bahasa Melayu klasik adalah penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit. Contoh dalam buku Sejarah Melayu ini pada muka surat ke-3 Cetera Yang Pertama, “ I‟lam, ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya cerita, bahwa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rum bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya, sekali peristiwa baginda berjalan hendak melihat matahari terbit; maka baginda sampai pada serokan negeri Hindi ”. Contoh yang kedua adalah pada muka surat 4, “Maka adapun akan Raja Kinda Hindi itu, ada beranak seorang perempuan terlalu baik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya pada masa itu, cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari dan bulan, dan amat bijaksana budi pekertinya putrid itu, namanya SyarulBahiyah”. Dua contoh ini merupakan penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit yang merupakan ciri-ciri Bahasa Melayu klasik. Selain itu, ciri-ciri Bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu ini ialah banyak menggunakan ayat pasif. Contoh yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu adalah “ Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kanda Hindi seperti pakaian dirinya” dan “ Maka dititahkanlah oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya”. Penggunaan kata “dipersalini” dan “dititahkanlah” adalah merupakan kata kerja pasif dan penggunaannya dalam ayat pasif membuktikan ciri Bahasa Melayu Klasik yang terdapat pada buku Sejarah Melayu karya ulasan Shellabear. Bukti yang ketiga adalah penggunaan bahasa istana dalam ayat. Sebagai contoh, penggunaan “baginda” dalam ayat “ Maka dengan takdir Allah taala lembu kenaikan baginda itupun muntahkan buih…”, dan “patik” dalam ayat “Jikalau anakpatik Tuanku peristeri…”. Penggunaan bahasa istana “baginda” dan “patik” menunjukkan ciri-ciri Bahasa Melayu klasik. Keempat, penggunaan kosa kata klasik memberikan bukti, buku Sejarah Melayu ini menggunakan Bahasa Melayu Klasik. Sebagai contoh, penggunaan kata “hulubalang” dalam ayat “Maka Betara Majapahit pun menitahkan hulubalangnya berlengkap perahu akan menyerang Singapura…” dan ayat “pelannya panjang delapan depa..” pada muka surat 33 dan 34 menunjukkan penggunaan kosa kata klasik dimasukkan di dalam buku Sejarah Melayu ini. Bukti yang kelima merupakan bukti yang agak jelas menunjukkan buku Sejarah Melayu ini menggunakan Bahasa Melayu klasik. Bukti ini adalah dengan penggunaan kata pangkal ayat dalam ayat yang dituliskan. Sebagai contoh pada muka surat 59 Cetera yang Kesebelas ayat “Syahdan,apabila raja berangkat hari raya berusung…”. Penggunaan kata pangkal ayat “Syahdan” menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik. Selain itu, pada muka surat 67 Cetera yang Ketigabelas pada ayat “Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai…” dengan penggunaan kata pangkal ayat „adapun‟. Kelima, bukti penggunaan Bahasa Melayu klasik ialah penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel “pun” dan “lah”. Sebagai contoh pada halaman 77 Cetera yang Ketigabelas dalam ayat “Adapun akan Seri Nara Diraja pun beranak dengan Tun Kudu….”. Penggunaan partikel “pun” jelas kelihatan. Selain itu, pada muka surat 125 Cetera yang Keduapuluh Tiga dalam ayat “ kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raden Kelang…” penggunaan partikel “lah” jelas digunakan juga. Melalui bukti-bukti ini, dapat dilihat penggunaan Bahasa Melayu klasik dalam penulisan Sejarah Melayu versi Shellabear ini.   Sumbangan Terhadap Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Gaya bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalambahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam bahasa Melayu Klasik ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al- Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu. Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting. Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata Melayu. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah Melayu, pantaitimur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern. Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.