GANGSTERISME
PENGENALAN
Gengstarisme
merupakan satu budaya hidup yang keterlaluan dan melanggar norma-norma
kehidupan bermasyarakat.Gengsterisme juga merupakan kelakuan yang akan memusnah
dan merosakkan persekitaran yang dilakukan secara berkumpulan.(Pusat maklumat
rakyat,MAC 2009)
Sejak akhir ini terdapat suara-suara
yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda dalam
aktiviti-aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di
negara ini. “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa
patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat belajar
” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. Begitulah antara
tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa
kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan
disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini semakin
serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan
Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima
nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.
Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi
pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan
program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang
pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi
maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja
sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang
tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan
negara.
Menurut
kamus dewan edisi ke-4,halaman 458, Geng ialah kumpulan kerja (penjenayah).
Gengster ialah ahli atau kumpulan penjenayah atau samseng. Gengsterisme pula
merujuk kepada kegiatan-kegiatan gengstar iaitu masalah-masalah yang dilakukan
oleh kumpulan samseng secara berkumpulan.
Gengsterisme
adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih
berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati
semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat
dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme ini. Peningkatannya
kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. Penularan
gengsterisme semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara dari
masa ke semasa.
Menurut Thrasher
(1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan
bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan kumpulan.
Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat
mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher (1961)
juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri -ciri
seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan
secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Taylor (1993), ia merujuk
kepada empat kriteria yang berbeza mengenai gang daripada aspek fungsi remaja
dan lain-lain jenis kumpulan remaja.
Menurut
kajian Haslina Hassan(2002)mendapati bahawa kegiatan gengsterisme merupakan
pengaruh daripada rakan-rakan yang lebih tua daripada mereka untuk melakukan
keganasaan.Remaja akan lebih cenderung untuk melakukan jenayah apabila mereka
mendapat tunjuk ajar daripada orang yang lebih dewasa daripa mereka.Remaja akan
berasa dilindungi dan mereka akan bersifat lebih agresif lagi.Hal ini
menimbulkan banyak berkaitan gengsterisme akan berlaku di negara kita.
Kewujudan kumpulan gengster di
sekolah akan memberi kesan yang buruk kepada para pelajar khususnya dan amnya
kepada pihak sekolah kerana ahli-ahli gengster sentiasa melakukan salah laku
yang boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Gaustad,
1991). Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana
sentiasa diganggu oleh pelajar yang terlibat dengan kumpulan gengster
termasuklah aspek gangguan terhadap pengajaran guru. Mereka ini juga tidak
berminat untuk belajar. Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka
terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda
-tanda awal perlakuan gengsterisme adalah amat penting bagi menangani masalah
perlakuan gengsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang
selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang
selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
Sebarang ancaman serta rasa tidak
selamat di kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gengsterisme ini sedikit
sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu
kajian ini akan mengkaji tentang faktor-faktor yang paling mempengaruhi gejala
gengsterisme di sekolah dari aspek rakan sebaya, keluarga, media massa dan
individu itu sendiri. Kajian ini dapat mengkaji apakah persepsi pelajar dan
guru tentang perlakuan gengsterisme di sekolah. Kajian ini juga akan mengkaji
dan meneliti kekerapan perlakuan dan ciri-ciri gengsterisme serta aktiviti
-aktiviti yang dilakukan oleh gengsterisme di sekolah. Di samping itu kajian
ini boleh mengkaji hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik dan
pendapatan keluarga pelajar yang terlibat dengan gengsterisme.
2. PUNCA MASALAH ITU
Gejala
gangsterisme pada masa kini berpunca daripada pelbagai faktor.Ia merangkumi
faktor dalaman dan luaran.Faktor dalaman merujuk kepada diri individu itu
sendiri, faktor luaran pula merujuk kepada faktor persekitaran seperti
pengaruh-pengaruh daripada rakan sebaya,ahli keluarga dan sebagainya. (Cindy,
Tursman, Moore 1930).
2.1 FAKTOR
DALAMAN INDIVIDU ITU SENDIRI
Meninjau
dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks. Para
remaja sering menumpukan perhatian kepada perkara seperti ketidakpuasan,
kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami oleh orang lain. Remaja juga
sering dikatakan sebagai zaman yang banyak menimbulkan tekanan jiwa pada
individu. Namun, tempoh ini juga dilihat sebagai zaman kegemilangan perkembangan.Seseorang
individu yang kekurangan didikan agama biasanya lebih mudah terjebak ke dalam
kegiatan gangsterisme.
Mereka
hanya bertindak mengikut keinginan semata-mata tanpa memikirkan golongan yang
mereka tindas.Hal ini kerana,mereka ini tidak dapat membezakan dosa pahala dan
baik buruk sesuatu tindakan yang mereka lakukan.Selain itu,terdapat juga
individu yang mahu dirinya dikenali dan diiktiraf.Dengan tujuan mahu dirinya
diiktiraf,mereka ini akan melakukan pelbagai tindakan yang melanggar
norma-norma kehidupan masyarakat, secara tidak langsung,kewujudan mereka mulai
diakui sebagai pembawa kepada pelbagai masalah yang menimpa masyarakat.Walaupun
dianggap sebagai pembawa masalah,mereka berasa sangat bangga kerana kehadiran
mereka dalam masyarakat telah diakui.
1.2
INSTITUSI
KELUARGA
Keluarga menurut takrif antropologi adalah satu unit (kumpulan)
yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempnyai hubungan kekeluargaan. Menurut
Freud (1953) pula , keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal
serumah atau pun lebih anak.Ibubapa adalah orang yang
terpenting dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan utama
dalam mencorak masa depan anak-anak,yang mana anak-anak ibarat kain putih dan
ibu bapa yang bertanggugjawab untuk mencorakkannya.Dalam konteks ini, penekanan
aspek disiplin amat mustahak sekali.
Terdapat dalam kalangan ibubapa yang menunjukan teladan yang buruk
kepada anak-anak dengan terlibat dengan aktiviti gangsterisme,penyalahgunaan
dadah,kaki botol dan sebagainya. Ini menyebabkan anak-anak terikut-ikut dengan
sikap dan perbuatan ibubapa mereka seterusnya mempengaruhi tingkah laku
mereka apabila dewasa nanti.Ada juga dalam kalangan ibubapa yang sering
bergaduh kerana tidak bersefahaman dan kadangkala pergaduhan tersebut disusuli
dengan kekerasan dan penggunaan kata-kata yang kesat.Ibubapa yang sering
bergaduh akan cenderung untuk memiliki anak-anak yang berisiko untuk menjadi
agresif.
2.3 RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya merujuk pada
remaja yang sama umur atau pun sama paras kematangan.Rakan sebaya didefinisikan
sebagai rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan,
sebantal, atau rakan seperjuangan(Artwater,1998)Pada peringkat remaja, rakan sebaya
merupakan orang yang boleh mencorak kehidupan mereka.Rakan sebaya berpengaruh
dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan
membentuk akhlak yang baik dan begitu juga sebaliknya. Remaja memerlukan rakan sebaya bagi
mendapatkan pengiktirafan dan sokongan.Seseorang remaja lebih banyak
menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga.
2.4
PENGARUH MEDIA MASSA DAN ELEKTRONIK
Perkembangan
teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu
sama lain dengan pantas.Ditambah lagi dengan pembinaan Koridor Raya
Multimedia(MSC) dan beberapa stesen televisyen memperlihatkan pentingnya media
massa kepada masyarakat (Haslina Hassan,2000).Melalui filem-filem dari negara
luar,terutamanya filem dari Hong Kong,Hollywood dan Bollywood,penonton telah
didedahkan budaya keganasan yang diamalkan oleh masyarakat mereka.
Pelbagai
aksi ganas seperti bergaduh sesama kumpulan gangster,membunuh,vandalisme dan
sebagainya yang dipaparkan telah menarik minat golongan yang mudah terpengaruh
terutamanya remaja untuk meniru aksi-aksi tersebut.Hal ini kerana mereka berasa
kegiatan gangsterisme adalah perlakuan yang biasa kerana mereka tidak dapat
membezakan sesuatu yang realiti dengan fantasi kerana terlalu terpengaruh
dengan watak-watak yang kelihatan ‘macho’apabila melakukan kegiatan
gangsterisme.
GENGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH
Isu
gengsterisme ini bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga di sertai
oleh pelajar sekolah yang berumur seawall 10 tahun hingga 19 tahun. Antara
cirri gengsterisme yang ada pada pelajar sekolah ialah suka pulang lewat dari
sekolah dan mempunyai rekod kehadiran yang teruk. Pelajar ini suka melepak
dengan ahli kumpulan lain selepas pulang sekolah. Mereka ini akan memenuhi
pusat-pusat membeli belah dan cyber café. Mereka suka menghabiskn masa dengan
kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa,mereka bertujuan untuk mendapatkan
kebebasan tanpa kekangan ibu bapa di rumah. Keseronokan ynag mereka perolehi
ini menjerat mereka hinggsksn is menjsdi suatu tabiat yang sukar di lepaskan.
Kadang kala mereka sanggup ponteng sekolah untuk menyertai dan mengenali
mana-mana pertubuhan gangster lain
Ciri
lain yang ada pada pelajar yang menyertai gangster ialah mempunyai rekod akademik
yang kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kerana pelajar tidak lagi focus
kepada pembelajaran yang menjadi tanggungjawab mereka kepada diri dan ibu
bapa.Pelajar pada tahap ini lebih focus kepada gengsterisme yang di sertai
mereka, yang mana lebih mbanyak mebawa keseronokan pada diri mereka berbanding
belajar. Ini menyebabkan mereka tidak member perhatian yang penuh sewaktu sesi
penbelajaran, tambahan lagi apabila sikap mereka suka pulang lewat malam
menjadi tabiat seperti gangster dewasa yang lain. Tabiat ini akan menyebabkan
pelajar tidur pada waktu siang, yang akan menyebabkan pelajar lambat ke sekolah atau pin tidur sewaktu sesi
pembelajaran.
Merokok
menjadi tabiat pelajar sekolah yang terjadi disebabkan oleh factor persekitaran
atau ketidakprihatinan ibu bapa. Melalui kegiatan gengsterisme yang di
sertai,pelajar boleh terjebak kepada tabiat merokok. Hal ini di pengaruhi oleh
kawan-kawan yang sekumpulan dengan mereka.
Menurut
sumber Unit Penyelidikan Dasar,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Oktober 2008.Terdapat 13 jenis
salah laku jenayah yang membabitkan pelajar iaitu berjudi,mencuri,melawan
guru,melawan pengawas,peras ugut,buli,pelacuran, salah guna dadah, bawa
senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancam guru dan ceroboh.
3. KESAN KEPADA PELAJAR, GURU DAN SEKOLAH
3.1 INDIVIDU
Impak yang
mendalam terhadap gejala gengsterisme ialah kepada individu tersebut. Individu
tersebut akan dipandang serong oleh agama, bangsa dan negara. Masa depan
individu tersebut juga akan bertambah gelap kerana hasil kajian mendapati
individu-individu yang terlibat dengan gejala gengsterisme menghadapi
kemerosotan dalam pencapaian akademik. Tambahan lagi,individu tersebut akan
menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan masyarakat kerana mesyarakat
memandang individu yang terlibat dengan gengsterisme adalah tidak berakhlak dan
ganas.
3.2 SEKOLAH
Perleluasa gejala
gengsterisme ini akan menyebabkan sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah
akan terganggu kerana pelajar-pelajar berada dalam suasana yang tidak selesa
ketika belajar. Masalah displin akan meningkat dan sistem pendidikan tidak
dapat berlaku dengan sempurna. Malah, nama baik sekolah akan tercemar sekiranya
gejala gengsterisme di sekolah tersebar luas. Guru-guru di sekolah tersebut
akan di pandang rendah kerana tidak dapat mengawal disiplin pelajar. Tambahan
lagi, ibu bapa akan merasa takut dan resah untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah tersebut.
3.3 MASYARAKAT
Masyarakat dan
penduduk setempat akan berada dalam keresahan dan tidak tenteram sekiranya
gejala gengsterisme ini semakin menular. Masyarakat akan bertambah mundur pada
masa akan datang sekiranya generasi muda kita terlibat dengan gejala-gejala
negatif seperti gengsterisme ini. Negara akan menghadapi masalah pada masa
kelak kerana generasi sekarang yang akan memimpim negara suatu hari nanti.
Proses integrasi kaum akan terbatas sekiranya gejala gengsterisme berleluasa.
Masyarakat akan saling bermusuhan sekiranya melibatkan pertengkaran dua kaum
yang berbeza.
3.4 KESAN KEPADA PERSEKITARAN
Kesan aktiviti gangsterisme yang paling
mudah untuk dilihat adalah kerosakan harta benda terutamanya harta benda
awam.Antara harta benda awam yang sering menjadi sasaran mereka adalah pondok
telefon,tandas awam dan sebagainya.Buktinya, ganggang telefon awam terputus dan
banyak grafik yang menyakitkan mata diconteng di dinding-dinding tandas.Menurut
kamus dewan(2003), menconteng dinding bermaksud mencoreng-coreng dengan
cat,arang dan sebagainya.Bercalit-calit,berpalit-palit di dinding-dinding tanpa
matlamat atau tujuan.
Grafik-grafik yang diconteng
adalah sukar dipadam dan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membersihkan
atau mengecatkannya semula.Selain itu,di Alor Star terdapat kes pelajar
mengebom kereta guru dengan bom petrol disebabkan guru disiplin merotan mereka
kerana melanggar disiplin di sekolah(Harian Metro,2009)Kegiatan merosakkan
harta benda awam atau vandalisme yang dilakukan oleh ahli-ahli gengsterisme ini
telah banyak menyusahkan masyarakat terutamanya semasa berlakunya kes-kes
kecemasan.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya kita dapat menyatakan
bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah:
a. Wujudnya
kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya.
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.
Menilai
aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani
permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang
lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa
dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan
pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah
perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan
masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah,
pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program
pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.
3. STATISTIK
DIRUJUK KEPADA LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH
4.1 SUMBER DARI AKHBAR
Akhbar-akhbar
tempatan juga sering melaporkan tentang kejadian jenayah dan gengsterisme di
kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu
gengsterisme berlaku berpunca kejahilan agama di kalangan remaja dan pelajar
sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang
banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak.
Sebagai contoh:
i.
PUTRAJAYA 22 April 2004-
Pelajar Alam Shah dicedera senior Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Alam Shah di sini
cedera pada dahi akibat terkena pisau dalam kejadian peras ugut melibatkan
pelajar senior di sekolah berasrama penuh itu.
ii.
KUALA LUMPUR 22 April 2004 -
Pelajar ganggu rakan tertidur dalam kelas cedera ditoreh Akibat
mengganggu seorang rakan yang tertidur dalam kelas, seorang pelajar berusia 13
tahun menerima lima jahitan selepas ditoreh di belakang badannya dengan pisau
di sebuah sekolah di Bandar Sri Permaisuri di sini..
iii.
SEREMBAN 18 April 2004 -
Pelajar nakal punca gaduh Pergaduhan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seremban Dua kelmarin, berpunca daripada kenakalan pelajar sekolah itu dan
bukan masalah perkauman. Manraj a/l Karpal Singh, 13, yang dipukul di luar
kelas mengalami calar dan lebam di tangan kanan dan kaki kirinya.
iv.
Pada 28 Mac 2004, seorang pelajar SMA Klana Petra Maamor,
Muhammad Farid Ibrahim, 16, mati setelah dipukul oleh sekumpulan pelajar
sekolah berkenaan.
Pada 30 Mac 2000, Kementerian
Pendidikan, dengan kerjasama polis, mengenal pasti pelajar di 459 sekolah
menengah di seluruh negara sebagai berisiko tinggi terdedah kepada masalah
gengsterisme. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 77 sekolah
menghadapi masalah itu, diikuti Perak (60), Johor (51), Pulau Pinang (49),
Kelantan (37), Sabah (37), Wilayah Persekutuan (37), Pahang (35), Kedah (32),
Negeri Sembilan (14), Melaka (10), Terengganu (8), Sarawak (6) dan Perlis(6).
4.2 SUMBER DARI MAJALAH
Bilangan kes pelajar yang terlibat
dengan perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga
1999 menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa
(Ogos 2000) adalah seperti jadual berikut:
Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengsterisme
dan
Membakar Premis Sekolah
Jenis Kes
|
1997
|
1998
|
1999
|
Kes Samseng
|
107
|
77
|
85
|
Membakar Premis Sekoalah
|
6
|
19
|
10
|
Sumber
: Majalah Massa (Ogos 2000)
4. CADANGAN
MENGATASI MASALAH ITU
Hasil
kajian mengenai gejala gengsterisme di sekolah harian yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan dari Disember 1998 hingga Oktober 2004 , mendapati
bilangan kumpulam samseng ala gengster dan pelajar gengster meningkat di
sekolah harian pinggir bandar dan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar
melebihi 1500 orang. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian. Oleh itu
kita perlulah mengambil tindakan yang drastik dalam membantu
mengatasi gejala gangsterisme di kalangan pelajar sekolah yang semakin
membimbangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala
gengsterisme ini ialah
4.1
WUJUDKAN SATU PASUKAN KHAS
Kementerian
Pelajaran perlu mewujudkan pasukan petugas khas bagi memantau serta membantu
mengatasi masalah buli dan gangsterisme di kalangan pelajar sekolah, yang
semakin meruncing. Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri
Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, beliau berkata satu talian terus atau
hotline juga akan diwujudkan di pejabat beliau bagi menerima laporan atau
sebarang aduan mengenai kegiatan itu di sekolah. Pihak kementerian juga akan
menggunakan segala pendekatan perlu, sama ada dari segi pembabitan dalam
kegiatan kokurikulum, psikologi atau hukuman lebih berat. Semua pendekatan ini
bertujuan memastikan setiap pelajar melihat gejala berkenaan sebagai satu
kesalahan serius yang perlu difikirkan kesannya.
4.2
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
Punca sebenar berlakunya gejala sosial di kalangan remaja hari ini
terutamanya remaja berketurunan melayu adalah kerana kurangnya didikan agama
yang diberikan kepada mereka. Gejala gangsterisme yang semakin kronik dan
berleluasa membuktikan bahawa sistem pendidikan negara perlu dikaji semula.
Kementerian Pelajaran perlulah melakukan satu perubahan yang besar untuk mengubah
kurikulum sekolah dengan menerapkan pembentukan nilai-nilai murni dalam
kurikulum. Pada pendapat kami, sistem Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
yang ada pada hari ini tidak mampu untuk melahirkan seorang remaja yang
betul-betul memahami dan menghayati agama masing-masing sebagai cara hidup.
Pelajaran yang diberikan hanyalah sebagai syarat untuk
menghabiskan sukatan yang diwajibkan sedangkan ia sebenarnya tidak mampu
membentuk generasi muda yang unggul dan berakhlak mulia. (rujuk perenggan ke-9
Resolusi Persidangan Kongres Profesional Muda Melayu (KPMM) 2000 pada 26-27
Februari 2000 yang berbunyi "Dengan kepercayaan bahawa agama wajib
disuburkan dari buaian, maka kita mendesak semua pihak yang berwajib mengolah
kurikulum, merombak strategi pengajaran ilmu Islam dan mempraktiskan dasar-dasar
kesyumulan Islam daripada peringkat rendah institusi pendidikan".
5.3.
KESEDARAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Tidak kira di mana sahaja berada, ibu bapa pasti menginginkan suasana yang
selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan
mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala
dadah dan gengsterisme secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan
prinsip-prinsip yang kita dukung selama ini. Sesiapa yang merasakan diri mereka
tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya mereka golongan yang naif.
Kenyataan yang disuarakan oleh Micheal Durso, Pengetua Sekolah Tinggi
Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997, memperlihatkan
gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika
Syarikat. Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka
sendirian kerana Malaysia dan negara-negara lain turut berhadapan dengan gejala
yang sedang tumbuh menjadi budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak
dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang
membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun manusia. Institusi-institusi
pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri, iaitu para
pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan
bahaya.
Kerjasama mengembangkan fungsi sekolah sebagai pusat
perkembangan nilai-nilai murni pelajar sentiasa dititik beratkan oleh warga pendidik. Semua agama meletakkan elemen
kerjasama dan muafakat dalam apa jua tindakan. Maka, konsep ini perlu
ditekankan dan diperluaskan kefahaman dan gerak kerja yang perlu disesuaikan.
Konsep muhasabah dalam setiap tindakan perlu juga di ambil kira. Kita perlu
menyedari kewujudan sebilangan kecil golongan pendidik menjadi medium pengantara
yang membawa budaya buli dan pukul memukul.
Berfikir dalam bertindak, menilai dan kritis sebelum
melakukan sebarang tindakan adalah perkara-perkara
penting untuk menjadikan konsep muhasabah diri berkesan terhadap diri. Menjaga
kualiti peribadi adalah salah satu perkara yang perlu dipertahankan oleh
guru-guru hari ini. Cabaran pasti akan datang, dengan sikap murid yang pelbagai
dan kadang kala menyakitkan hati tetapi jangan sampai ia melemahkan daya juang
dan kesabaran untuk mendidik.
5.4
HUKUMAN ROTAN
Berdirinya seorang pelajar di hadapan khayalak
pelajar-pelajar lain semasa perhimpunan. Mukanya memandang ke arah si pengetua
yang menghampirinya dengan sebatang rotan. Dia faham akan perbuatannya membuli
pelajar lain di dalam kawasan sekolah itu telahpun melanggar undang-undang
sekolah. Dia kesal akan perbuatannya itu. Namun begitu, nasi sudahpun menjadi
bubur. Pengetua mengangkat tangan kanannya yang memegang rotan itu dan lantas
menyebat punggungnya. Pelajar tesebut merasai deria kesakitan yang mengalir ke
setiap penjuru tubuhnya. Badannya menggeletar. Sensasi itu akan kekal dalam
ingatannya sampai bila-bila. Dia tidak mahu mengulangi kesalahannya lagi.
Begitulah senario
hukuman rotan yang dilaksanakan di sekolah. Amalan ini sudahpun menkadi resmi
di kebanyakan institusi persekolahan di negara kita sejak zaman ibu bapa kita
lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan hukuman rotan di sekolah jelas
menunjukkan kebaikannya dari segi mendisiplinkan pelajar. Apatah lagi, pada
zaman ini, budaya murni masyarakat Malaysia terdedah kepada pelbagai jenis
pencemaran daripada budaya hedonisme. Anak-anak muda hari ini makin hari makin
berani melanggar hukuman sekolah. Andai kata langkah sekadar menasihati pelajar
hanya diambil oleh pihak disiplin sekolah, pelajar tidak akan mengubah sikapnya
kerana nasihat itu diendahkan bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Realitinya, hanya
dengan pelaksanaan hukuman kopral seperti merotan, pelajar akan akur dengan
peraturan yang ditetapkan dalam perkarangan sekolah. Malahan, pelaksanaan
hukuman rotan turut membawa faedahnya yang kedua. Bukan sahaja hukuman rotan
ini mendisiplinkan pelajar yang nakal, tetapi juga bertindak sebagai amaran
kepada pelajar-pelajar lain agar tidak mencontohi perlakuan yang salah itu.
5.5
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Program Sekolah Selamat dilancarkan di
sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para
pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan,
pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah
mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan
tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin
suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah
Selamat, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS)
yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau
keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah,
mencadang program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum
dan selepas krisis berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai
jawatankuasa pemandu untuk penilaian kendiri dan perancangan.
5.6 PERANAN
KAUNSELOR
Kaunselor
adalah orang yang bertanggungjawab untuk memperbaiki dan meningkatkan motivasi
pelajar dari aspek pembelajaran.Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
untuk dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.Dengan adanya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman di lantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling.
Kaunselor
juga bertanggungjawab untuk melemah dan menghapuskan factor-faktor penarik dan
penolak yang mempengaruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan
gangster dan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua
kumpuloan pelajar agar menyayangi sekolah.
5.7 MEMPERKASAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Seperti kita yang sedia maklum, salah
satu cara untuk mengurangkan masalah gejala gangsterisme dan masalah sosial di
kalangan remaja dan pelajar sekolah ialah melalui penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Salah satunya ialah melalui penubuhan kelab pencegahan
jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan. Kelab tersebut merupakan
badan sukarela yang dilaksaanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku
jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan. Kelab ini juga bertujuan
untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab
sekolah dan berusaha menukar pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap
tanggungjawab mereka dan melaporkan situasi yang tidak menyenangkan.
6
REFLEKSI
Isu-isu moral ataupun krisis masalah
sosial kini semakin menjadi-jadi
walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan
tidak sihat ini.Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak
sihat ini adalah terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun
perempuan. Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau
pelajar di negara kita terus meruncing dan meningkat setiap tahun.
Apa akan berlaku kepada generasi
warisan akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah
akhlak seperti membunuh, melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah,
mengamalkan seks bebas, membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari
rumah, berkelakuan lucah, menjadi bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi
disko, membuli, merokok dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat
kita.
Masalah sosial ini memang amat
membimbangkan kesemua golongan terutamanya ibubapa, pemimpin politik dan juga
para polis. Ia jelas terbukti dengan berita-berita yang terpapar dalam akhbar
dan majalah setiap hari dan ia menunjukkan bilangan remaja yang terlibat dalam
masalah sosial semakin meningkat masa ke semasa. Terdapat beberapa punca-punca
yang menyebabkan isu-isu moral ini masih berleluasa di negara kita. Didapati
masalah sosial ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat,
keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar,
media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain.
Pengaruh rakan sebaya adalah salah
satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering
berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh
dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan
rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada
sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di
sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan
ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau
ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja
tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
Selain itu, sikap ibu bapa atau
suasana keluarga juga mendorong golongan remaj terlibat dalam gejalah sosial di
negara kita. Walaupun keadaan bukan berlaku di setiap keluarga malah ia berlaku
di kebanyakkan keluarga yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak mereka
ataupun terlalu mengongkong anak mereka. Segelentir ibubapa pulak terlalu mementingkan kekayaan
yang menyebabkan mereka tidak peduli akan anak mereka yang diabaikan begitu
sahaja.
Maka, mereka diberi kebebasan yang
lebih sehingga nilai keagamaan, kerohanian dan nilai-nilai murni semakin
diabaiakan.Golongan ibubapa yang terlalu mongongkong anak-anak mereka pula sentiasa
mengawal anak-anak mereka dengan menetapkan beberapa peraturan-peraturan
tersendiri dan langsung tidak memberikebebasan. Oleh itu,kebanyakan golongan remaja terlibat dalam gejalah sosial
hanya untuk mendapat kebebasan atau ketenteraman dalamkehidupan mereka.
Pengaruh media massa juga merupakan
salah satu punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejalah sosial.
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan
berbagai alat media-massa yang serba canggih seperti internet, telefon bimbit,
permainan video, televisyen dan sebagainya. Media massa tersebut merupakan
sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai maklumat.
Melalui teknologi yang semakin canggih
ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua
maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah
kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di
sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan
perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton dan
menjurus ke pemikiran dan kelakuan yang negatif.
Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin
sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan tingkah laku yang
mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru harus
menunjukkan komitmen bagi menguatkuasakan disiplin dalam kalangan pelajar
sekolah di kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Disiplin sekolah
secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
Antara cara
terbaik untuk mengatasi isu sosial dalam kalangan pelajar adalah melalui proses
interaksi dan komunikasi berkesan. Guru-guru perlu
mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dalam
keadaan ini, setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman,
fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Para pelajar itu sendiri akan mampu menyampaikan atau
meluahkan segala masalah, pandangan, pendapat dan perasaannya.
Dengan cara ini juga, pelajar berasakan mereka
dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Sistem
hubungan dua hala antara guru dan pelajar boleh diwujudkan di sekolah-sekolah
yang bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi
pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di
peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes-kes yang tidak
diingini. Keadaan ini juga akan
mengelakkan pelajar daripada melepaskan tekanan permasalahan mereka dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam seperti
salah laku jenayah dan gengsterisme.
Selain daripada itu, guru
juga perlu mempunyai hubungan baik dengan pihak ibu
bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu
dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas danmelibatkan pelbagai aktiviti
seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatukegiatan yang
melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusansekolah dan pihak
penguat kuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan danpenyediaan
pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk
mencegahdan membasmi masalah sosial dalam kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan
dantindakan bersama juga perlu bagimenghapuskan aktiviti-aktiviti gengster dan
aktiviti buli disekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan
undang-undang dan disiplin
Guru
haruslah mempunyai perwatakan atau personality yang baik. Tingkah laku guru
haruslahboleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Contohnya
adalah tidak masuk akal seseorangguru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat
datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kalitidak memasuki kelas tanpa
alasan. Jangan sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebih celik
memerhatikan guru-guru mereka. Oleh itu, semua guru perlu memberi sepenuh
perhatian terhadap diri sendiri daripada tidak membuat kesilapan. Disamping mengajar, guru
juga adalah ‘role model’ yang utama kepada pelajar-pelajar. Guru-guru perlu
memainkan peranan yang baik dalam membentuk sahsiah diri pelajar-pelajar.
Guru-guru
juga memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap
pelajar dengan tidak kira bangsa atau agama. Nilai-nilai murni seperti
tolong-menolong, hormat-menghormati, berbudi bahasa, bersopan-santun, merendah
diri dan lain-lain lagi tidak seharusnya dipelajari dalam matapelajaran moral
sahaja malah perlu diserapkan dalam semua matapelajaran yang lain. Maka ini
akan membantu para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni dan
mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian mereka.
Setiap
guru harus mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan kempen-kempen, bengkel
ataupun aktiviti –aktiviti yang akan mempertingkatkan akhlak pelajar.
Contoh-contohnya seperti kempen budi bahasa, kempen motivasi, aktiviti
gotong-royong, ceramah-ceramah daripada pihak polis, kementerian pelajaran dan
sebagainya. Selain daripada itu lawatan
ke rumah anak yatim dan rumah orang tua juga akan mengelakkan pelajar-pelajar
daripada terjebak dalam gejala masalah sosial. Tambahan pula guru-guru perlu
membawa pelajar-pelajar mereka ke pusat penangihan dadah, penjara dan
sebagainya supaya pelajar akan menyedari kesan yang timbul akibat terlibat
dalam gejala-gejala yang tidak diingini. Secara tidak langsung
aktiviti-aktiviti seperti ini akan mendisplinkan diri mereka dan juga
mengamalkan kehidupan sihat.
Para guru boleh
mengatasi gejala sosial dalam kalangan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di
sekolah-sekolah. Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum, sikap pelajar akandibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin
pelajar dapat dibentuk denganaktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam
seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiarhidup dan sebagainya. Nilai-nilai
yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan danbekerjasama
akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpamengira bangsa,
keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.
Kebanyakan aktiviti
ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni danbersandarkan kepada
keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-pelajar yang beragama
Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkanibadah, akidah dan
akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspekmoraliti
dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan
pengukuhansahsiah. Kepelbagaian aktiviti
di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasan kepada pelajar. Pelajar
tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik. Secara tidak langsung
masalahsosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.
Pelajar-pelajar
kini mudah berasa bosan dengan pengajaran guru. Kebanyakkan pelajar tidak
menyukai cara pengajaran guru-gurunya lalu mengambil keputusan untuk memonteng
kelas mahupun sekolah. Maka, guru-guru harus peka sentiasa membuat perubahan
mengikut citarasa pelajar-pelajar. Guru-guru juga perlu mengubahsuaikan teknik-teknik pengajaran untuk menambah atau
menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. Antaranya penggunaan komputer,
video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas dapat
membantu mengembangkan pemikiran pelajar dan seterusnya dapat membanteras
gejala lepak, ponteng kelas dan sekolah.
Guru
memainkan perana penting dalam melahirkan anak-anak murid supaya menjadi insan
yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Walaubagaimanapun,
semua pihak yang terlibat seperti ibubapa, kerajaan dan golongan remaja itu
sendiri memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu-isu sosial yang
semakin meruncing di negara kita.
Selain itu, saya juga telah mengetahui apakah peranan
guru yang mengajar pendidikan moral di sekolah. Setiap guru memainkan peranan
penting bukan sahaja dalam mengajar matapelajaran ini tetapi mereka memainkan
peranan penting dalam membina insane yang berguna. Guru juaga melahirkan budaya
yang berdisplin, budaya yang bermoral dengan mengajar pendidikan moral
disekolah. Secara tidak langsung, guru membantu murid-murid supaya tidak
terlibat dalam gejala sosial.
Sekian, terima kasih
Roslan bin Suraji.
BIBLIOGRAFI
Aminudin
Mansor,Membanteras gengsterisme di
sekolah,17/03/2009,Harian Metro
Artwater,
D (1981).Learning and earning.Thae Value
of Working for Urban Student. ( 0n-line ) Available.
Berita Harian
a) Filem
Luar Tingkat Gejala Gengsterisme.Masalah Sosial 04/12/2008
b) Pelajar
libas Kerabit Kena Buang Sekolah, 09/03/2009
Paper presented at annual meeting
of the Ameriican Society of Criminology,Chicago,IL
Harian Metro, Gengster dapat “ijazah”.28/03/2007
Haslina , H (2000). Gejala
Gengsterisme di kalangan Remaja.Fenomena Yang Semakin meresahkan.Dewan masyarakat (1999).
Pusat Maklumat Rakyat (PMR).Reaksi Terhadap Kes Buli dan Gengsterisme di Sekolah.Mac 2009
Ramli
Hussin,Pelajar Libas Kerabit Dibuang
Sekolah,09/03/2009,Berita Harian
Utusan Malaysia, Ramai tersesat. 15/04/2007
No comments:
Post a Comment