Menghabiskan hujung minggu di kampungku.
Sunday, 19 October 2014
ROSLAN SURAJI: HTCM Kursus Pemanduan 4x4 @ Kem Anugerah Alam, Sg. Batangsi, Semenyih
HTCM Kursus Pemanduan 4x4 @ Kem Anugerah Alam, Sg. Batangsi, Semenyih
Tarikh : 19 & 20 Oktober 2014
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan. Hanya RM50 yuran penyertaan, tidak berbaloi rasanya dgn ilmu, pengalaman dan makanan yg diberikan... Sepatutnya kena bayar lebih..Ada kambing golek lagi..
Tahniah dan terima kasih juga kepada Tuan Presiden HTCM dan semua jurulatih yang terlibat...terbaik semua..
Wednesday, 15 October 2014
DEFINISI DAN KONSEP KEGURUAN
DEFINISI DAN KONSEP KEGURUAN
Profesion perguruan atau
bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam
proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan
kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang
lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional
seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Ke-9.
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru
haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi
mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti
kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran
sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran
sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga
hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul
dan tepat.
Dengan
dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan
dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan
tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan
tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri
sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan
tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu
dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya.
Kesedaran
kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti
perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak
dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti
yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan
oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan
Subscribe to:
Posts (Atom)