Sunday, 1 May 2016


Alhamdulillah....Impian tercapai jua akhirnya...(cerita disember 2015)


  



GANGSTERISME
 PENGENALAN

Gengstarisme merupakan satu budaya hidup yang keterlaluan dan melanggar norma-norma kehidupan bermasyarakat.Gengsterisme juga merupakan kelakuan yang akan memusnah dan merosakkan persekitaran yang dilakukan secara berkumpulan.(Pusat maklumat rakyat,MAC 2009)

Sejak akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini. “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “  Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”, “  Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”.  Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada  akhbar-akhbar tempatan pada masa kini.  Berita-berita seperti ini membayangkan  kemerosotan  disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini semakin serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan

Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam  negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah.  Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut kamus dewan edisi ke-4,halaman 458, Geng ialah kumpulan kerja (penjenayah). Gengster ialah ahli atau kumpulan penjenayah atau samseng. Gengsterisme pula merujuk kepada kegiatan-kegiatan gengstar iaitu masalah-masalah yang dilakukan oleh kumpulan samseng secara berkumpulan.

Gengsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme ini. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. Penularan gengsterisme semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara dari masa ke semasa.
Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan kumpulan. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri -ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Taylor (1993), ia merujuk kepada empat kriteria yang berbeza mengenai gang daripada aspek fungsi remaja dan lain-lain jenis kumpulan remaja.
Menurut kajian Haslina Hassan(2002)mendapati bahawa kegiatan gengsterisme merupakan pengaruh daripada rakan-rakan yang lebih tua daripada mereka untuk melakukan keganasaan.Remaja akan lebih cenderung untuk melakukan jenayah apabila mereka mendapat tunjuk ajar daripada orang yang lebih dewasa daripa mereka.Remaja akan berasa dilindungi dan mereka akan bersifat lebih agresif lagi.Hal ini menimbulkan banyak berkaitan gengsterisme akan berlaku di negara kita.

Kewujudan kumpulan gengster di sekolah akan memberi kesan yang buruk kepada para pelajar khususnya dan amnya kepada pihak sekolah kerana ahli-ahli gengster sentiasa melakukan salah laku yang boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Gaustad, 1991). Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana sentiasa diganggu oleh pelajar yang terlibat dengan kumpulan gengster termasuklah aspek gangguan terhadap pengajaran guru. Mereka ini juga tidak berminat untuk belajar. Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda -tanda awal perlakuan gengsterisme adalah amat penting bagi menangani masalah perlakuan gengsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat di kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gengsterisme ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu kajian ini akan mengkaji tentang faktor-faktor yang paling mempengaruhi gejala gengsterisme di sekolah dari aspek rakan sebaya, keluarga, media massa dan individu itu sendiri. Kajian ini dapat mengkaji apakah persepsi pelajar dan guru tentang perlakuan gengsterisme di sekolah. Kajian ini juga akan mengkaji dan meneliti kekerapan perlakuan dan ciri-ciri gengsterisme serta aktiviti -aktiviti yang dilakukan oleh gengsterisme di sekolah. Di samping itu kajian ini boleh mengkaji hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik dan pendapatan keluarga pelajar yang terlibat dengan gengsterisme.


2.      PUNCA MASALAH  ITU

Gejala gangsterisme pada masa kini berpunca daripada pelbagai faktor.Ia merangkumi faktor dalaman dan luaran.Faktor dalaman merujuk kepada diri individu itu sendiri, faktor luaran pula merujuk kepada faktor persekitaran seperti pengaruh-pengaruh daripada rakan sebaya,ahli keluarga dan sebagainya. (Cindy, Tursman, Moore 1930).


2.1       FAKTOR DALAMAN INDIVIDU ITU SENDIRI

Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks. Para remaja sering menumpukan perhatian kepada perkara seperti ketidakpuasan, kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami oleh orang lain. Remaja juga sering dikatakan sebagai zaman yang banyak menimbulkan tekanan jiwa pada individu. Namun, tempoh ini juga dilihat sebagai  zaman kegemilangan perkembangan.Seseorang individu yang kekurangan didikan agama biasanya lebih mudah terjebak ke dalam kegiatan gangsterisme.

Mereka hanya bertindak mengikut keinginan semata-mata tanpa memikirkan golongan yang mereka tindas.Hal ini kerana,mereka ini tidak dapat membezakan dosa pahala dan baik buruk sesuatu tindakan yang mereka lakukan.Selain itu,terdapat juga individu yang mahu dirinya dikenali dan diiktiraf.Dengan tujuan mahu dirinya diiktiraf,mereka ini akan melakukan pelbagai tindakan yang melanggar norma-norma kehidupan masyarakat, secara tidak langsung,kewujudan mereka mulai diakui sebagai pembawa kepada pelbagai masalah yang menimpa masyarakat.Walaupun dianggap sebagai pembawa masalah,mereka berasa sangat bangga kerana kehadiran mereka dalam masyarakat telah diakui.


1.2           INSTITUSI KELUARGA

Keluarga menurut takrif antropologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempnyai hubungan kekeluargaan. Menurut Freud (1953) pula , keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak.Ibubapa  adalah  orang yang terpenting  dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan  utama dalam mencorak masa depan anak-anak,yang mana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang bertanggugjawab untuk mencorakkannya.Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali.

Terdapat dalam kalangan ibubapa yang menunjukan teladan yang buruk kepada anak-anak dengan terlibat dengan aktiviti gangsterisme,penyalahgunaan dadah,kaki botol dan sebagainya. Ini menyebabkan anak-anak terikut-ikut dengan sikap dan perbuatan  ibubapa mereka seterusnya mempengaruhi tingkah laku mereka apabila dewasa nanti.Ada juga dalam kalangan ibubapa yang sering bergaduh kerana tidak bersefahaman dan kadangkala pergaduhan tersebut disusuli dengan kekerasan dan penggunaan kata-kata yang kesat.Ibubapa yang sering bergaduh akan cenderung untuk memiliki anak-anak yang berisiko untuk menjadi agresif.


2.3       RAKAN SEBAYA

 Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur atau pun sama paras kematangan.Rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan, sebantal, atau rakan seperjuangan(Artwater,1998)Pada peringkat remaja, rakan sebaya merupakan orang yang boleh mencorak kehidupan mereka.Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik dan begitu juga sebaliknya. Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan sokongan.Seseorang remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga.


2.4       PENGARUH MEDIA MASSA DAN ELEKTRONIK

Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain dengan pantas.Ditambah lagi dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia(MSC) dan beberapa stesen televisyen memperlihatkan pentingnya media massa kepada masyarakat (Haslina Hassan,2000).Melalui filem-filem dari negara luar,terutamanya filem dari Hong Kong,Hollywood dan Bollywood,penonton telah didedahkan budaya keganasan yang diamalkan oleh masyarakat  mereka.

Pelbagai aksi ganas seperti bergaduh sesama kumpulan gangster,membunuh,vandalisme dan sebagainya yang dipaparkan telah menarik minat golongan yang mudah terpengaruh terutamanya remaja untuk meniru aksi-aksi tersebut.Hal ini kerana mereka berasa kegiatan gangsterisme adalah perlakuan yang biasa kerana mereka tidak dapat membezakan sesuatu yang realiti dengan fantasi kerana terlalu terpengaruh dengan watak-watak yang kelihatan ‘macho’apabila melakukan kegiatan gangsterisme.



GENGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Isu gengsterisme ini bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga di sertai oleh pelajar sekolah yang berumur seawall 10 tahun hingga 19 tahun. Antara cirri gengsterisme yang ada pada pelajar sekolah ialah suka pulang lewat dari sekolah dan mempunyai rekod kehadiran yang teruk. Pelajar ini suka melepak dengan ahli kumpulan lain selepas pulang sekolah. Mereka ini akan memenuhi pusat-pusat membeli belah dan cyber café. Mereka suka menghabiskn masa dengan kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa,mereka bertujuan untuk mendapatkan kebebasan tanpa kekangan ibu bapa di rumah. Keseronokan ynag mereka perolehi ini menjerat mereka hinggsksn is menjsdi suatu tabiat yang sukar di lepaskan. Kadang kala mereka sanggup ponteng sekolah untuk menyertai dan mengenali mana-mana pertubuhan gangster lain

Ciri lain yang ada pada pelajar yang menyertai gangster ialah mempunyai rekod akademik yang kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kerana pelajar tidak lagi focus kepada pembelajaran yang menjadi tanggungjawab mereka kepada diri dan ibu bapa.Pelajar pada tahap ini lebih focus kepada gengsterisme yang di sertai mereka, yang mana lebih mbanyak mebawa keseronokan pada diri mereka berbanding belajar. Ini menyebabkan mereka tidak member perhatian yang penuh sewaktu sesi penbelajaran, tambahan lagi apabila sikap mereka suka pulang lewat malam menjadi tabiat seperti gangster dewasa yang lain. Tabiat ini akan menyebabkan pelajar tidur pada waktu siang, yang akan menyebabkan pelajar lambat ke  sekolah atau pin tidur sewaktu sesi pembelajaran.

Merokok menjadi tabiat pelajar sekolah yang terjadi disebabkan oleh factor persekitaran atau ketidakprihatinan ibu bapa. Melalui kegiatan gengsterisme yang di sertai,pelajar boleh terjebak kepada tabiat merokok. Hal ini di pengaruhi oleh kawan-kawan yang sekumpulan dengan mereka.

Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Oktober 2008.Terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang membabitkan pelajar iaitu berjudi,mencuri,melawan guru,melawan pengawas,peras ugut,buli,pelacuran, salah guna dadah, bawa senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancam guru dan ceroboh.



3.     KESAN KEPADA PELAJAR, GURU DAN SEKOLAH

3.1       INDIVIDU
Impak yang mendalam terhadap gejala gengsterisme ialah kepada individu tersebut. Individu tersebut akan dipandang serong oleh agama, bangsa dan negara. Masa depan individu tersebut juga akan bertambah gelap kerana hasil kajian mendapati individu-individu yang terlibat dengan gejala gengsterisme menghadapi kemerosotan dalam pencapaian akademik. Tambahan lagi,individu tersebut akan menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan masyarakat kerana mesyarakat memandang individu yang terlibat dengan gengsterisme adalah tidak berakhlak dan ganas.

3.2       SEKOLAH
Perleluasa gejala gengsterisme ini akan menyebabkan sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah akan terganggu kerana pelajar-pelajar berada dalam suasana yang tidak selesa ketika belajar. Masalah displin akan meningkat dan sistem pendidikan tidak dapat berlaku dengan sempurna. Malah, nama baik sekolah akan tercemar sekiranya gejala gengsterisme di sekolah tersebar luas. Guru-guru di sekolah tersebut akan di pandang rendah kerana tidak dapat mengawal disiplin pelajar. Tambahan lagi, ibu bapa akan merasa takut dan resah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut.

3.3       MASYARAKAT
Masyarakat dan penduduk setempat akan berada dalam keresahan dan tidak tenteram sekiranya gejala gengsterisme ini semakin menular. Masyarakat akan bertambah mundur pada masa akan datang sekiranya generasi muda kita terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gengsterisme ini. Negara akan menghadapi masalah pada masa kelak kerana generasi sekarang yang akan memimpim negara suatu hari nanti. Proses integrasi kaum akan terbatas sekiranya gejala gengsterisme berleluasa. Masyarakat akan saling bermusuhan sekiranya melibatkan pertengkaran dua kaum yang berbeza.

3.4       KESAN KEPADA PERSEKITARAN

Kesan aktiviti gangsterisme yang paling mudah untuk dilihat adalah kerosakan harta benda terutamanya harta benda awam.Antara harta benda awam yang sering menjadi sasaran mereka adalah pondok telefon,tandas awam dan sebagainya.Buktinya, ganggang telefon awam terputus dan banyak grafik yang menyakitkan mata diconteng di dinding-dinding tandas.Menurut kamus dewan(2003), menconteng dinding bermaksud mencoreng-coreng dengan cat,arang dan sebagainya.Bercalit-calit,berpalit-palit di dinding-dinding tanpa matlamat atau tujuan.

Grafik-grafik yang diconteng adalah sukar dipadam dan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membersihkan atau mengecatkannya semula.Selain itu,di Alor Star terdapat kes pelajar mengebom kereta guru dengan bom petrol disebabkan guru disiplin merotan mereka kerana melanggar disiplin di sekolah(Harian Metro,2009)Kegiatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme yang dilakukan oleh ahli-ahli gengsterisme ini telah banyak menyusahkan masyarakat terutamanya semasa berlakunya kes-kes kecemasan.

KESIMPULAN
Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: 
a.         Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. 
b.         Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. 
c.         Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. 
d.         Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. 
e.         Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. 
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.




3.    STATISTIK DIRUJUK KEPADA LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

4.1       SUMBER DARI AKHBAR
Akhbar-akhbar tempatan juga sering melaporkan tentang kejadian jenayah dan gengsterisme di kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu gengsterisme berlaku berpunca kejahilan agama di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak. Sebagai contoh:
  i.        PUTRAJAYA 22 April 2004- Pelajar Alam Shah dicedera senior Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Alam Shah di sini cedera pada dahi akibat terkena pisau dalam kejadian peras ugut melibatkan pelajar senior di sekolah berasrama penuh itu.
 ii.        KUALA LUMPUR 22 April 2004 - Pelajar ganggu rakan tertidur dalam kelas cedera ditoreh Akibat mengganggu seorang rakan yang tertidur dalam kelas, seorang pelajar berusia 13 tahun menerima lima jahitan selepas ditoreh di belakang badannya dengan pisau di sebuah sekolah di Bandar Sri Permaisuri di sini..
iii.        SEREMBAN 18 April 2004 - Pelajar nakal punca gaduh Pergaduhan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Dua kelmarin, berpunca daripada kenakalan pelajar sekolah itu dan bukan masalah perkauman. Manraj a/l Karpal Singh, 13, yang dipukul di luar kelas mengalami calar dan lebam di tangan kanan dan kaki kirinya.
iv.        Pada 28 Mac 2004, seorang pelajar SMA Klana Petra Maamor, Muhammad Farid Ibrahim, 16, mati setelah dipukul oleh sekumpulan pelajar sekolah berkenaan.

Pada 30 Mac 2000, Kementerian Pendidikan, dengan kerjasama polis, mengenal pasti pelajar di 459 sekolah menengah di seluruh negara sebagai berisiko tinggi terdedah kepada masalah gengsterisme. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 77 sekolah menghadapi masalah itu, diikuti Perak (60), Johor (51), Pulau Pinang (49), Kelantan (37), Sabah (37), Wilayah Persekutuan (37), Pahang (35), Kedah (32), Negeri Sembilan (14), Melaka (10), Terengganu (8), Sarawak (6) dan Perlis(6).



4.2       SUMBER DARI MAJALAH
Bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia  seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti jadual berikut:

Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengsterisme

dan Membakar Premis Sekolah


Jenis Kes
1997
1998
1999
Kes Samseng
107
77
85
Membakar Premis Sekoalah
6
19
10
                        Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)












4.    CADANGAN MENGATASI MASALAH ITU

Hasil kajian mengenai gejala gengsterisme di sekolah harian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dari Disember 1998 hingga Oktober 2004 , mendapati bilangan kumpulam samseng ala gengster dan pelajar gengster meningkat di sekolah harian pinggir bandar dan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar melebihi 1500 orang. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian. Oleh itu kita perlulah mengambil tindakan yang drastik dalam membantu mengatasi gejala gangsterisme di kalangan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala gengsterisme ini ialah

4.1          WUJUDKAN SATU PASUKAN KHAS

Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan pasukan petugas khas bagi memantau serta membantu mengatasi masalah buli dan gangsterisme di kalangan pelajar sekolah, yang semakin meruncing. Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, beliau berkata satu talian terus atau hotline juga akan diwujudkan di pejabat beliau bagi menerima laporan atau sebarang aduan mengenai kegiatan itu di sekolah. Pihak kementerian juga akan menggunakan segala pendekatan perlu, sama ada dari segi pembabitan dalam kegiatan kokurikulum, psikologi atau hukuman lebih berat. Semua pendekatan ini bertujuan memastikan setiap pelajar melihat gejala berkenaan sebagai satu kesalahan serius yang perlu difikirkan kesannya.

4.2          PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
Punca sebenar berlakunya gejala sosial di kalangan remaja hari ini terutamanya remaja berketurunan melayu adalah kerana kurangnya didikan agama yang diberikan kepada mereka. Gejala gangsterisme yang semakin kronik dan berleluasa membuktikan bahawa sistem pendidikan negara perlu dikaji semula. Kementerian Pelajaran perlulah melakukan satu perubahan yang besar untuk mengubah kurikulum sekolah dengan menerapkan pembentukan nilai-nilai murni dalam kurikulum. Pada pendapat kami, sistem Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang ada pada hari ini tidak mampu untuk melahirkan seorang remaja yang betul-betul memahami dan menghayati agama masing-masing sebagai cara hidup.
Pelajaran yang diberikan hanyalah sebagai syarat untuk menghabiskan sukatan yang diwajibkan sedangkan ia sebenarnya tidak mampu membentuk generasi muda yang unggul dan berakhlak mulia. (rujuk perenggan ke-9 Resolusi Persidangan Kongres Profesional Muda Melayu (KPMM) 2000 pada 26-27 Februari 2000 yang berbunyi "Dengan kepercayaan bahawa agama wajib disuburkan dari buaian, maka kita mendesak semua pihak yang berwajib mengolah kurikulum, merombak strategi pengajaran ilmu Islam dan mempraktiskan dasar-dasar kesyumulan Islam daripada peringkat rendah institusi pendidikan".

5.3.        KESEDARAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Tidak kira di mana sahaja berada, ibu bapa pasti menginginkan suasana yang selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala dadah dan gengsterisme secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan prinsip-prinsip yang kita dukung selama ini. Sesiapa yang merasakan diri mereka tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya mereka golongan yang naif. Kenyataan yang disuarakan oleh Micheal Durso, Pengetua Sekolah Tinggi Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997, memperlihatkan gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika Syarikat. Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka sendirian kerana Malaysia dan negara-negara lain turut berhadapan dengan gejala yang sedang tumbuh menjadi budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun manusia. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri, iaitu para pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan bahaya.
Kerjasama mengembangkan fungsi sekolah sebagai pusat perkembangan nilai-nilai murni pelajar sentiasa dititik beratkan oleh warga pendidik. Semua agama meletakkan elemen kerjasama dan muafakat dalam apa jua tindakan. Maka, konsep ini perlu ditekankan dan diperluaskan kefahaman dan gerak kerja yang perlu disesuaikan. Konsep muhasabah dalam setiap tindakan perlu juga di ambil kira. Kita perlu menyedari kewujudan sebilangan kecil golongan pendidik menjadi medium pengantara yang membawa budaya buli dan pukul memukul.
Berfikir dalam bertindak, menilai dan kritis sebelum melakukan sebarang tindakan adalah perkara-perkara penting untuk menjadikan konsep muhasabah diri berkesan terhadap diri. Menjaga kualiti peribadi adalah salah satu perkara yang perlu dipertahankan oleh guru-guru hari ini. Cabaran pasti akan datang, dengan sikap murid yang pelbagai dan kadang kala menyakitkan hati tetapi jangan sampai ia melemahkan daya juang dan kesabaran untuk mendidik.

5.4          HUKUMAN ROTAN
Berdirinya seorang pelajar di hadapan khayalak pelajar-pelajar lain semasa perhimpunan. Mukanya memandang ke arah si pengetua yang menghampirinya dengan sebatang rotan. Dia faham akan perbuatannya membuli pelajar lain di dalam kawasan sekolah itu telahpun melanggar undang-undang sekolah. Dia kesal akan perbuatannya itu. Namun begitu, nasi sudahpun menjadi bubur. Pengetua mengangkat tangan kanannya yang memegang rotan itu dan lantas menyebat punggungnya. Pelajar tesebut merasai deria kesakitan yang mengalir ke setiap penjuru tubuhnya. Badannya menggeletar. Sensasi itu akan kekal dalam ingatannya sampai bila-bila. Dia tidak mahu mengulangi kesalahannya lagi.
Begitulah senario hukuman rotan yang dilaksanakan di sekolah. Amalan ini sudahpun menkadi resmi di kebanyakan institusi persekolahan di negara kita sejak zaman ibu bapa kita lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan hukuman rotan di sekolah jelas menunjukkan kebaikannya dari segi mendisiplinkan pelajar. Apatah lagi, pada zaman ini, budaya murni masyarakat Malaysia terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran daripada budaya hedonisme. Anak-anak muda hari ini makin hari makin berani melanggar hukuman sekolah. Andai kata langkah sekadar menasihati pelajar hanya diambil oleh pihak disiplin sekolah, pelajar tidak akan mengubah sikapnya kerana nasihat itu diendahkan bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Realitinya, hanya dengan pelaksanaan hukuman kopral seperti merotan, pelajar akan akur dengan peraturan yang ditetapkan dalam perkarangan sekolah. Malahan, pelaksanaan hukuman rotan turut membawa faedahnya yang kedua. Bukan sahaja hukuman rotan ini mendisiplinkan pelajar yang nakal, tetapi juga bertindak sebagai amaran kepada pelajar-pelajar lain agar tidak mencontohi perlakuan yang salah itu.


5.5            PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian kendiri dan perancangan.

5.6       PERANAN KAUNSELOR

Kaunselor adalah orang yang bertanggungjawab untuk memperbaiki dan meningkatkan motivasi pelajar dari aspek pembelajaran.Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting untuk dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.Dengan adanya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman di lantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling.

Kaunselor juga bertanggungjawab untuk melemah dan menghapuskan factor-faktor penarik dan penolak yang mempengaruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan gangster dan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpuloan pelajar agar menyayangi sekolah.



5.7       MEMPERKASAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Seperti kita yang sedia maklum, salah satu cara untuk mengurangkan masalah gejala gangsterisme dan masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar sekolah ialah melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Salah satunya ialah melalui penubuhan kelab pencegahan jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan. Kelab tersebut merupakan badan sukarela yang dilaksaanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan. Kelab ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah dan berusaha menukar pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan melaporkan situasi yang tidak menyenangkan. 



6              REFLEKSI
Isu-isu moral ataupun krisis masalah sosial  kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan tidak sihat ini.Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini adalah terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita terus meruncing dan meningkat setiap tahun.
Apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti membunuh, melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas, membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari rumah, berkelakuan lucah, menjadi bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi disko, membuli, merokok dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat kita.
Masalah sosial ini memang amat membimbangkan kesemua golongan terutamanya ibubapa, pemimpin politik dan juga para polis. Ia jelas terbukti dengan berita-berita yang terpapar dalam akhbar dan majalah setiap hari dan ia menunjukkan bilangan remaja yang terlibat dalam masalah sosial semakin meningkat masa ke semasa. Terdapat beberapa punca-punca yang menyebabkan isu-isu moral ini masih berleluasa di negara kita. Didapati masalah sosial ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain.
Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
Selain itu, sikap ibu bapa atau suasana keluarga juga mendorong golongan remaj terlibat dalam gejalah sosial di negara kita. Walaupun keadaan bukan berlaku di setiap keluarga malah ia berlaku di kebanyakkan keluarga yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak mereka ataupun terlalu mengongkong anak mereka. Segelentir  ibubapa pulak terlalu mementingkan kekayaan yang menyebabkan mereka tidak peduli akan anak mereka yang diabaikan begitu sahaja.
Maka, mereka diberi kebebasan yang lebih sehingga nilai keagamaan, kerohanian dan nilai-nilai murni semakin diabaiakan.Golongan ibubapa yang terlalu mongongkong anak-anak mereka pula sentiasa mengawal anak-anak mereka dengan menetapkan beberapa peraturan-peraturan tersendiri dan langsung tidak memberikebebasan. Oleh itu,kebanyakan  golongan remaja terlibat dalam gejalah sosial hanya untuk mendapat kebebasan atau ketenteraman dalamkehidupan mereka.
Pengaruh media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejalah sosial. Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih seperti internet, telefon bimbit, permainan video, televisyen dan sebagainya. Media massa tersebut merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai maklumat.
Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton dan menjurus ke pemikiran dan kelakuan yang negatif.
Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru harus menunjukkan komitmen bagi menguatkuasakan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah di kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
Antara cara terbaik untuk mengatasi isu sosial dalam kalangan pelajar adalah melalui proses interaksi dan komunikasi berkesan. Guru-guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dalam keadaan ini, setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Para pelajar itu sendiri akan mampu menyampaikan atau meluahkan segala masalah, pandangan, pendapat dan perasaannya.
Dengan cara ini juga, pelajar berasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar boleh diwujudkan di sekolah-sekolah yang bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes-kes yang tidak diingini.  Keadaan ini juga akan mengelakkan pelajar daripada melepaskan tekanan permasalahan mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme.

Selain daripada itu, guru juga perlu mempunyai hubungan baik dengan pihak ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas danmelibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatukegiatan yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusansekolah dan pihak penguat kuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan danpenyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegahdan membasmi masalah sosial dalam kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dantindakan bersama juga perlu bagimenghapuskan aktiviti-aktiviti gengster dan aktiviti buli disekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin

Guru haruslah mempunyai perwatakan atau personality yang baik. Tingkah laku guru haruslahboleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Contohnya adalah tidak masuk akal seseorangguru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kalitidak memasuki kelas tanpa alasan. Jangan sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebih celik memerhatikan guru-guru mereka. Oleh itu, semua guru perlu memberi sepenuh perhatian terhadap diri sendiri daripada tidak membuat kesilapan. Disamping mengajar, guru juga adalah ‘role model’ yang utama kepada pelajar-pelajar. Guru-guru perlu memainkan peranan yang baik dalam membentuk sahsiah diri pelajar-pelajar.

Guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap pelajar dengan tidak kira bangsa atau agama. Nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, berbudi bahasa, bersopan-santun, merendah diri dan lain-lain lagi tidak seharusnya dipelajari dalam matapelajaran moral sahaja malah perlu diserapkan dalam semua matapelajaran yang lain. Maka ini akan membantu para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni dan mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian mereka.

Setiap guru harus mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan kempen-kempen, bengkel ataupun aktiviti –aktiviti yang akan mempertingkatkan akhlak pelajar. Contoh-contohnya seperti kempen budi bahasa, kempen motivasi, aktiviti gotong-royong, ceramah-ceramah daripada pihak polis, kementerian pelajaran dan sebagainya.  Selain daripada itu lawatan ke rumah anak yatim dan rumah orang tua juga akan mengelakkan pelajar-pelajar daripada terjebak dalam gejala masalah sosial. Tambahan pula guru-guru perlu membawa pelajar-pelajar mereka ke pusat penangihan dadah, penjara dan sebagainya supaya pelajar akan menyedari kesan yang timbul akibat terlibat dalam gejala-gejala yang tidak diingini. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti seperti ini akan mendisplinkan diri mereka dan juga mengamalkan kehidupan sihat.

Para guru boleh mengatasi gejala sosial dalam kalangan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar akandibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk denganaktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiarhidup dan sebagainya. Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan danbekerjasama akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpamengira bangsa, keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.
Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni danbersandarkan kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-pelajar yang beragama Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkanibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspekmoraliti dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan pengukuhansahsiah. Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasan kepada pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik. Secara tidak langsung masalahsosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.
Pelajar-pelajar kini mudah berasa bosan dengan pengajaran guru. Kebanyakkan pelajar tidak menyukai cara pengajaran guru-gurunya lalu mengambil keputusan untuk memonteng kelas mahupun sekolah. Maka, guru-guru harus peka sentiasa membuat perubahan mengikut citarasa pelajar-pelajar. Guru-guru juga perlu mengubahsuaikan  teknik-teknik pengajaran untuk menambah atau menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. Antaranya penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas dapat membantu mengembangkan pemikiran pelajar dan seterusnya dapat membanteras gejala lepak, ponteng kelas dan sekolah.

Guru memainkan perana penting dalam melahirkan anak-anak murid supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Walaubagaimanapun, semua pihak yang terlibat seperti ibubapa, kerajaan dan golongan remaja itu sendiri memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu-isu sosial yang semakin meruncing di negara kita.

            Selain itu, saya juga telah mengetahui apakah peranan guru yang mengajar pendidikan moral di sekolah. Setiap guru memainkan peranan penting bukan sahaja dalam mengajar matapelajaran ini tetapi mereka memainkan peranan penting dalam membina insane yang berguna. Guru juaga melahirkan budaya yang berdisplin, budaya yang bermoral dengan mengajar pendidikan moral disekolah. Secara tidak langsung, guru membantu murid-murid supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.
Sekian, terima kasih


Roslan bin Suraji.






BIBLIOGRAFI

Aminudin Mansor,Membanteras gengsterisme di sekolah,17/03/2009,Harian Metro
Artwater, D (1981).Learning and earning.Thae Value of Working for Urban Student. ( 0n-line ) Available.
Berita Harian
a)      Filem Luar Tingkat Gejala Gengsterisme.Masalah Sosial 04/12/2008
b)      Pelajar libas Kerabit Kena Buang Sekolah, 09/03/2009
Paper presented at annual meeting of the Ameriican Society of Criminology,Chicago,IL
Harian Metro, Gengster dapat “ijazah”.28/03/2007
Haslina , H (2000). Gejala Gengsterisme di kalangan Remaja.Fenomena Yang Semakin meresahkan.Dewan masyarakat (1999).
Pusat Maklumat Rakyat (PMR).Reaksi Terhadap Kes Buli dan Gengsterisme di Sekolah.Mac 2009
Ramli Hussin,Pelajar Libas Kerabit Dibuang Sekolah,09/03/2009,Berita Harian

Utusan Malaysia, Ramai tersesat. 15/04/2007
EDU 3063
1.    KOMPONEN-KOMPONEN DALAM ASPIRASI PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA.
Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkumi pelbagai dimensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti ko-kurikulum. Pelan Pembangunan Pendidikan  ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan yang merupakan komponen-komponen aspirasi pendidikan secara keseluruhan iaitu:
i.      Akses
ii.    Kualiti
iii.   Ekuiti
iv.   Perpaduan
v.    Kecekapan
            







             rajah 2 : komponen-komponen aspirasi pendidikan secara keseluruhan

i.        Akses
Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian perlu memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak daripada  peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah menjelang 2020.

ii.      Kualiti
Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Sistem pendidikan di Malaysia menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran antarabangsa dalam tempoh 15 tahun. Pertaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu diterima di peringkat antarabangsa.

iii.     Ekuiti
Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi.Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian atara murid Bandar dan luar Bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara jantina sehingga 50% menjelang tahun 2020.

iv.     Perpaduan
Murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.Oleh itu, sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsia pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan  yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan  lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

v.      Kecekapan
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak setanding dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan masa kini, kementerian berhasrat untuk memaksimumkan  keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

                 Secara kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa enrolmen dalam akses merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah menjelang 2020. Selain itu, negara dalam kelompok sepertiga teratas, 50% pengurangan dalam jurang pencapaian, sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian dan sistem yang yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.


2.    ISU , CABARAN DAN LANGKAH MENGATASI ISU

Isu dan cabaran yang yang akan dihadapi seorang guru khususnya dalam melaksanakan komponen-komponen seperi yang dinyatakan adalah daripada segi akses kepada pendidikan. Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan asset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Cabaran kepada guru-guru lama (veteran) dalam mengendalikan akses ICT dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah selain daripada pengajaran di dalam kelas. Selain itu, kemudahan akses yang kurang baik dan sempurna menjadikan guru akan ketinggalan dalam menerima maklumat dan sebagainya. Kemudahan akses yang kurang memuaskan disesetengah tempat menjadikan satu masalah atau kesukaran dalam menjalankan aktiviti dan sebagainya.
            Pihak kerajaan harus menyediakan pelbagai kursus yang berfokus kepada cara-cara penggunaan teknologi yang berkaitan dengan pengajaran seseorang guru dalam kelas. Setiap guru perlu diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus tersebut supaya mereka dapat memahirkan diri dan menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada dalam sekolah untuk mengajar. Kerajaan perlu menyediakan sebuah komputer riba dan LCD untuk para guru memastikan kelancaran kerja seorang guru dan sesi pengajaran dalam kelas. Dengan mendedahkan guru kepada teknologi yang semakin canggih, proses pengajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik kepada pelajar. Selain itu, mereka juga dapat melengkapi diri sendiri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini berkaitan dengan opsyen masing-masing dengan melalui internet. Ini secara tidak langsung, dapat membantu para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam kelas. Murid-murid juga dapat didedahkan kepada isu-isu dan maklumat yang terkini melalui pengajaran daripada guru. secara logiknya, krusus-krusus tentang teknologi yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan perlu diberikan kepada setiap guru agar pengajaran berkesan dapat dilaksanakan.
                 Selain itu, pihak kementerian harus merangka krusus-krusus untuk guru-guru yang sedang mengajar dengan lebih sistematik. Sebagai contohnya, mengadakan krusus sepenuh masa untuk guru-guru iaitu guru dikehendaki berhenti daripada mengajar apabila menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah. Dengan ini, para guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannya dan memberikan lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagi para guru yang telah berkhawin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepada cara penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidak perlu membazirkan masa dalam topik-topik yang tidak berkenaan dengan pengajaran mereka. Setiap guru hanya perlu menumpuhkan perhatiannya dalam opsyen masing-masing dan topik-topik kursus harus berkaitan dengan opsyen masing-masing. Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat dipertingkatkan lagi untuk melahirkan pelajar yang lebih bermutu.
                Dalam mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak kementerian, pelbagai buku rujukan yang berkualiti perlu disediakan. hal ini dapat membolehkan guru-guru merujuk kepada buku-buku tersebut jika menghadapi masalah dalam pengajaran. Sebagai contohnya, buku mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu dan Bahasa inggeris perlu disediakan. Walaupun mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semasa sekolah rendah dan sekolah menengah pelajar perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke tahap Universiti. Hal ini kerana Sains dan Matematik akan diberikan kuliah dalam Bahasa Inggeris pada tahap tersebut. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini juga didedahkan ilmu pengetahuan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semasa zaman Universiti. Ini dapat meringankan beban guru daripada mempelajari semula kosa kata saintifik dan matematik dalam Bahasa Melayu. Pihak kementerian juga perlu menberikan krusus-krusus yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran tersebut agar guru dapat menguasai dan mengajar subjek tersebut dengan baik
                 Selain itu, mengambil kira semua aspek serta aspirasi kementerian untuk menyediakan pendidikan berkualiti setaraf antarabangsa, semua intitusi pendidikan guru perlu proaktif dalam menghasilkan guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan pedagogi tetapi juga mempunyai keghairahan dan kesungguhan yang tinggi dalam memastikan pembelajaran berpusatkan murid sebagai teras pendekatan pendagogi masa kini. Jika sekiranya sebelum ini guru hanya sekadar berdiri dihadapan sahaja mengajar tetapi harus membimbing  dari sisi kerana mereka menerapkan kemahiran berfikir dan memimpin serta menjadikan pembelajaran berpusatkan murid sebagai teras pendekatan pedagogi masa kini.
                 Adakalanya, komponen-komponen ini menuntut untuk para guru menjalankan kerja-kerja pengkeranian. Pada masa sekarang ada kebenarannya berbanding pada tahun 60-90 an. Kini para guru-guru terlalu sibuk dengan kerja-kerja pengurusan fail dan sebagainya dan ia menjadi satu isu yang sering didengari. Jika dahulu, guru dilihat memfokuskan kepada mengajar dan perhatian untuk aktiviti mengajar ditumpukan sepenuhnya.Ini menyumbangkan kepada bebanan guru menjadi lebih bertambah dengan kerja-kerja pengkeranian dan sebagainya. Ini akan menyebabkan perhatian guru kepada muridnya didalam kelas akan menjadi kurang berkesan dan realitinya memang sudah berlaku disekolah.
            Sebagai seorang guru, seseorang itu hendak sentiasa kreatif dalam cara penyampaian. Penyampaian yang digunakan haruslah menarik dan membolehkan pelajar menumpukan perhatian terhadap penyampaian guru dalam jangka masa tertentu. Guru seharusnya diberikan kewangan yang cukup dalam melaksanakan amanah dalam pengajaran kerana wang yang digunakan akan membawa kebaikan kepada pelajar. Alat bantu mengajar yang lengkap akan membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelajar akan lebih mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, had kewangan untuk guru dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran harus ditingkatkan. Kata orang Cina selalunya, biarpun miskin dari kewangan tetapi tidak boleh miskin dari segi pendidikan. Oleh itu, masalah kewangan tidak seharusnya menjadi halangan bagi para guru dalam pengajaran.
                 Isu lain yang boleh kita nyatakan adalah kualiti guru dan isu ini bukan sahaja diperingkat sekolah tetapidi peringkat nasional. Ianya akan mempengaruhi sistem pendidikan di negara dan pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ). Komitmen yang tinggi adalah perlu dalam merencanakan sesuatu perlaksanaan dalam sistem pendidikan.Memandangkan guru-guru pada abad ke 21 lebih mencabar berbanding beberapa dekad sebelum ini.Selaras dengan aspirasi murid, para guru-guru perlu menerapkan kemahiran berfikir diaras tinggi dan kemahiran memimpin menjadi teras dalam pedagogi.
                 Tambahan pula, pada masa sekarang segala maklumat  dihujung jari sahaja. Isu dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh guru adalah kemahiran guru-guru mestilah melangkaui kemahiran murid pada masa sekarang.Pada masa sekarang, daripada pemerhatian peribadi terdapat guru-guru yang kurang peka kepada perkara-perkara sebegini.Ini lebih teruk lagi sekiranya murid-murid melangkaui kemahiran yang guru ada. Guru-guru masih lagi kurang memahirkan diri dalam bidang ICT sedangkan pada masa sekarang kita dapati sistem pendidikan abad ke 21 akan lebih  menggunakan akses teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan murid.

                 Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamerkan perpaduan  yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh pakar menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaitan yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi. Murid-murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka  berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan.
            Cabaran yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga termasuk isu disiplin dan salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah pada hari ini semakin hari semakin merosot dalam kalangan murid. Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun peraturan ini tidak mudah diterima oleh sebahagian pelajar dan pelajar ini dikenali sebgai pelajar yang bermasalah disiplin. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial, bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya wujud di dalam kalangan pelajar. Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam era yang sereba moden ini. Namun, isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sering diperkatakan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk membendung masalah ini. Tanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin pelajar sekolah ini terletak di atas bahu guru-guru. Terbuktilah bahawa guru menghadapi cabaran dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
                 Pihak sekolah perlu mewujudkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sistematik di sekolah. Peraturan-peraturan ini hendaklah merangkumi dendaan bagi setiap kes disiplin atau kes jenayah di sekolah. Kes yang serius hendaklah dilaporkan kepada pihak polis. Penguatkuasaan undang-undang ini akan membolehkan berfikir sebelum membuat tindakan yang dianggap sebagai melanggar disiplin. Pihak polis juga boleh mengadakan kempen anti-jenayah , anti-dadah dan kempen lain yang berkaitan untuk mendedahkan pelajar kepada kesan-kesan melanggar disiplin dan melakukan jenayah. Selain itu, pihak polis juga boleh membuat pemeriksaan mengejut di sekolah untuk memastikan pelajar tidak melakukan hal-hal yang melanggar peraturan seperti mengedar dadah, mengambil pil khayal dan sebagainya. Di samping itu, guru kaunseling juga boleh mengambil tindakan dalam memahami sebab-sebab pelajar melanggar disiplin. kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman amat diperlukan dalam sesebuah sekolah untuk membantu pelajar yang bermasalah. Sekiranya masalah seseorang pelajar itu tidak wujud, maka seseorang pelajar itu tidak akan melanggar peraturan.
            Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan agar dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru-guru supaya dapat menyelesaikan masalah seseorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Jelaslah bahawa pihak sekolah, pihak polis ,pihak kaunselor dan ibu bapa perlulah berkerjasama dengan pihak guru agar guru-guru dapat menangani masalah disiplin di sekolah dengan baik dan meringankan lagi bebanan guru.
                 Isu dan cabaran yang dihadapi adalah kewujudan sekolah jenis kebangsaan dan budaya perkauman yang masih ada dikalangan murid. Kita dapati bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil menjadikan jurang perpaduan dikalangan murid. Dalam sekolah harian biasa juga, ada kalanya interaksi antara murid yang berbeza kaum juga berlaku.Oleh itu, sekolah dan guru perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.Pihak kerajaan perlu merangka program-program yang boleh mengelakkan jurang antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
                 Di samping itu, guru juga menghadapi cabaran dalam usaha untuk memperkembangkan potensi pelajar secara bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keempat-empat unsur ini diterapkan melalui proses pembelajaran dan pengajaran semasa di sekolah.Guru adalah tenaga penggerak yang berperanan membangunkan jasmani pelajarnya. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah imu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang jasmani tidak mencukupi. Guru yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan atau kemahiran yang lengkap dalam bidang jasmani akan lebih sukar membantu pelajar memperkembangkan potensi dalam sukan dan permainan. Guru juga tidak dapat memberikan latihan yang profesional kepada mereka untuk memantapkannya lagi. Oleh itu, guru haruslah memberi perhatian kepada bidang jasmani juga bagi membantu pelajar mencungkil bakat mereka dalam bidang sukan.Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang, riang dan sebaliknya.
            Guru haruslah tidak membawa perasaan negatif dari tugas ke dalam kelas bagi memastikan semua pelajarnya akan terus gembira dan berasa seronok semasa waktu pengajarannya. Ini kerana emosi guru akan mempengaruhi niat dan keinginan belajar pelajar.Guru juga menghadapi cabaran dalam usaha membentuk unsur kerohanian dalam jiwa setiap pelajarnya. Antaranya adalah menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan anak didik, menanam minat beragama, kasih dan sensitif kepada agama dan membasmi kejahilan beragama berasaskan Pendidikan Islam. Tugas guru bukan sahaja mengajar, tetapi juga mendidik, membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia. Guru perlu bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan kepada pelajarnya untuk mencapai kemajuan. Guru juga harus lebih banyak memberi pendedahan dan penekanan mengenai pelbagai aspek pemikiran agar pelajar-pelajar ini dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Guru terpaksa mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai dalam mengembangkan bakat dan potensi pelajar.

LANGKAH-LANGKAH
            Pihak sekolah harus mengurangkan beban para guru dengan mengalihkan kerja-kerja perkeranian atau jawatan-jawatan dalam sesuatu jawatankuasa daripada guru-guru. Pihak sekolah juga harus mengupah kerani dalam membantu melakukan kerja-kerja perkeranian bukannya memberi tugas ini kepada guru. selain daripada kerani, pihak sekolah juga boleh mengupah penyelia untuk menjaga dan menyelia sesebuah jawatankuasa atau tugasan. Hal ini akan dapat mengurangkan bebanan para guru dan membolehkan mereka menggunakan masa yang lebih banyak untuk menyediakan bahan untuk pengajaran yang berkesan. Para guru haruslah diberikan masa dan ruang yang mencukupi agar dapat menggurangkan tekanan dalam pekerjaan ini. Sekiranya kualiti pengajaran seseorang guru itu dapat ditingkatkan, maka penguasaan seseorang murid dalam sesuatu subjek itu dapat ditingkatkan. Pendek kata, kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan pengajaran mesti dikurangkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru dan juga menjamin prestasi seseorang murid.
                 Pihak kerajaan harus menyediakan pelbagai kursus yang berfokus kepada cara-cara penggunaan teknologi yang berkaitan dengan pengajaran seseorang guru dalam kelas. Setiap guru perlu diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus tersebut supaya mereka dapat memahirkan diri dan menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada dalam sekolah untuk mengajar. Kerajaan perlu menyediakan sebuah komputer riba dan LCD untuk para guru memastikan kelancaran kerja seorang guru dan sesi pengajaran dalam kelas. Dengan mendedahkan guru kepada teknologi yang semakin canggih, proses pengajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik kepada pelajar. Selain itu, mereka juga dapat melengkapi diri sendiri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini  berkaitan dengan opsyen masing-masing dengan melalui internet. Ini secara tidak langsung, dapat membantu para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam kelas. Murid-murid juga dapat didedahkan kepada isu-isu dan maklumat yang terkini melalui pengajaran daripada guru. secara logiknya, krusus-krusus tentang teknologi yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan perlu diberikan kepada setiap guru agar pengajaran berkesan dapat dilaksanakan.
            Selain itu, pihak kementerian harus merangka krusus-krusus untuk guru-guru yang sedang mengajar dengan lebih sistematik. Sebagai contohnya, mengadakan krusus sepenuh masa untuk guru-guru iaitu guru dikehendaki berhenti daripada mengajar apabila menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah. Dengan ini, para guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannya dan memberikan lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagi para guru yang telah berkhawin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepada cara penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidak perlu membazirkan masa dalam topik-topik yang tidak berkenaan dengan pengajaran mereka. Setiap guru hanya perlu menumpuhkan perhatiannya dalam opsyen masing-masing dan topik-topik kursus harus berkaitan dengan opsyen masing-masing. Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat dipertingkatkan lagi untuk melahirkan pelajar yang lebih bermutu.
            Dalam mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak kementerian, pelbagai buku rujukan yang berkualiti perlu disediakan. hal ini dapat membolehkan guru-guru merujuk kepada buku-buku tersebut jika menghadapi masalah dalam pengajaran. Sebagai contohnya, buku mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu dan Bahasa inggeris perlu disediakan. Walaupun mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semasa sekolah rendah dan sekolah menengah pelajar perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke tahap Universiti. Hal ini kerana Sains dan Matematik akan diberikan kuliah dalam Bahasa Inggeris pada tahap tersebut. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini juga didedahkan ilmu pengetahuan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semasa zaman Universiti. Ini dapat meringankan beban guru daripada mempelajari semula kosa kata saintifik dan matematik dalam Bahasa Melayu. Pihak kementerian juga perlu menberikan krusus-krusus yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran tersebut agar guru dapat menguasai dan mengajar subjek tersebut dengan baik.
            Pihak kerajaan perlulah memartabatkan profesion perguruan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) agar guru-guru pada masa kini dapat menghadapi cabaran-cabaran dalam proses pengajaran. Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Institusi ini melahirkan guru yang berkualiti dan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG),Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.
                 Selain itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan juga menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan guru sebgai langkag untuk memperkasakan kerjaya perguruan. Dengan program-program yang disediakan, guru-guru pelatih akan menerima latihan daripada pelbagai segi agar dapat mengharungi cabaran yang bakal dihadapi.  Antara latihan yang diberikan adalah dari aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan sebagainya untuk memastikan kualiti seorang guru yang cemerlang. Latihan-latihan ini penting untuk menyediakan guru pelatih dalam menghadapi cabaran.
            Sebagai seorang guru, seseorang itu hendak sentiasa kreatif dalam cara penyampaian. Penyampaian yang digunakan haruslah menarik dan membolehkan pelajar menumpukan perhatian terhadap penyampaian guru dalam jangka masa tertentu. Guru seharusnya diberikan kewangan yang cukup dalam melaksanakan amanah dalam pengajaran kerana wang yang digunakan akan membawa kebaikan kepada pelajar. Alat bantu mengajar yang lengkap akan membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelajar akan lebih mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, had kewangan untuk guru dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran harus ditingkatkan. Kata orang Cina selalunya, biarpun miskin dari kewangan tetapi tidak boleh miskin dari segi pendidikan. Oleh itu, masalah kewangan tidak seharusnya menjadi halangan bagi para guru dalam pengajaran.
            Pihak sekolah perlu mewujudkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sistematik di sekolah. Peraturan-peraturan ini hendaklah merangkumi dendaan bagi setiap kes disiplin atau kes jenayah di sekolah. Kes yang serious hendaklah dilaporkan kepada pihak polis. Penguatkuasaan undang-undang ini akan membolehkan berfikir sebelum membuat tindakan yang dianggap sebagai melanggar disiplin. Pihak polis juga boleh mengadakan kempen anti-jenayah , anti-dadah dan kempen lain yang berkaitan untuk mendedahkan pelajar kepada kesan-kesan melanggar disiplin dan melakukan jenayah.
            Selain itu, pihak polis juga boleh membuat pemeriksaan mengejut di sekolah untuk memastikan pelajar tidak melakukan hal-hal yang melanggar peraturan seperti mengedar dadah, mengambil pil khayal dan sebagainya. Di samping itu, guru kaunseling juga boleh mengambil tindakan dalam memahami sebab-sebab pelajar melanggar disiplin. kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman amat diperlukan dalam sesebuah sekolah untuk membantu pelajar yang bermasalah. Sekiranya masalah seseorang pelajar itu tidak wujud, maka seseorang pelajar itu tidak akan melanggar peraturan.
                 Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan agar dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru-guru supaya dapat menyelesaikan masalah seseorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Jelaslah bahawa pihak sekolah, pihak polis ,pihak kaunselor dan ibu bapa perlulah berkerjasama dengan pihak guru agar guru-guru dapat menangani masalah disiplin di sekolah dengan baik dan meringankan lagi bebanan guru.
            Di samping itu, seseorang guru itu haruslah bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran yang ada pada masa kini. Guru juga perlu menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Seseorang guru yang berjaya  menghayati tanggungjawabnya akan dapat menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika guru yang baik akan sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat untuk seseorang guru dalam menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu bersyukur kepada tuhan dan menghindari larangan tuhan serta sentiasa beriltizam semangat berbakti.
            Guru yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan seharusnya memahami kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat memanfaatkan kekuatan tersebut dan memperbaiki kelemahan yang ada. Selain itu, guru perlu sentiasa ingat tanggungjawabnya terhadap profesion guru. Oleh itu, guruharuslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek dan akademik. Guru perlulah bertindak laku baik agar dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Tuntasnya, guru perlulah menghayati etika guru dalam mengatasi cabaran yang dihadapi pada masa kini.








3.    KESIMPULAN

Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kemajuan dan kecemerlangan akademik. Perubahan sistem pendidikan memungkin setiap guru perlu memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti) mengukuhkan perpaduan dikalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem.

                 Selain itu, kewujudan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid serta menggariskan program tranformasi sistem pendidikan ini yang merangkumi perubahan penting dalam kementerian dan memenuhi permintaan baru. Oleh itu, pihak guru perlulah mempunyai daya dahan dan kemahiran yang tinggi dalam menghadapi sebarang isu dan cabaran.
    










TUGASAN 2
Sistem pendidikan telah memainkan peranan penting pembangunan negara. Oleh itu, pelbagai perubahan telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi, budaya dan politik. Jesteru itu, pelbagai strategi dirancang dan dilaksanakan khususnya untuk bidang pendidikan dalam usaha membentuk generasi yang serba berpengetahuan, berkebolehan dan mampu menempuh  alaf baru yang serba mencabar. Malah, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang adalah wahana untuk melahirkan  warganegara Malaysia yang berketrampilan  dalam pelbagai bidang yang menjadi agenda utama pembangunan negara sejak dahulu lagi.
Sehubungan itu, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan harapan ini dengan pelbagai cabaran.Sejak kebelakangan ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai kerja dan urusan berkaitan sistem pendidikan dari segi pentaksiran berasas sekolah, KSSR dan sebagainya.Ini memerlukan kepada kerja-kerja yang mengejar “due date” untuk semakan pihak atasan atau sebagainya. Stress tidak dapat dielakkan kepada semua guru dalam sistem pendidikan yang memerlukan mereka dalam menjalankan tugas.
Menurut Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Menurut Atlanta Health Centre ( 1995 ) mendefinikan stress sebagai “wear dan tear” bagi pengalaman badan kita semasa kita menyesuaikan diri dengan persekitaran yang terus berubah. Keadaan sebegini memberi kesan fizikal dan emosi yang dapat mencetuskan rasa negatif dan positif. Menurut Kyriacou dan Sutcliffe ( 1978 ), stress ialah tindak balas ke atas kesan negative seperti marah atau tekanan yang biasanya diikuti dan kesan fisiologi dan perubahan biokimia seperti peningkatan kadar denyutan jantung dan pelepasan hormone ke dalam saluran darah. Manakala, Asmah Bee (2004) menyatakan  stress adalah suatu perasaan yang muncul disebabkan daripada ketidakseimbangan fisiologi yang memberikan  kesan emosi yang tidak menyenangkan dan gangguan kepada komponen negative.
Pada masa sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain daripada mengajar. Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami stres. Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), stres dalam kalangan guru dikenal pasti atas faktor: 
·  Tekanan oleh ibu bapa pelajar.
·  Beban tugas.
·  Prospek kenaikan pangkat.
·  Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil.
·  Keinginan untuk mengajar.
·  Infrastruktur dan lokasi sekolah.

            Secara umumnya, tinjauan untuk penulisan akan melihat bagaimana melalui kefahaman guru-guru ini tentang stress. Tinjauan ini melihat kepada punca-punca stress, kesan stress terhadap guru-guru dan cara menangani stress tersebut. Secara khususnya, persoalan tinjauan ini merumuskan kepada beberapa persoalan seperti kecenderungan kepada stress, punca-punca membawa kepada stress dan tindakan yang boleh diambil dalam menangani masalah stress ini. Oleh itu, penulisan ini akan merangkumi punca-punca dan cara menangani stress. Dalam tinjauan yang dilaksanakan,  persoalan diutarakan iaitu:
i.      Apakah tuan / puan cenderung untuk mengalami stress?
ii.    Adakah anda selesa dengan  persekitaran kerjaya anda sekarang?
iii.   Apakah punca-punca membawa kepada berlakunya stress dikalangan guru-guru sekolah?.
iv.   Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru untuk menangani masalah stress?

i.      Apakah tuan / puan cenderung untuk mengalami stress?


Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa guru-guru disekolah saya mengalami stress dan yang membezakannya ialah tahap stress iaitu tinggi, sederhana dan rendah.Tinjauan telah dijalankan seramai 10 orang responden yang terdiri daripada 5 responden lelaki dan 5 responden perempuan.Daripada tinjauan ini, kesemua responden mengalami stress atau 100% mempunyai stress tetapi berbeza-beza tahap stress.Ianya dapat ditunjukkan melalui graf dibawah.


Graf 1: Tinjauan Kecenderungan Stress Mengikut Jantina.

                  Berdasarkan graf diatas, bilangan guru yang mengalami tahap stress di tahap rendah mengikut jantina adalah responden daripada kalangan guru lelaki seramai 2 orang. Manakala bagi responden guru perempuan yang mengalami tahap stress pada tahap rendah adalah 1 orang sahaja. Bagi tahap stress sederhana, bilangan responden guru lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 3 orang. Responden bagi tahap stress ditahap tinggi hanyalah 1 orang iaitu responden guru perempuan.
ii.           
Adakah anda selesadengan  persekitaran kerjaya anda sekarang?

Graf 2: Tinjauan Tentang Persekitaran Kerjaya

                  Berdasarkan graf di atas,  tinjauan medapati bahawa responden guru lelaki lebih selesa dengan persekitaran kerjaya mereka iaitu 5 orang atau 100 peratus. Ini berbeza dengan responden guru perempuan hanya 1 orang yang selesa dengan persekitaran kerjaya, selebihnya iaitu seramai 4 orang responden guru perempuan tidak selesa dengan persekitaran kerjaya mereka.Melalui soalan yang dikemukakan, sebab responden tidak selesa dengan persekitaran kerjaya mereka pentadbiran yang kurang memuaskan.

               Selain itu, kekurangan infrastruktur yang tidak lengakap dan staff sokongan (kerani) sekolah tidak mesra pelanggan. Ada juga responden menyatakan kurang kerjasama antara rakan sekerja ditempat bertugas apabila mahu menjayakan sesuatu program menyebabkan mereka tidak selesa dengan persekitaran kerjaya.Responden juga menyatakan bahawa terlalu banyak kerja luaran selain daripada mengajar di dalam kelas juga faktor tidak selesa dengan persekitaran kerjaya.
iii.   Apakah punca-punca membawa kepada berlakunya stress dikalangan guru-guru sekolah?.

Melalui tinjauan, beberapa faktor yang dijangkakan  boleh membawa kepada stress di kalangan guru di sekolah saya. Beberapa faktor yang boleh diandaikan dalam kajian atau tinjauan ini adalah termasuk keluarga guru. Ianya termasuklah masalah guru dirumah yang membawa kepada masalah stress dan ianya ditambah pula dengan masalah bebanan tugas disekolah.

                  Selain itu, punca stress yang berlaku disekolah melibatkan guru-guru adalah faktor pentadbiran sekolah khususnya guru besar. Guru besar yang begitu tegas dan tanpa timbang rasa yang adil dan saksama menjadikan guru stress. Sebaliknya, pentadbiran tegas tetapi bertimbang rasa mengurang rasa stress dikalangan guru.

                  Faktor ketiga yang menjadi punca stress adalah jumlah waktu mengajar yang banyak. Ini bermaksud guru-guru mengajar melebihi dengan waktu yang telah ditetapkan seperti masa yang ditetapkan 27 waktu tetapi guru menerima 31 waktu. Ini menyumbangkan kepada punca stress dikalangan guru dengan beban tugas lain seperti pengurusan fail pentaksiran, pengurusan kelas (guru kelas), guru penasihat ko-kurikulum dan sebagainya.

                  Terdapat juga faktor lain yang dinyatakan sebagai punca stress seperti umur guru, status diri ( kahwin, bujang, duda dan janda), keadaan rumah tangga, bilangan pelajar dan arahan kerja tambahan. Bilangan murid yang terlalu ramai di dalam sesuatu kelas juga mempengaruhi stress dikalangan dan ditambah pula dengan arahan kerja tambahan daripada PPD, Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya.

                  Terdapat juga punca stress melibatkan dasar kerajaan yang sering beruba-ubah menjadikan bebanan tugas guru bertambah. Dasar kementerian pendidikan pada masa kini berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 3PM ) yang ingin bertaraf antarabangsa dan teknologi maklumat komunikasi ( ICT ) menjadi tunjang dalam sebarang urusan. Ini menjadikan bebanan tugas yang banyak dan ditambah pula dengan pihak pentadbiran yang tidak memberi panduan yang sewajarnya.Selain itu, ada juga dikalangan guru dalam tinjauan menyatakan punca stress adalah birokrasi pentadbiran dan hubungan antara guru yang agak rengang.

                  Melalui 3PM juga, aspirasi murid mengkehendaki murid dinilai sepanjang masa melalui pentaksiran berasas sekolah dan sebagainya.Ini menjadikan pertambahan kerja seperti kerja-kerja pengkeranian yang terlalu banyak dan waktu mengajar yang banyak menyebabkan guru-guru tidak dapat menumpukan kepada bidang tugas hakiki dan mengundang punca stress.


iv.   Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru untuk menangani masalah stress?

Secara umumnya, masalah telah dapat diambil tindakan dengan baik.Ini berdasarkan tinjauan mendapati hampir 70% menyatakan bahawa mereka menerima hakikat bahawa semua manusia menghadapi masalah.Dengan itu, mereka mengambil langkah dengan mengadakan perbincangan dengan rakan sekerja untuk mendapatkan nasihat mengenai masalah stress yang dihadapi. Selain itu, mengingati pengalaman lepas untuk mendapatkan  sesuatu yang postif menyelesaikan masalah yang dihadapi.

                  Tinjauan juga mendapati bahawa guru-guru mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik. Ini dengan cara mereka membuat rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah dan mengikutinya. Selain itu, setiasa membina harapan yang positif terhadap masalah yang dihadapi sekaligus ianya dapat diselesaikan.

                  Tindakan lain yang boleh dilakukan dalam menangani masalah stress ialah membuat satu rancangan tindakan untuk menyelesaikan  masalah dan memperingatkan diri bahawa dalam mana-mana masalah ada penyelesaiannya. Ini dengan cara membandingkan masalah diri dengan yang dihadapi oleh rakan-rakan lain yang dikenali untuk menghilangkan  rasa tekanan.

                  Bebanan tugas guru dapat dikurangkan dengan wujudkan jawatan kerani atau pembantu guru dalam sistem-sistem yang mengkehendaki on line dapat membantu tugas guru dan guru dapat menumpukan perhatian dalam kerja hakiki iaitu mengajar.Selain itu, team building bagi mengeratkan persefahaman antara guru dan wujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi guru untuk meningkatkan mutu kerja.

                  Kesimpulannya, stress adalah sebahagian dan sentiasa melingkari kehidupan seharian manusia.Jesteru, setiap daripada kita menghadapi stress cuma yang membezakan adalah pada peringkat manakah stress memberi kesan dalam kehidupan. Dengan ini, guru juga turut menghadapi stress dan adalah penting bagi guru yang menghadapi stress mengetahui cara penyelesaian dan kemahiran mengurus stress. Ini supaya stress yang dihadapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada guru sehingga menjejaskan imej mereka serta organisasi pendidikan itu.

                


TUGASAN 3
Dalam pembentukan sahsiah murid yang cemerlang dan mencapai hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang, pelbagai perancangan telah diatur dalam usaha murni ini. Salah satunya adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan ini telah merangkan 3 gelombang utama dalam perlaksanaannya iaitu Gelombang Pertama ( 2013-2015), Gelombang Kedua ( 2015-2020 ) dan Gelombang Ketiga ( 2020 -2025 ). Dalam usaha, gandingan semua pihak adalah penting iaitu di peringkat Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan ibubapa serta murid.

                    Melalui penulisan ini beberapa refleksi atau rumusan yang boleh dinyatakan berdasarkan tugasan-tugasan sebelum ini. Sebagai seorang pendidik yang telah diamanahkan oleh pihak kementerian pendidikan, seharusnya kefahaman dan ilmu perlu dalam perlaksanaan sesuatu pelan pembangunan pendidikan. Kini, guru-guru telah didedahkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) yang menghampat guru-guru tidak kira peringkat perlu mempelajari dan memahaminya. Ini sekiranya ketinggalan menyebabkan sebarang maklumat yang hendak disampaikan tergendala. Kita merujuk kepada guru-guru lama ( veteran ) yang kurang memahami ICT. Ini merupakan isu atau cabaran kepada guru-guru tersebut mahu ataupun tidak mesti mesti mempelajari dan memahaminya.

                        Selain itu, kualiti guru memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pendidikan yang terbaik dikalangan murid-murid. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling singnifikan dalam menentukan keberhasilan murid.  sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Isu yang menjadikan ianya sebagai satu cabaran kepada kementerian adalah walaupun  terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia kajian tahun 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan secara berkesan.

                        Sementara itu,  statistik juga mendapati bahawa cabaran besar  yang dihadapi adalah lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar 20 tahun lagi.Kementerian perlu menjalankan aktiviti atau sistem pendidikan yang membudayakan bimbingan rakan sejawat untuk meningkatkan kecemerlangan professional iaitu melalui pementoran dan perkongsian amalan terbaik.

                        Selain itu, melalui penulisan ini saya mendapati bahawa tinjauan yang dijalankan disekolah mendapati bahawa stress ini menjadi perkara penting untuk diatasi atau ditangani. Stress boleh memberikan kesan buruk kepada pihak guru itu sendiri dan organisasi amnya. Faktor penyumbang utama kepada stress adalah faktor diri sendiri seperti faktor keluarga atau ibu tunggal. Selain itu, faktor pentadbiran sekolah juga punca stress berlaku disekolah. Ianya memerlukan kepada pengurusan kemahiran mengurus stress dengan baik dan berkesan. Ini sekali gus memberikan keselesaan dan semangat kepada guru dalam menjalankan tugas dan seronok dengan kerjaya yang diperolehi. Kaedah yang sesuai ialah dengan kaedah psikologi dalam menangani masalah stress ini.

                        Tinjauan saya juga mendapati bahawa guru-guru mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik. Ini dengan cara mereka membuat rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah dan mengikutinya.

                        Melalui tugasan ini, kefahaman tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 3PM ) lebih meluas dan medalam dalam diri saya. Pengetahuan tentang aspirasi kementerian dalam memartabatkan sistem pendidikan setaraf dengan sistem pendidikan antarabangsa melalui transformasi pendidikan. Saya sebagai seorang pendidik atau guru perlu memahami konsep akses, ekuiti, kuanti dan perpaduan dikalangan murid.

                        Selain itu, 11 anjakan dalam 3PM ini memberikan panduan kepada saya dalam memastikan sistem pendidikan dapat disampaikan kepada semua pihak. Ini meliputi kerjasama antara murid, guru, ibubapa dan masyarakat sekeliling. Kewujudan Sarana Ibubapa memberi peluang kepada ibubapa menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk pembangunan sekolah dan kecemerlangan murid.

Sekian terima kasih.