PENYELIDIKAN TINDAKAN (SAMBUNGAN )
1. 0 PENDAHULUAN
1. 1 Pengenalan
Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa pengantar utama dan merupakan mata pelajaran teras yang
wajib dipelajari pada peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan
melengkapkan murid dengan keterampilan dari segi tulisan mahupun berkomunikasi
selaras dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah adalah berteraskan tiga
kemahiran utama bahasa iaitu kemahiran mendengan dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003)
memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Kemahiran
menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap
murid di sekolah. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang terakhir yang
menjadi puncak dalam penguasaan Bahasa Melayu. Kemahiran menulis ini
dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran menulis mekanis dan penulisan mentalis
(Kamarudin Hj. Husin dan Siti hajar Hj. Abd. Aziz, 1997).
Dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, objektif utama kemahiran
menulis memberi penekanan kepada aspek
tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda bacaan dan ejaan yang betul.
Tanda-tanda bacaan seperti tanda noktah, koma, seruan, tanda soal dan
sebagainya perlu diberi penekanan dan perhatian yang serius. Selain itu,
penggunaan huruf besar juga adalah penting dan perlu dibudayakan sejak awal
persekolahan lagi.Ibarat kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” Dalam konteks ini untuk
melahirkan pelajar mahir dalam penulisan tanpa melakukan kesalahan dalam
karangan perlu diasuh dalam Tahap Satu lagi. Raminah Hj Sabran (2004),
menegaskan bahawa murid perlu menguasai kemahiran tanda bacaan pada Tahap Satu
lagi. Ini merupakan aspek penting yang mempengaruhi hasil penulisan murid.
Kesilapan
dan kesalahan dalam penguasaan tanda
bacaan dalam penulisan bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah rendah malahan
keadaan ini juga melibatkan peringkat sekolah menengah dan juga institusi
pengajian tinggi. Kesilapan dan kesalahan penggunaan tersebut akan mempengaruhi
bahasa seseorang. Koh Boh Boon (1989) mendefinisikan bahawa kesalahan bahasa
adalah penggunaan bahasa yang tidak wajar dari segi status dan tempat yang
diberikan kepadanya , sama ada dari segi sebutan mahupun tulisan.
Atas
kesedaran inilah pengkaji terdorong untuk membuat kajian khusus untuk
meningkatkan penguasaan tanda bacaan yang dianggap masih menimbulkan masalah
dari segi penggunaannya, terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Pengkaji berharap agar kajian ini akan menjadi titik permulaan kepada suatu
kecemerlangan dalam usaha kita untuk meningkatkan kemahiran penulisan karangan
yang bermutu dan jitu khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bagi menyelesaikan permasalahan ini,
adalah penting budaya penyelidikan yang menjadi sebahagian budaya sekolah dan
asas kepada ikhtisas guru. Melalui aktiviti penyelidikan ini, guru akan lebih
dapat memahami dan mengetahui situasi sebenar di mana dia berada. Secara tidak langsung
setelah dia memahami situasi tersebut dia akan dapat memperbaiki kelemahan dan
meningkatkan kualiti pendidikan masing-masing. Oleh itu, betapa pentingnya
kajian tindakan dalam menyelesaikan permasalahan di dalam bilik darjah atau
sekolah.
Anjakan
paradigm pendidikan amat penting bagi mendorong para pendididik untuk memainkan
peranan mereka dengan menyedari akan tanggungjawab dan sikap integrity sebagai
seorang pendidik yang sentiasa inginkan perubahan demi perubahan yang lebih
proaktif bagi melahirkan anak bangsa yang berkualiti. Menjadi tanggungjawab
pendidik untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi mencipta sesuatu yang
baru atau dengan kata lain menambah baik sesuatu amalan yang telah menjadi
rutin seseorang pendidik kepada suatu amalan yang baru bagi mewujudkan
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
Antara faktor dalaman yang dilihat
mendorong kepada kerencaman dan kerumitan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah
ialah aras pemikiran dan kognitif pelajar yang berkembang lebih pantas berbanding
murid seusia sama di era lepas. Justeru itu, antara alternatif yang cuba
penyelidik cadangkan ialah menggunakan kaedah amalan Kajian Tindakan untuk
memperbaiki, menambah nilai serta menaiktaraf kualiti pengajaran pembelajaran.
1.
2 Refleksi
Pengajaran dan Pembelajaran.
Pengalaman
mengajar sudah 24 tahun mengajar murid
Tahap 2, saya rasa pengalaman selama ini amat berharga buat penyelidik. Perkara
ini bermula dengan perubahan sukatan
pelajaran KBSR 1985 yang mudah bagi murid-murid tahun 1 sehinggalah ke zaman
era baru KSSR perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali di dalam
kelas, ujian atau peperiksaan,murid yang bijak sering kali membuat kesilapan
dan cuai dalam penggunaan tanda baca terutama tanda koma dan tanda noktah.
Kemahiran
menulis sangat diperlukan dalam mana-mana subjek yang diajar di sekolah. Oleh
itu, murid-murid perlu dibimbing dalam aspek penulisan supaya mereka boleh
mengaplikasinya untuk subjek yang lain seperti Sains dan Pendidikan Sivik.
Penyelidik sangat berbesar hati dan dengan seluruh tekad yang ada, ingin
membantu murid-murid dalam mengurangkan masalah yang mereka hadapi iaitu
kekeliruan penggunaan tanda koma dan tanda noktah melalui “Teknik Pen Warna
Merah”
Pada pandangan
penyelidik, masalah ini berlaku berpunca daripada sikap murid yang hanya ingin
menyiapkan kerja yang diberi dengan cepat. Hal demikian, murid-murid menulis
dengan sambil lewa tanpa menitikberatkan tanda baca terutama tanda koma dan
tanda noktah. Malah, minat dan penglibatan
murid secara menyeluruh dalam aktiviti yang dilaksanakan juga mempengaruhi cara
mereka menulis. Jika murid mempunyai minat yang tinggi mereka akan menulis
bersungguh-sungguh dan berasa puas apabila dapat menyiapkan kerja dengan baik
serta tulisan yang kemas dan dengan tanda baca yang betul.
Seringkali
menjadi persoalan penyelidik, setiap kali para guru membuat latihan dan ujian
bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat berikut dengan menggunakan tanda baca
yang sesuai’. Penyelidik sering
mendapati murid melakukan kesalahan dalam penggunaan tanda koma dan noktah, secara
tidak langsung telah mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk
setiap kesalahan tersebut setiap kali ujian
diadakan. Perkara ini telah terbukti apabila penyelidik menanda kertas soalan ujian. Soalan-soalan
yang banyak kesalahan yang dilakukan
oleh murid-murid adalah soalan membina ayat dan penulisan karangan. Murid-murid
menulis ayat tanpa penggunaan tanda koma dan tanda noktah, maka secara tidak
langsung kehilangan markah yang amat ketara.
Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama
guru mata pelajaran bahasa Melayu, penyelidik berpendapat bahawa murid – murid
tahun empat sememangnya mempunyai masalah menulis tanda baca dengan betul.
Justeru, berdasarkan masalah itu telah menyedarkan penyelidik untuk
berusaha menyediakan satu kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan
kemahiran murid – murid dalam penggunaan tanda koma dan tanda noktah dengan
betul.
Berdasarkan
pemerhatian penyelidik semasa pengajaran dan pembelajaran, punca utamanya ialah sikap murid yang
menganggap bahawa penggunaan tanda koma dan tandan noktah adalah tidak penting dan kurang faham akan
penggunaannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan “teknik pen merah” bagi membantu dan mengatasi masalah kurang
pemahaman murid dengan penggunaan tanda baca.
Penyelidik percaya
bahawa, jika murid-murid diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang sistematik
dan berterusan, nescaya masalah ini dapat diatasi. Menurut, Choong Lean Keow
(2010), bimbingan ialah memandu atau menunjukkan jalan untuk individu mencapai
apa yang diingini atau dihasratkan. Kejayaan murid dalam pencapaian Bahasa
Malaysia perlu ditingkatkan sejajar dengan dasar pendidikan negara iaitu
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris.
Disamping
itu, penyelidik akan memikirkan beberapa teknik atau kaedah yang menarik bagi
membantu murid meningkatkan kemahiran meletak tanda baca di tempat yang betul.
Justeru, penyelidik perlu sentiasa bersedia dan membuat rujukan yang
terperinci.
1. 3 Refleksi Nilai Pendidikan
Nilai pendidikan
amat penting dan perlu ada pada setiap guru. Nilai pendidikan ini bertujuan
bagi memastikan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku mencapai
objektif yang dikehendaki. Dengan adanya
nilai pendidikan juga, hasil pembelajaran akan tercapai serta murid-mutid dapat
menguasai sepenuhnya sesuatu topik dengan baik. Hal ini menunjukkan nilai
pendidikan yang dipegang ini mempengaruhi cara pemikiran, amalan serta cara
pengendalian sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata
pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Kurikulum mata pelajaran
Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi serta dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid
mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain di samping
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Pendidikan
peringkat rendah adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Kegagalan
dalam penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira seperti
yang terkandung dalam perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) tidak
boleh dibiarkan. Penguasaan kemahiran asas Membaca, Menulis, Mengira (3M) perlu
dikuasai pada peringkat awal.
Nilai
pendidikan yang perlu diamalkan oleh guru adalah sikap ingin membantu dan
mendidik murid-murid tanpa mengira bangsa, kaum dan kebolehan yang dimiliki.
Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Gadner, kanak-kanak
mempunyai lapan kecerdasan dan kebolehan yang pelbagai.Oleh itu, sebagai
seorang guru, penyelidik perlu peka dengan tahap kebolehan murid-murid yang
datang daripada pelbagai latar belakang persekitaran, budaya dan sosial.
Selain itu, penyelidik percaya
bahawa strategi pengajaran yang pelbagai dapat membantu murid menguasai
kemahiran menulis. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh penyelidik, pelbagai kaedah dan alat bantu mengajar serta teori telah
digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Penyelidik telah
mengaitkan proses intervensi yang akan
dijalankan dengan Teori Behavioris iaitu berkaitan dengan tingkah laku. Menurut
Teori Behavioris, tingkah laku manusia boleh dibentuk dan diubah melalui latihan
yang dilakukan menggunakan bahan ransangan. Hal demikian, bertepatan dengan
teknik yang akan digunakan oleh penyelidik yang bersifat latih tubi bagi
menangani masalah kekemasan tulisan murid. Kaedah latih tubi mampu melatih
murid-murid menulis dengan lebih kemas.
Berdasarkan teori tersebut, kemungkinan
penggunaan kaedah “teknik pen merah” untuk mengubah kekmasan tulisan murid adalah
tinggi. Hal ini kerana jika penyelidik sudah mengetahui punca masalah yang
dihadapi oleh murid dan tahu apakah teknik yang pelu digunakan, maka
pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih berkesan dan objektif akan mudah
tercapai.
Nilai
pendidikan yang seterusnya ialah penyelidik percaya bahawa setiap murid
mempunyai peluang yang sama rata untuk belajar tanpa mengira tahap kebolehan.
Penyelidikan tindakan ini memberi satu peluang untuk memperbaiki diri dan
amalan penyelidik dalam sesi pengajaran dan pembelajran. Penyelidik berharap
agar nilai pendidikan yang penyelidik pegang akan sentiasa dapat diamalkan.
2.
0 FOKUS
KAJIAN
2.
1 Isu Kajian
Pemilihan fokus
kajian tindakan ini, penyelidik telah merujuk kepada kriteria-kriteria tertentu
untuk membantu penyelidik mengenal pasti isu keprihatinan yang berkait dengan
pengalaman dan amalan kendiri serta kerelevenannya kepada keperluan murid-murid
dan juga sekolah. Malah faktor-faktor seperti kawalan, kebolehtadbiran, kuasa
dan keselesaan guru untuk melaksanakan kajian juga diambil kira untuk
menetapkan fokus kajian yang tepat dan sesuai.
Fokus
kajian ini menekankan kepada aspek tanda baca terutama tanda koma dan tanda noktah murid. Penyelidik
percaya bahawa setiap murid mempunyai kebolehan untuk meningkatkan keupayaan mereka jika dibantu dan dibimbing dengan
betul. Oleh itu, sikap pilih kasih atau diskriminasi dalam pendidikan perlu
dielakkan, sebagai seorang guru yang prihatin dan menerapkan nilai integriti,
penyelidik terpanggil untuk melaksanakan kajian tindakan bagi mengatasi masalah
ini. Hal demikian, peluang untuk meningkatkan tanda baca terutama tanda koma
dan tanda noktah murid adalah cerah jika penyelidik dapat merancang dan
melaksanakan langkah-langkah yang sesuai, betul dan bersistematik.
Fokus kajian ini dipilih kerana
kebolehgunaan aktiviti tersebut boleh diperluaskan kepada guru-guru lain di
kelas yang turut menghadapi masalah yang sama. Kajian ini juga diharapkan dapat
menjadi rujukan guru-guru lain. Fokus ini amat releven kerana kemahiran meletak
tanda baca bukan sahaja dilaksanakan semasa mata pelajaran Bahasa Melayu, malah
meliputi mata pelajaran yang lain. Malah, kemahiran ini perlu dikuasai oleh
setiap murid untuk menghadapi dan mempersiapkan diri dengan aktiviti yang ingin
dijalankan di dalam kelas khususnya. Jika murid tidak membaiki tanda baca mereka,
akan menimbulkan kesulitan kepada mereka kerana melibatkan pemotongan markah.
Oleh itu, kajian ini secara tidak langsung amat releven kepada guru dan pihak
sekolah.
2. 1. 1 Tinjauan Awal
Selepas membuat
refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas, tinjauan awal
telah dilaksanakan dengan menggunakan instrumen yang sesuai. Proses ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan seterusnya merancang
tindakan. Penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data
iaitu analisis dokumen serta temu bual dengan guru.
Pada
peringkat permulaan, penyelidik telah melakukan tinjauan awal dengan menyemak
buku latihan murid. Penyelidik telah meneliti masalah-masalah tanda baca murid
yang dilakukan secara berulang kali. Malah, penyelidik telah menyediakan
lembaran kerja yang mudah iaitu murid diminta menyalin semula ayat yang
diberikan dengan betul dan kemas. Kemudian, penyelidik merujuk semula dengan
hasil kerja yang lepas dan membandingkan hasil kerja mereka. Ternyata tidak
banyak beza di antara lembaran kerja yang lepas.
Fokus
kajian penyelidik melibatkan aspek tanda
koma dan tanda noktah murid Tahun Empat Harmoni. Setelah proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan, penyelidik mendapati murid-murid tidak boleh meletakkan
tanda baca yang betul pada buku tulis dan lembaran kerja yang diberikan. Hasil
pemerhatian dan perbincangan dengan guru lain, dapat penyelidik simpulkan
bahawa murid tidak mahir dan cuai dalam meletakkan tanda baca di tempat yang
betul.
Oleh
itu, penyelidik telah menetapkan skop kajian, iaitu “Baca, Tulis dan Warna” merupakan tindakan yang
paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan penggunaan tanda koma dan tanda
noktah untuk meningkatkan penggunaan tanda baca murid
Tahun Empat Harmoni di tempat yang betul.
2. 2 Tinjauan Literatur
Dalam aspek kesalahan tanda bacaan dan huruf besar
banyak kajian telah dijalankan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Dalam
kajian yang pernah dijalankan oleh Najib b. Jamri (2002) tentang kesilapan
Penggunaan Tanda Bacaan dalam kalangan murid-murid Tahun 6 di SK Melekek,
Melaka. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan antara kesilapan tanda bacaan
yang ketara dilakukan oleh murid-murid ialah tanda bacaan dan huruf besar tanda
bacaan (54.84%), penggunaan huruf besar (67.75%), penggunaan imbuhan (25.0%)
dan kesalahan ejaan (10.0%). Daripada perangkaan ini jelas menunjukkan
kelemahan murid-murid dalam isu tanda bacaan dan penggunaan huruf besar amat
ketara. Oleh itu, usaha-usaha perlu dijalankan untuk menangani masalah ini dari
terus berlanjutan.
Nora
Wahid (2012) juga telah mengkaji berkaitan penulisan huruf besar dengan
menggunakan tajuk Penggunaan Kaedah Huruf Berwarna dalam Meningkatkan Kemahiran
Penggunaan Tanda Baca (Huruf Besar) bagi Murid Tahun Tiga. Beliau turut
menggunakan teknik warna dalam mengatasi masalah murid menulis huruf besar.
Dalam
satu lagi kajian telah dijalankan oleh seorang pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu, Mohd Yasser bin Jamaluddin (2011) di sebuah sekolah di
daerah Puchong, Selangor Darul Ehsan. Beliau menjalankan kajian yang bertajuk
Peningkatan Penguasaan dalam Penggunaan Tanda Baca melalui Kaedah Imlak turut
berkait rapat dengan isu kajian ini
Kajian Tentang
Masalah Penggunaan Tanda Koma, Noktah, Tanda Tanya Dan Tanda Seruan Dalam
Penulisan Bahasa Melayu Tahun 4 Di
SJK(C) Kwong Hon, Sungai Besi oleh Mohd Nazari Bin Mt. Rasid (2010) di
SJK(C) Kwong Hon Sungai Besi, Kuala Lumpur. Murid-murid bukan Melayu di sekolah
jenis kebangsaan Cina/Tamil sering menghadapi masalah dalam pembelajaran Bahasa
Melayu kerana mereka tidak menguasai aspek tatabahasa terutamanya kemahiran
tanda baca dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kemahiran tanda
baca ini penting dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini merupakan asas dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
murid dalam aspek tanda baca.Seramai 30 orang murid dari tahun 4 telah dipilih
sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tanda baca.
Instrumen kajian terdiri daripada Ujian pra dan Ujian pasca mengenai empat
aspek tanda baca yang terpilih iaitu noktah,koma,,tanda tanya dan tanda seruan.
Latihan-latihan seperti membetulkan kesalahan, mengisi tempat kosong dan
menyalin petikan yang didengar menarik minat murid kerana ianya senang dan
hadiah-hadiah disediakan bagi murid-murid yang berjaya mendapat markah yang
tertinggi.
Sementara itu dalam kajian yang
dijalankan oleh Zaridah Zuber (2005) mengutarakan bahawa murid-murid seringkali tidak mengambil berat terhadap
tanda bacaan dan penggunaan huruf huruf besar. Murid yang cemerlang juga
kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid lemah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beliau di SK Manjung, Perak tentang
sikap murid-murid dalam mempelajari penulisan karangan Bahasa Melayu hasil
dapatan kajian menunjukkan 77% daripada murid-murid menyalin tanpa meneliti
penggunaan huruf besar dan tanda bacaan. 18% daripada murid-murid juga kurang
memberi tumpuan pada penggunaan tanda bacaan dalam ayat. 5% daripada
murid-murid tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya di rumah. Melalui dapatan
ini beliau membuat kesimpulan bahawa kesalahan dalam aspek tanda bacaan ini
mungkin disebabkan oleh dua perkara. Mungkin pelajar tersebut tidak menguasai
sepenuhnya kerana tidak ada pendedahan sepenuhnya oleh golongan guru ataupun
golongan guru tidak dapat menguasai pendedahan secukupnya dalam hal tersebut
untuk disampaikan kepada murid-murid. Kesannya pada murid ialah mereka akan
terus melakukan kesilapan demi kesilapan.
Mohd. Isa, Haradin dan rakan-rakannya (2002) dalam kajian yang telah mereka
jalankan untuk melihat kesilapan penggunaan tanda bacaan di salah sebuah
sekolah rendah di Sabah dalam kalangan murid-murid Melayu tahun 6 dibandingkan
dengan murid-murid yang menguasai dwibahasa mendapati bahawa murid-murid Melayu
talah membuat kesilapan tanda bacaan dalam karangan mereka antaranya yang
pertama tidak menggunakan tanda noktah pada akhir ayat yang bukan seruan atau
bukan pertanyaan. Keduanya murid meninggalkan tanda koma di belakang kata
seruan pada awal kalimat. Ketiganya menggunakan huruf besar di tempat yang
tidak memerlukan dan yang keempat tidak menggunakan huruf besar untuk nama
khas.
Dalam kajian-kajian lepas jelaslah membuktikan kesilapan tanda bacaan
adalah kesilapan yang tertinggi sekali. Jumlah kesilapan tanda bacaan dalam
karangan ujian tatabahasa adalah sebanyak 182 kali. Murid-murid didapati lemah
dalam penggunaan tanda baca koma. Kesilapan yang paling umum ialah apabila
mereka meninggalkan tanda koma di belakang kata seru yang terdapat pada awal
ayat.
Hasil daripada keputusan kajian-kajian lepas terdapat tiga perkara yang
dirumuskan iaitu murid-murid dari kumpulan satu bahasa lebih banyak melakukan
kesilapan berbanding murid-murid dari kumpulan dwibahasa. Keduanya, murid dari
status sosioekonomi tinggi kurang membuat kesilapan berbanding dari kumpulan
murid dari status ekonomi rendah dan yang ketiganya murid-murid perempuan
kurang membuat kesilapan bahasa berbanding murid-murid lelaki.
Azman Wan Chik (1983) pula menjalankan kajian
kesilapan penggunaan tanda bacaan di dua buah
sekolah rendah. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesilapan yang
dilakukan oleh murid-murid tersebut di mana sampel kajian terdiri daripada 75
orang murid iaitu 35 murid dwibahasa dan 40 orang murid satu bahasa
menunjukkan sebanyak 54.74% melakukan
kesilapan tanda bacaan. 21.22% melakukan kesalahan penggunaan huruf besar dan
20.37% melakukan kesilapan ejaan. Analisis tersebut menunjukkan bahawa
kesilapan penggunaan tanda bacaan adalah yang tertinggi berbanding dengan
kesilapan dalam penggunaan huruf besar dan kesilapan dalam ejaan.
Kumpulan murid dwibahasa membuat kesilapan tanda
bacaan sebanyak 24.43% sementara murid-murid satu bahasa membuat kesilapan
lebih tinggi iaitu 30.32%. Ini menunjukkan kumpulan satu bahasa lebih banyak
melakukan kesilapan berbanding murid-murid dwibahasa. Besar kemungkinan
murid-murid satu bahasa ini beranggapan bahawa
bahasa ibunda mereka sendiri
tidak perlu dipelajari kerana dapat dikuasai dengan mudah. Bagi
murid-murid dwibahasa, mereka perlu mempelajarinya dengan teliti untuk menguasai dengan baik. Dalam kajian
tersebut juga menunjukkan bahawa murid yang datang dari kumpulan status ekonomi yang tinggi tidak banyak melakukan
kesilapan tanda bacaan pada karangan mereka berbanding dengan kumpulan status
ekonomi yang rendah. Murid-murid tersebut mendapat pendedahan yang lebih meluas
daripada kumpulan sederhana dan rendah.
Mungkin melalui bacaan tambahan atau mengikuti kelas-kelas tambahan, apatah
lagi dengan pendedahan pembelajaran melalui komputer, telah mencelikkan mereka
untuk menguasai tanda bacaan dengan lebih baik berbanding dengan pelajar yang
rendah status ekonominya.
Sementara itu, Cik Intan Efazila Binti Md Yusop (2007)
telah menjalankan satu kajian di Sekolah
Kebangsaan Aminuddin Baki, 35800 Slim River.Dalam kajian itu beliau telah
memungut data utamanya daripada sejumlah 30 orang murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum.Data yang diperoleh dianalisis untuk mendapatkan peratus
kekerapan kesalahan setiap jenis aspek bahasa termasuklah masalah ejaan, tanda
bacaan, penggunaan huruf besar, aspek tatabahasa meliputi penggunaan artikel,
partikel, tenses dan struktur ayat..
Kajian
ini juga telah membandingkan prestasi murid-muridnya mengikut aras kemahiran
iaitu aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah. Dalam semua perbandingan
yang dilakukannya, beliau mendapati ada perbezaan yang ketara dalam kalangan
murid-murid tersebut mengikut ras, jantina, bahasa ibunda yang digunakan serta
kemahiran.
Kemahiran menulis
sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari
mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai
kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan
pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial,
dan pekerjaan.
Menurut Douglas (1964) dalam bukunya menyatakan
berhubung kebolehan penguasaan tanda bacaan dalam penulisan yang dipengaruhi
oleh empat pembolehubah iaitu minat, persekitaran, keluarga dan rekod prestasi
berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Beliau mendapati bahawa minat ibu bapa
merupakan pembolehubah yang paling ketara mempengaruhi pencapaian pelajar.
Pendapat ini telah disokong oleh
Ploden (1967) yang mengatakan kelainan sikap ibu bapa menampakkan perbezaan
pencapaian penguasaan bahasa kanak-kanak berbanding faktor lain. Knowlton
(1973) dalam bukunya di mana beliau telah membuat satu kajian terhadap
penguasaan Bahasa Melayu calon-calon peperiksaan Malayan Qualifying Test. Hasil
laporan mencatatkan kelemahan yang amat ketara dari segi bahasa, pembentukan
ayat, ejaan, penggunaan tanda baca.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji tempatan dan pengkaji- pengkaji luar negara, maka dapatlah
dirumuskan bahawa hasil tinjauan literatur kajian tersebut didapati penggunaan tanda bacaan
merupakan satu daripada aspek penting yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar
dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat sekolah menengah. Akibat
kegagalan penguasan dan kesilapan penggunaan tanda bacaan yang dilakukan oleh
seseorang pelajar itu, maka sudah
pastinya akan menjejaskan penyampaian idea yang berkesan dalam penulisan
karangan.
Kajian-kajian
di atas juga menunjukkan betapa kesalahan tanda baca paling kerap dilakukan.
Maka tidak hairanlah jika masih ada pengkaji-pengkaji yang berterusan ingin
membuat kajian terhadap masalah kesilapan tanda bacaan. Ini mungkin disebabkan
untuk mengetahui perkembangan penguasaan aspek tanda bacaan dalam kalangan
pelajar dari semasa ke semasa.
Disamping
itu dengan adanya kajian-kajian seperti ini dapatlah pengkaji membuat penilaian
secara berterusan terhadap masalah yang dihadapi dan dapat memikirkan sesuatu
pendekatan atau strategi yang lebih rasional bagi mengatasi kelemahan-kelemahan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sebarang kesilapan penggunaan tanda
bacaan dapat dikurangkan serta dapat memperbaiki mutu penulisan karangan dalam
kalangan pelajar ke tahap yang baik dan berkualiti tinggi.
Pengkaji merasakan kajian ini masih lagi relevan
kerana masih ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan
penguasaan tanda bacaan murid dalam penulisan. Antaranya melalui kajian yang
dilakukan oleh pengkaji ianya akan dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada
guru-guru di dalam memastikan murid-murid benar-benar boleh menguasai tanda
bacaan dengan baik kerana kegagalan murid menguasai tanda bacaan akan memberi
kesan kepada penulisan murid. Keduanya ialah kajian ini akan memberi cadangan
kepada guru-guru bagaimana untuk memantapkan lagi kaedah mengajar tanda bacaan
dan ketiganya dalam kajian ini juga akan menunjukkan dengan jelas
kesalahan-kesalahan tanda bacaan yang kerap dilakukan oleh murid. Hasil kajian
ini amat penting kerana kajian-kajian terdahulu tidak menitik beratkan
ketiga-tiga aspek ini.
Pada umumnya, penulisan dan kajian tentang
pengajaran dan pembelajaran tanda
gambaran tentang latar belakang kajian yang akan dijalankan. Di samping
itu kajian-kajian ini juga dapat membantu penyelidik menentukan cara
menjalankan kajian serta kaedah menghuraikan data yang diperolehi daripada
kajian pengkaji bahasa.
3.
0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3. 1 Objektif
Umum
Kajian
ini bertujuan untuk meningkatkan amalan pengajaran penyelidik terhadap
kemahiran menulis murid. Kajian ini dirancang untuk membantu meningkatkan
kebolehan murid meletakkan tanda koma dan tanda noktah dengan betul dan kemas
menggunakan kaedah pelaksanaan
penggunaan Teknik Pen Warna Merah.
3. 2 Objektif
Khusus
i. Meningkatkan
penguasaan meletak tanda koma dan tanda noktah di tempat yang betul.
ii. Mengenal
pasti tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan meletak tanda
koma dan tanda noktah pada tempat yang
paling sesuai.
3. 3 Soalan
Kajian
i. Adakah
penguasaan meletak tanda koma dan tanda noktah dengan betul dapat ditingkatkan?
ii. Adakah
tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan meletakkan tanda
koma dan tanda noktah pada ayat?
4.
0 KUMPULAN SASARAN
Kajian
tindakan yang dijalankan ini dilakukan di sebuah sekolah di Sungai Buloh yang
merupakan salah sebuah sekolah pinggir bandar yang berada di dalam Daerah
Gombak di Selangor. Jarak sekolah ini
dari ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam ialah sejauh 20 kilometer. Terdapat banyak kawasan kampung
tradisional dan perumahan moden yang padat penduduknya. Jumlah keseluruhan
murid di sekolah ini ialah berjumlah 1945 orang murid.Murid di sekolah ini
terbahagi kepada pelbagai bahasa pertuturan ibunda seperti Melayu, Indonesia
dan Kemboja. Kelas ini adalah kelas yang
mempunyai pencapaian sederhana dalam Penulisan Bahasa Malaysia.
Sepanjang
bertugas disini, saya telah ditugaskan untuk memikul tanggungjawab mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu di tahun 4 Harmoni dan tahun 6 Dinamik. Dalam
tahun 4 Harmoni ini, terdapat murid yang berdaftar seramai dua puluh orang. Pecahan murid terdiri daripada 8
perempuan (3 Melayu, 3 Indonesia dan 2 Kemboja) dan 12 lelaki (6 Melayu, 2
Indonesia dan 4 Kemboja).
Jadual 1: Bilangan responden mengikut jantina.
Jantina
|
Bilangan
|
Lelaki
|
12
|
Perempuan
|
8
|
Jadual 2: Jumlah Pelajar Mengikut Jantina.
Bangsa
Kumpulan
|
Melayu
|
|||
Bilangan
|
Peratusan
(%)
|
|||
Lelaki
|
12
|
60
%
|
||
Perempuan
|
8
|
40
%
|
||
Jumlah Keseluruhan
|
20
|
100
%
|
Merujuk kepada jadual berikut, merupakan responden yang telah dipilih oleh
penyelidik selepas menjalankan ujian diagnostik dan melihat hasil kerja murid.
Penyelidik telah memilih 20 responden Tahun
Empat Harmoni kerana hasil mereka yang agak sederhana. Oleh itu, kesemua 20 responden
yang dipilih akan menjalani latihan atau intervensi yang dilakukan oleh
penyelidik menggunakan kaedah pelaksanaan penggunaan Teknik Pen Warna Merah supaya
mereka dapat meletakkan tanda koma dan tanda noktah di tempat yang betul.
5. 0 TINDAKAN
YANG DIJALANKAN
5.
1 Model
Kajian Tindakan Yang Digunakan
Penyelidik telah memilih dan
mengaplikasikan model kajian tindakan Kurt Lewin (1949) dan Laid Law (1992)sebagai
garis panduan untuk menjalankan kajian tindakan yang sistematik. Model ini
telah dipilih kerana bagi penyelidik model ini bersesuaian dengan kajian yang
dijalankan. Tambahan itu, model kajian ini mempunyai kelebihan iaitu
menggalakkan penyelidik untuk membuat refleksi terhadap amalan pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilakukan olehnya dan juga menganalisis keberkesanan
tindakan yang telah dijalankan itu.
Setelah penyelidik melakukan refleksi kekuatan dan
kelemahan sesi pengajarannya. Penyelidik secara tidak langsung telah melakukan
penambahbaikan untuk pengajaran yang berikutnya. Hal ini bagi menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran itu berjalan dengan lancar dan sempurna di samping
menggunakan tindakan yang sesuai dan berkesan. Terdapat lima peringkat
berpandukan model ini iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang tindakan,
melihat kesan tindakan, pemerhatian dan membuat refleksi.
MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN
·
Mengumpul data untuk
·
aspek amalan yang ingin di tambah baik.
|
PERANCANGAN
|
TINDAKAN/INTERVENSI
·
Melaksanakan
intervensi menggunakan Teknik Pen Merah
|
PEMERHATIAN
·
menilai dan melihat kesan tindakan yang
dijalankan
|
REFLEKSI
·
Menganalisis dan menilai
·
Membuat refleksi mengenai
keberkesanan
tindakan yang dijalankan berdasarkan
data yang dikumpul.
|
Kitaran seterusnya
|
Rajah 1: Proses Kitaran Penyelidikan daripada Model
Kurt Lewin dan Laid Law
Berpandukan model Lewin
dan Laid Law, penyelidik terlebih dahulu mengenal pasti aspek amalan yang
berlaku dalam bilik darjah. Kemudian,penyelidik membuat refleksi selepas tamat
sesi pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu penyelidik mengenal pasti
masalah dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Selepas masalah
telah dikenal pasti hasil daripada refleksi pengajaran, tinjauan awal
dijalankan untuk mengesahkan masalah tersebut. Pelbagai instrumen telah
digunakan untuk mengesahkan masalah seperti analisis dokumen dan temu bual.
5.
1. 1 Peringkat 1
Kajian
ini menggunakan kaedah soal selidik. Pada pendapat saya kaedah ini sesuai
kerana kaedah ini boleh membantu mendapatkan maklumat secara terus. Kaedah soal
selidik akan menggunakan borang soal
selidik yang mengandungi 4 soalan berkaitan pengetahuan tanda koma dan tanda
noktah murid. Manakala ujian penulisan berdasarkan penguasaan meletakkan
kemahiran tanda koma dan noktah yang hendak diuji berdasarkan teks yang diberi.
Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tahap
pengetahuan murid dan ujian penulisan digunakan untuk melihat sejauh mana tahap
kemahiran tanda bacaan murid-murid. Aspek penilaian adalah dari segi kesalahan
penggunaan tanda koma dan tanda noktah berdasarkan teks yang diberi.
Kajian ini dijalankan berdasarkan ujian
yang diberikan kepada murid-murid dengan item ujian yang memerlukan murid-murid
meletakkan tanda koma dan tanda noktah pada ayat yang disediakan. Dua aspek
tanda bacaan yang menjadi fokus kajian ini ialah seperti yang berikut:
(i) tanda noktah ( . )
pen
merah
noktah
koma dan tanda
noktah
Rajah 2: Rekabentuk Kajian
5.
1. 2 Peringkat 2
Ujian Sebelum Intervensi
Pada
peringkat kedua penyelidik meneruskan kajian dengan melaksanakan perancangan
rapi. Oleh itu, penyelidik telah menghasilkan satu kaedah bagi meningkatkan
penguasaan murid iaitu kaedah penggunaan Teknik Pen
Warna Merah. Kaedah
Penggunaan Teknik Pen Warna Merah ialah
kaedah meletakkan koma dan noktah dengan menggunakan pen merah. Seperti yang
telah diketahui umum termasuklah para pelajar sendiri, pen merah biasa
digunakan oleh guru untuk menanda buku latihan dan kertas ujian. Murid pasti
seronok kerana pada kebiasaannya mereka dilarang menggunakan pen merah oleh
guru pada buku catatan. Setiap kali selesai menulis ayat, murid hendaklah
meletakkan tanda koma dan tanda noktah dengan menggunakan pen merah.
Murid
diminta selepas setiap kali menulis ayat, mereka mestilah menyemak atau membaca
semula jawapan mereka. Dengan kata lain, setiap kali selepas menulis ayat,
murid mesti mengingat akan fungsi pen merah, iaitu menyemak kembali jawapan
mereka. Antara perkara yang perlu disemak oleh murid ialah tanda koma, murid
menggunakan warna merah sama seperti mereka membuat tanda noktah. Rajah 2 pada
lampiran menunjukkan secara ringkas Teknik Pen Warna Merah.
Selepas
sahaja ujian pengesanan dijalankan, saya terus memperkenalkan Teknik
Pen Warna Merah ini. Murid-murid yang terlibat mesti membawa pen merah. Guru
meminta murid sentiasa membawa pen merah ke sekolah dan menggunakannya untuk
menulis, menjawab soalan dan menjalankan apa-apa sahaja aktiviti yang
dilaksanakan semasa proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Teknik
Pen Warna Merah ini adalah sebagai satu petunjuk iaitu apabila ingin menulis
ayat, murid wajib menggunakan pen warna merah untuk tanda koma dan noktah.
Set Latihan
Terdapat
dua set latihan yang diberikan. Set latihan ini dibahagikan kepada dua item
yang dijalankan secara serentak. Guru akan menyemak dan memberikan markah untuk
setiap latihan ini.
(i)
Menyalin
Ayat
Murid
diminta menyalin satu perenggan ayat (3-4 ayat) yang tepat penggunaan tanda
bacanya. Murid hanya perlu menyalin petikan tersebut namun pada setiap tanda
koma dan tanda noktah murid perlu menggunakan pen warna. Contoh:
Alif,
kakak dan adiknya memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih,
coklat dan hitam. Mereka memberi
arnabnya makan kangkung, bayam dan lobak merah. Arnab mereka sangat pantas berlari. Mereka sangat
sayang akan arnabnya.
|
Contoh jawapan murid :
Alif, kakak dan adiknya memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih,
coklat dan hitam. Mereka memberi arnabnya makan kangkung, bayam dan lobak merah. Arnab mereka
sangat pantas berlari. Mereka sangat
sayang akan arnabnya.
(ii)
Meletakkan
Tanda Koma dan Tanda Noktah Di Tempat Yang Betul.
Murid
diminta membuat latihan membetulkan kesalahan tidak meletakkan tanda koma dan
tanda noktah. Murid diberikan peringatan supaya mengakhiri ayat dengan
menggunakan pen warna merah (tanda koma dan tanda noktah). Murid juga akan
dibiasakan dengan aktiviti menyemak semula jawapan meraka agar dapat mengesan kesalahan
yang dilakukan.
Contoh
soalan dan jawapan murid:
1. Kamal Azlan dan Rahimah
adalah rakan sekelas
Kamal, Azlan dan Rahimah adalah rakan
sekelas.
|
Selepas
proses perancangan, saya melakukan tindakan yang selanjutnya iaitu menjalankan
latihan menggunakan Teknik Pen Warna Merah ini mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Latihan dijalankan pada setiap minggu dan pada minggu terakhir akan
dijalankan ujian pasca. Namun begitu teknik ini tidak hanya dijalankan pada
waktu melaksanakan set latihan dan ujian pasca atau ujian pencapaian sahaja,
tetapi teknik ini dijalankan dalam apa juga aktiviti pengajaran guru di dalam
kelas yang memerlukan penulisan seperti menulis jawapan pemahaman, membuat ayat
dalam tatabahahasa dan juga menulis nama sendiri.
Ujian Selepas
Intervensi
Apabila
responden telah menjalankan latih-tubi penggunaan Teknik Pen Warna Merah pengkaji
akan menjalankan ujian selepas intervensi untuk melihat keberkesaan teknik
tersebut dapat meningkatkan kemahiran meletakkan tanda koma dan tanda
noktah pada tempat yang betul.
5.1.3 Peringkat 3
Setelah
selesai langkah perancangan, penyelidik meneruskan dengan langkah tindakan.
Penyelidik telah membuat beberapa hasil tinjauan literatur mengenai kajian
lepas berkaitan dengan masalah ini. Melalui rujukan tersebut penyelidik telah
menghasilkan satu teknik bagi meningkatkan hasil gabungan teknik menyalin dan
penggunaan pen merah dalam pengajaran iaitu Teknik Pen Merah. Penyelidik telah
menggunakan bahan bantu mengajar iaitu pen merah bagi membantu guru menunjukkan
disiplin serta cara meletakkan koma dan noktah. Rasional penyelidik memilih pen
merah adalah kerana kebiasaanya penggunaan pen merah adalah dilarang oleh guru.
Latihan
Menyalin Ayat
Aktiviti ini
dilaksanakan pada permulaan intervensi iaitu pada langkah pertama pengajaran
dan pembelajaran. Pada langkah ini, responden diajar bagaimana menyalin dan
meletakkan tanda koma dan noktah dengan betul. Responden diminta menulis ayat
berdasarkan lembaran yang disediakan. Aktiviti diteruskan sehingga murid tidak
mengulangi kesilapan lagi seperti yang ditunjukkan oleh guru.
.
Latihan Menulis Ayat
Aktiviti ini dilaksanakan selepas responden selesai
melaksanakan latihan menyalin ayat pada langkah tiga. Aspek yang diberi
penekanan semasa menjalankan akitiviti ini ialah untuk meningkatkan kesedaran betapa
pentingnya tanda koma dan noktah dalam penulisan.
5. 1.
4
Peringkat 4
Peringkat yang seterusnya dalam kitaran
gelung tindakan ialah pemerhatian. Pada fasa ini, penyelidik menilai dan
melihat kesan tindakan yang dijalankan. Penyelidik mengumpul seterusnya
menganalisis data-data berdasarkan instrumen yang digunakan iaitu ujian pra dan
ujian pos, analisis dokumen dan pemerhatian. Penyelidik menganalisis dan
mengintepretasi setiap data untuk melihat tahap keberkesanan kaedah yang telah
dijalankan. Intsrumen ujian pra dan ujian pos digunakan bagi melihat perbezaan
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Bagi meningkatkan kebolehpercayaan
dan kesahan data, penyelidik melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku murid
serta reaksi penyelidik terhadap intervensi dengan menggunakan borang
pemerhatian. Tambahan itu, proses ini membantu penyelidik untuk mengetahui
halangan atau kekangan semasa intervensi dijalankan dan membuat tindakan
seterusnya atau merancang kitaran kedua.
5. 1.
4 Peringkat 5
Manakala
peringkat yang terakhir ialah membuat refleksi. Pada peringkat ini, penyelidik
membuat refleksi sepanjang kajian dilaksanakan. Penyelidik merenung kembali
aktiviti sebelum, semasa dan selepas kajian dilaksanakan. Hal ini dilakukan
bagi memastikan penyelidik peka terhadap sebarang perubahan dan peningkatan
yang berlaku sepanjang proses kajian. Tambahan itu, penyelidik dapat menyatakan
kekuatan dan kelemahan kajian serta cadangan penambahbaikan kepada penyelidik
lain.
5. 2 Prosedur Tindakan
Kajian ini merupakan
kajian tentang keberkesanan kaedah penggunaan Teknik
Pen Warna Merah dalam meningkatkan kekemasan
tulisan murid. Penyelidik menggunakan kaedah penggunaan Teknik Pen Warna
Merah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar kemahiran
menulis. Murid dilatih untuk menulis menggunakan lembaran kerja dengan betul.
6.
0 CARA
PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan
data merupakan satu proses yang amat penting dalam sesuatu kajian tindakan.
Data yang dikumpul dapat menjadi bukti kesahihan sesuatu kajian yang telah
dijalankan. Selain itu, data yang dikumpul juga amat berguna bagi menilai
keberkesanan kaedah atau teknik yang telah digunakan. Menurut Chow Fook Meng
dan Jaizah Mahamud (2011), prosedur pengumpulan dan penganalisisan data harus
berkait dengan pembelajaran dan pengajaran serta dapat menjawab objektif dan
persoalan kajian.
Mengumpul data dalam sesuatu kajian memerlukan penjelasan
secara terperinci tentang kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan.
Malah, terdapat dua faktor yang menjadi isu penting semasa mengumpul data
kajian iaitu berkaitan dengan kebolehpercayaan dan juga kesahan. Hal demikian,
penyelidik telah menggunakan tringulasi kaedah semasa mengumpul data iaitu
melalui pemerhatian, analisis dokumen dan penilaian.
Proses triangulasi menggabungkan
pelbagai kaedah mengumpul data dan proses ini amat penting bagi mengelak
daripada berlakunya bias. Data-data yang dikumpul hasil daripada ketiga-tiga
kaedah ini akan dianalisis dan dijadikan sandaran untuk menilai keberkesanan kaedah
penggunaan Teknik Pen Warna Merah
temu bual
|
analisis dokumen
|
penilaian
|
Rajah 3: Tringulasi Kaedah
6. 1 Analisis Dokumen
Berdasarkan tindakan yang telah dijalankan iaitu dengan
menggunakan pen merah untuk meningkatkan analisis
dokumen pada ayat, beberapa alat
kajian/instrumen diperlukan untuk mengumpulkan data bagi menunjukkan
keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan ke atas murid. Cara pengumpulan
data ini terdiri daripada pengumpulan data sebelum dan selepas tindakan yang
dilakukan terhadap 20 orang murid tahun
4 Harmoni ini mengenai masalah meletakkan tanda koma dan noktah pada ayat dalam
penulisan. Setiap instrumen pengumpulan data yang dilakukan akan dikaitkan dan
bertujuan bagi menyelesaikan persoalan kajian dan objektif kajian yang telah
ditetapkan.
6.
2 Temu Bual
Temu bual dijalankan dengan
memilih beberapa orang murid secara rawak. Murid-murid tadi ditemu bual dengan
dua soalan. Proses temu bual ini akan dilaksanakan selepas
dua set latihan dijalankan. Murid-murid ditemu bual pada masa yang berasingan
dan secara individu agar respon yang diberikan tidak mempengaruhi respon murid
lain.
Soalan
yang diajukan kepada murid-murid supaya dapat melihat pendapat mereka kepada pelaksanaan kaedah Pen Warna
Merah ini seterusnya dapat menyokong dapatan data kajian.
Dua
soalan yang diajukan kepada murid ialah:
1.
Apakah yang kamu rasa apabila
menggunakan Teknik Pen Warna Merah ini?
2.
Adakah Teknik Pen Warna Merah
ini membantu kamu dalam meletakkan tanda koma dan tanda noktah semasa menulis dengan betul?
6.
3 Pengesanan Awal dan Ujian Akhir.
Ujian
pengesanan awal dijalankan bagi melihat sejauh manakah masalah yang dihadapi
oleh murid-murid manakala ujian akhir pula untuk melihat tahap keberkesanan
penggunaan Teknik Pen Warna Merah. Ujian Pengesanan Awal dijalankan sebelum
tindakan. Ujian tersebut meminta murid untuk menyalin semula sebuah
petikan karangan dan ayat dengan
meletakkan tanda koma dan tanda noktah di tempat yang betul.
Ujian Akhir pula
dijalankan selepas latihan-latihan penggunaan Teknik Pen Merah dan sama
bentuknya dengan ujian pengesanan awal. Walau bagaimanapun, petikan dan ayat
yang diberikan adalah berbeza.
Kaedah kajian ini
membantu guru mendapatkan data setelah menyemak jawapan murid. Guru akan
memberikan markah kepada setiap murid berdasarkan skala markah yang telah
ditetapkan. Skala markah bagi setiap latihan dan ujian pengesanan awal mahupun
ujian akhir adalah seperti di bawah.
Jadual 4: Skala markah ujian tanda koma dan noktah pada akhir ayat.
Bilangan kesalahan
yang dilakukan oleh responden
|
Markah
|
0-1
|
20
|
2-5
|
16
|
5-8
|
12
|
9-12
|
8
|
12-15
|
4
|
15-18
|
0
|
Rajah 4: Skala markah ujian akhir penulisan tanda
noktah pada akhir ayat.
7.
0 KEPUTUSAN
/ ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
7. 1 Pengenalan
Dalam
bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada analisis yang dibuat berdasarkan
data-data maklumat melalui jawapan 20 murid-murid yang dipilih dengan menjawab
dua instrument iaitu ujian berbentuk teks dan menjawab soal selidik. Dalam
ujian karangan (naratif atau cerita) ini memerlukan murid-murid meletakkan
tanda noktah ( . ) dan koma ( , ). Manakala pada borang soal selidik, responden
yang sama diperlukan menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan menandakan (
/ ) pada petak yang sesuai.
7. 2 Analisis
Analisis
yang dijalankan ini berdasarkan persoalan dan tujuan kajian seperti yang
dinyatakan dalam bab 2. Tajuk perbincangan dilakukan berdasarkan dapatan
daripada analisis-analisis seperti berikut:
1. Analisis
pengetahuan pelajar mengenai tanda koma dan tanda noktah melalui borang soal
selidik.
2. Analisis
markah untuk mengetahui penguasaan murid terhadap penggunaan tanda koma dan
tanda noktah dengan betul dalam penulisan karangan.
Kesemua
data maklumat yang diperolehi daripada responden dikumpulkan, disemak, dan
dianalisis secara deskriptif iaitu
menggunakan perisian microsoft excel dibentangkan dalam bentuk jadual
dan carta palang. Pada bahagian terakhir kajian ini akan dapat menjawab
persoalan kajian mengenai penguasaan murid pada tanda koma dan tanda noktah dan
mengetahui sama ada pelajar tahu meletakkan tanda koma dan tanda noktah di
tempat yang betul.
Kesimpulannya,
berdasarkan analisis ini akan digunakan bagi mengetahui sejauh mana penguasaan
kemahiran murid-murid terhadap penggunaan tanda koma dan tanda noktah dan
pengetahuan murid-murid mengenai tanda bacaan. Melalui dapatan kajian ini juga
akan dapat mengemukakan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran murid-murid
menguasai kemahiran menggunaan tanda koma dan tanda noktah di dalam penulisan
karangan, khususnya berbentuk cerita.
7. 3 Dapatan
dan Ulasan Kajian
Hasil daripada ujian yang
dijalankan, pengkaji akan menganalisis soalan dan data mentah yang diperolehi
oleh murid. Dari latihan meletakkan tanda koma dan tanda noktah pada karangan
berbentuk cerita, data maklumat diperolehi, dikumpulkan, disemak, dan
dianalisis. Data mentah ini akan dikumpulkan dan diproses menggunakan perisian
microsoft excel dan dipaparkan dalam bentuk carta pai dan dari situ satu rumusan akan dibuat
berkaitan hasil yang diperolehi berdasarkan bilangan dan peratusan.
7. 3. 1 Keputusan Soal Selidik
Jadual 5: Menunjukkan data keputusan soal selidik.
Soalan
Item
|
Bilangan
menjawab
‘Ya’
|
Bilangan
menjawab
‘Tidak’
|
Bilangan
menjawab
‘Tidak
Pasti’
|
1.
|
10
|
7
|
3
|
2.
|
13
|
2
|
5
|
3.
|
12
|
3
|
5
|
4.
|
13
|
3
|
4
|
7.
4 Analisa Mengikut Soalan Item
Berdasarkan soalan yang dijawab
oleh murid-murid boleh dirumuskan seperti berikut:
7.
4. 1 Soalan
Item 1
Bagi soalan item 1, ‘Adakah
menggunakan teknik pen merah dapat meningkatkan kemahiran meletakkan tanda koma
dan tanda noktah kamu? Didapati separuh
atau 10 orang atau 50% murid menjawab ‘Ya’, 7 orang atau 35% menjawab
‘Tidak’ manakala 3 orang atau 15%
menjawab ‘Tidak Pasti’. Ini menunjukkan bahawa murid menguasai pengetahuan tentang tanda koma dan tanda noktah kerana
hanya 10 orang atau 50% sahaja yang menjawab dengan tepat manakala 10 orang
atau 50% tidak tahu tentang tanda koma dan tanda noktah. Carta pai 1 di bawah
menunjukkan dengan lebih jelas bilangan pelajar yang menjawab soalan item 1.
Rajah
5: Carta pai 1
7.
4. 2
Soalan Item 2
Bagi
soalan item 2, Adakah Teknik Pen Warna
Merah ini membantu kamu dalam meletakkan tanda koma dan tanda noktah semasa menulis? Didapati bahawa 13 orang atau 65% menjawab
‘Ya’, 3 orang atau 15% menjawab ‘Tidak’ manakala 4 orang atau 25% menjawab
tidak pasti. Ini menunjukkan 13 orang atau 65% berjaya menjawab soalan dan
hanya 25% pelajar yang tidak menjawab dengan betul. Ini menunjukkan tahap
pengetahuan pelajar mengenai tanda koma dan tanda noktah adalah baik. Carta pai
2 di bawah menunjukkan murid yang menjawab soalan item dua.
Rajah
6: Carta pai 2
7.
4. 3
Soalan Item 3
Bagi soalan item 3, Adakah
penggunaan Teknik Pen Warna Merah dapat
mengurangkan kesalahan dalam penulisan kamu? Didapati bahawa 12 orang
atau 60% menjawab ‘Ya’, 3 orang atau 15% menjawab ‘Tidak’ manakala 5 orang atau
25% menjawab tidak pasti. Ini menunjukkan 12 orang atau 60% berjaya meletakkan tanda koma dan tanda noktah
dengan betul dan hanya 25% pelajar tidak pasti.. Ini menunjukkan bahawa tahap
penerangan guru berkaitan teknik ini bnerjaya berjaya diterima oleh murid.
Carta pai 3 di bawah menunjukkan murid yang menjawab soalan item tiga.
Rajah 7: Carta
pai 3
7.
4. 4 Soalan Item 4
Bagi soalan item 4, ‘Adakah kamu berasa yakin menggunakan Teknik
Pen Warna Merah?’, didapati bahawa 13 orang atau 65% menjawab ‘Ya’, 3
orang atau 15% menjawab ‘Tidak’ manakala 4 orang atau 20% menjawab tidak pasti.
Ini menunjukkan 13 orang atau 65%
berjaya menulis dengan betul dan 65% pelajar yang menjawab ‘ya’. Ini
menunjukkan bahawa murid yakin dengan teknik yang telah diajar Di bawah menunjukkan analisis berkaitan dengan teknik item empat.
Rajah 8: Carta
pai 4.
7.
5 Keputusan Ujian Penulisan Tahun 4
Harmoni
Berikut adalah keputusan ujian
Penulisan Tahun 4 Harmoni
Jadual 6: Keputusan Ujian Penulisan Tahun 4 Harmoni
Bil murid
|
Pelajar
|
Ujian Penulisan
10/10
|
1
|
P1
|
8
|
2
|
P2
|
7
|
3
|
P3
|
6
|
4
|
P4
|
8
|
5
|
P5
|
5
|
6
|
P6
|
4
|
7
|
P7
|
6
|
8
|
P8
|
7
|
9
|
P9
|
4
|
10
|
P10
|
5
|
11
|
P11
|
6
|
12
|
P12
|
8
|
13
|
P13
|
9
|
14
|
P14
|
6
|
15
|
P15
|
7
|
16
|
P16
|
6
|
17
|
P17
|
6
|
18
|
P18
|
5
|
19
|
P19
|
7
|
20
|
P20
|
5
|
Rajah 9: Carta palang
skor ujian penilaian murid
Berdasarkan carta palang di atas dapat dilihat
dengan jelas bahawa 20 orang murid yang telah dijadikan sampel untuk kajian ini
dapat menguasai tanda baca khususnya tanda koma dan tanda noktah dengan baik.
Ini dapat ditunjukkan dengan carta palang di mana semua berjaya melepasi
tahap markah 4/10. Manakala 14 orang atau 70% masih berada tahap
baik kerana mendapat lebih dari 6/10 markah.
7.
6 Jadual Analisa keputusan Ujian Penilaian
Tahun 4 Harmoni
Jadual 7: Jadual
Analisa Keputusan Ujian Penilaian.
Gred
|
||||||
A
|
B
|
C
|
D
|
E
|
Lulus
|
Gagal
|
1
|
12
|
7
|
0
|
0
|
20
|
0
|
Rajah 10: Carta
palang Analisa Keputusan Ujian Penulisan Murid
Berdasarkan carta palang di atas,
dapat diperhatikan dengan jelas bahawa berdasarkan kepada gred didapati bahawa
murid yang mendapat gred B adalah lebih ramai berbanding murid yang mendapat
gred A dan C. Ini menunjukkan bahawa murid Tahun 4 Harmoni menguasai tanda koma dan tanda noktah dengan
baik. Maka usaha dengan lebih giat perlu dijalankan untuk memastikan bahawa
murid yang lemah dapat dipulihkan terutama berkaitan penguasaan tanda bacaan.
Rajah 11: Carta Palang analisa lulus
dan gagal ujian penulisan.
Berdasarkan carta palang di atas dapat
dilihat dengan jelas bahawa semua murid lulus dalam penulisan. Ini menunjukkan bahawa
murid menguasai kemahiran meletakkan tanda koma dan tanda noktah dalam
penulisan. Aspek lain juga telah dikenal
pasti serta perlu diberikan tumpuan lebih lanjut adalah aspek penyampaian guru
agar lebih berkesan kepada murid, dan murid boleh lebih memahami penggunaan
tanda koma dan noktah dan jenis-jenis tanda bacaan yang terdapat dalam penulisan terutama dalam
penulisan karangan dan mengimlak.
8. 0 RUMUSAN DAN REFLEKSI SELEPAS DAPATAN
8. 1 Keputusan
Dapatan Kajian
Dalam
bab ini akan membincangkan dapatan-dapatan daripada kajian yang telah
dijalankan dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan berbentuk cerita yang menekankan aspek tanda koma dan tanda noktah pada murid-murid tahun lima. Pada bahagian
akhir bab ini, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi memperbaiki penguasaan
murid terhadap penggunaan tanda koma dan tanda noktah yang selalu diabaikan
dalam penulisan.
Dapatan kajian ini juga telah dikukuhkan
lagi dengan merujuk Teori Behavioris yang dipelopori oleh Pavlov iaitu sesuatu
perubahan tingkah laku boleh dilakukan dengan adanya ransangan dan kemudiannya
disusuli dengan latih tubi dan pengulangan. Kajian
seperti ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja
mendatangkan kesan yang baik kepada murid, namun kajian seperti ini dapat
merealisasikan hasrat kerajaan iaitu melahirkan individu yang berkualiti. Keberkesanannya
telah mendorong penyelidik untuk menggunakan kaedah Pen Warna Merah bagi
mengatasi masalah kecuaian murid meletakkan tanda koma dan noktah pada masa
akan datang.. Penyelidik dapat merumuskan bahawa berdasarkan hasil dapatan
kajian, teknik ini telah berjaya membantu murid meningkatkan ingatan mereka.
8. 2 Rumusan
Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor tertentu yang
mempengaruhi pencapaian dan kebolehan murid Tahun 4 Harmoni bagi menguasai
penggunaan tanda koma dan tanda nokta dan dapat mengaplikasikannya ke dalam
penulisan karangan berbentuk naratif (cerita) dan mengimlak. Antaranya ialah
minat, bahan bacaan, aktiviti penulisan, bimbingan dan dorongan, kebolehan
membaca dan menulis, mematuhi arahan guru serta penumpuan yang serius semasa
belajar.
Apabila
diteliti kepada ketiga-tiga persoalan kajian yang telah ditetapkan, hasil
dapatan kajian menunjukkan murid-murid dapat menguasai penggunaan tanda koma dan tanda noktah dengan
baik. Ini dibuktikan dalam soal selidik, pengkaji mendapati tahap penguasaannya
bertambah baik.
Semua murid berjaya lulus di dalam ujian penulisan
tersebut . Hasil daripada ujian penulisan
yang dijalankan kelemahan yang paling ketara yang dihadapi oleh
murid-murid ialah penggunaan tanda koma dan tanda noktah. Ini bermakna murid-murid
amat memerlukan perhatian yang serius dari semua pihak sama ada dari guru-guru
dan ibu bapa.
Hasil
kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara
jantina lelaki dan jantina perempuan terhadap penguasaan tanda bacaan. Bagi
murid perempuan didapati mereka lebih menumpukan kepada pengajaran guru dan
mereka berasa yakin semasa menjawab ujian yang diberi. Ini terbukti dengan
pencapaian mereka lebih tinggi berbanding murid lelaki.
Hasil
kajian ini sejajar dengan dapatan daripada beberapa orang pengkaji seperti
Fraser (1959), Mackey (1965), Choudry (1970), Ng (1971) dan Greenberg (1975).
Mereka berpendapat terdapat perbezaan penguasaan bahasa seseorang pelajar yang
dipengaruhi oleh faktor geografi dan jantina.
Mengikut
Hussein Hj. Ahmad (1981) yang telah membuat kajian ke atas murid yang menduduki
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berpendapat bahawa murid daripada
kalangan keluarga yang mempunyai sosioekonomi yang tinggi adalah lebih peka
terhadap pembelajaran.
Motivasi
daripada guru dan ibu bapa dan keyakinan dalam kerja-kerja menulis dan
mengarang menambahkan inisiatif untuk memajukan diri. Ini kerana kemahiran
menulis dan mengarang merupakan suatu keterampilan yang sukar dikuasai tanpa
belajar dan membuat latihan.
Satu
aspek lagi yang dikira penting ialah sikap murid membuat pembetulan terhadap
kesalahan-kesalahan tulisan mereka. Hasil kajian ini didapati peratus murid
yang kadang-kadang membuat pembetulan lebih ramai daripada yang selalu
melakukan pembetulan kesalahan sendiri. Hal ini penting kerana jika sekiranya
sesuatu kesalahan itu tidak dibetulkan maka kemungkinan kesalahan yang serupa
akan berulang.
Namun begitu, faktor sikap guru juga perlu diambil
kira sebagai faktor yang penting dalam proses pembelajaran murid. Dalam banyak
keadaan murid banyak bergantung kepada guru-guru dalam pembelajaran mereka.
Seseorang guru yang baik perlulah merancang pengajaran mereka terlebih dahulu
dengan teliti. Ini akan menimbulkan minat dan semangat untuk belajar di
kalangan murid.
Pengajaran
dan pembelajaran yang terancang dengan teliti akan menghasilkan proses
pembelajaran yang baik dan murid dapat menerima kemahiran-kemahiran yang hendak
diterapkan dengan baik juga. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan guru memberikan
latihan menulis atau mengarang dengan kadar selalu. Dalam aktiviti ini guru
seharusnya menitikberatkan penggunaan tanda bacaan dalam setiap aktiviti
mengarang. Murid seharusnya didedahkan kepada pengetahuan-pengetahuan tentang
tanda bacaan ini dengan lebih mendalam lagi. Ini bertujuan supaya murid dapat
menggunakan pengetahuan dan kemahiran ini dalam setiap penulisan mereka.
Kesimpulannya
kajian ini memperlihatkan bahawa pengetahuan dan penguasaan murid terhadap
tanda bacaan dalam penulisan masih lemah dan perlu diperbaiki lagi dari aspek
latih tubi, kaedah pengajaran guru dan cara guru membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh murid.
Walaupun
kemahiran penggunaan tanda koma dan tanda noktah dalam penulisan sering
dianggap remeh oleh murid dan guru tetapi ianya merupakan kemahiran yang
penting yang perlu diajarkan oleh guru kepada murid mereka. Sungguhpun ianya
bukan satu kemahiran yang memerlukan perkembangan idea tetapi ia merupakan
kemahiran yang tetap dan mesti diketahui oleh setiap murid kerana ia
mempengaruhi setiap ayat yang ditulis dan dibaca oleh mereka. Apa yang lebih
penting lagi ialah tanda bacaan ini memberikan pengaruh yang besar dalam
pemarkahan Penulisan Bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sesungguhnya, kajian
ini telah berjaya meningkatkan pemahaman murid menggunakan Kaedah Pen Warna
Merah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tempoh masa dan pelaksanaan
intervensi yang terancang memudahkan lagi penyelidik melihat perubahan yang
berlaku terhadap hasil kerja murid. Tambahan itu, penyelidik telah mengenal
pasti kekuatan yang dapat dilihat dalam
Kaedah Pen Warna Merah ini iaitu melalui penggunaan pen merah rmenarik minat
responden untuk memperbaiki kelemahan mereka. Malah, perancangan aktiviti yang
tersusun dan menekankan aspek ansur maju membuatkan responden seronok
melaksanakan aktiviti intervensi yang dijalankan. Penggunaan pen merah sebagai bahan
bantu mengajar ini juga berjaya menarik responden untuk belajar di samping
tidak akan berasa jemu dan bosan untuk belajar.
9. 0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Dapatan hasil kajian
yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa penggunaan pen merah yang
telah diaplikasikan ini berkesan dan berjaya dalam meningkatkan penggunaan
tanda koma dan tanda noktah dengan betul. Semua responden berjaya memahami dan
melaksanakan aktiviti menulis menggunakan pen merah yang biasanya digunakan
oleh guru. Hal ini juga membuktikan bahawa kaedah Pen Warna Merah mampu mengatasi
masalah kecuaian murid. Kajian seperti ini ingin dilanjutkan pada masa akan
datang, penyelidik akan menambahbaik strategi PdP supaya menjadi lebih menarik dan berkesan untuk
aras yang lebih tinggi.
1.
Saiz sampel kajian yang
lebih besar.
2.
Liputan tahun satu
hingga tahun enam di kawasan bandar dan luar bandar.
3.
Masalah pembelajaran
dalam kesemua aspek bahasa; dan
4.
Kajian untuk mencari
cara-cara mengatasi masalah pembelajaran kemahiran tanda bacaan dalam Penulisan
Bahasa Melayu.
Penutup
Aspek
tanda koma dan tanda noktah dalam penulisan merupakan suatu unsur yang amat
penting dan tidak boleh dianggap sebagai suatu perkara yang remeh. Ini kerana
ketepatan dan kemantapan sesuatu idea yang hendak disampaikan oleh seseorang
penulis perlu menggunakan tanda koma dan tanda noktah yang betul. Kegagalan
menguasainya akan menyebabkan idea-idea
yang ingin disampaikan kepada pembaca agak sukar untuk difahaminya. Dengan kata
lain, tanda koma dan tanda noktah merupakan sesuatu yang diperlukan dalam apa
jua bentuk penulisan.
Hasil
kajian menunjukkan masih ramai di kalangan murid yang cuai tidak meletakkan
tanda koma dan tanda noktah terutama murid kelas akhir. Kesilapan tersebut akan
membawa akibat dan kesan yang besar kepada sesebuah hasil penulisan karangan
murid. Adalah diharapkan nanti, kajian seperti ini dapat membantu sedikit
sebanyak mengatasi masalah pembelajaran bahasa murid.
Kita
menyedari bahawa kesilapan bahasa tidak dapat dielakkan seratus peratus, tetapi
apa yang perlu guru lakukan ialah memberi bimbingan, perhatian dan
memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid serta-merta supaya ianya
tidak akan berlarutan dan berulang.
Usaha dari semua pihak bagi membantu
murid termasuklah daripada pihak guru, murid, ibu bapa pihak sekolah dan masyarakat
amat diharapkan bagi meningkatkan penguasaan dalam tanda bacaan khususnya dan
penguasaan penulisan secara amnya. Malah Ianya juga akan dapat meningkatkan
keupayaan pelajar bagi menguasai aspek penulisan dalam bahasa Melayu yang
merupakan bahasa ibunda rakyat Malaysia.
SENARAI
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood.
(1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Media Printext (M) Sdn.
Bhd.
Akhiar
Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar
Penyelidikan Tindakan, Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Arbak Othman (1989). Belajar Tatabahaasa Dan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Asmah Hj Omar(1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahaasa dan Pustaka.
Awang Mohamad Amin.(1990) Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa
Malaysia Peringkat Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahaasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan.(1994) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Azman Wan Chik (1983). Kesilapan Penggunaan Bahasa Malaysia Oleh
Murid-murid Melayu : Satu Kajian.Dewan
Bahasa, Oktober, m.s. 698-715.
Choong
Lean Keow. (2011). Asas Penyelidikan
Tindakan, dalam Kelas Pemulihan Khas
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Seminar Penyelidikan IPG.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kartini
Abdul Mutalib. (2012). Menguasai
Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Ipoh: Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh. KBL:215-227.
Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2012). Standard
Kurikulum Sekolah Rendah Tahun Empat:
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd
Nazari Bin Mt. Rasid (2010): Kajian
Tentang Masalah Penggunaan Tanda Koma, Noktah, Tanda Tanya Dan Tanda Seruan
Dalam Penulisan Bahasa Melayu Tahun 4 Di SJK(C) Kwong Hon. K Lumpur: Jurnal
Penyelidikan Tindakan IPGKBMM.
Mohd
Yasser bin Jamaluddin (2011): Peningkatan
Penguasaan dalam Penggunaan Tanda Baca melalui Kaedah Imlak. Kajian Penyelidikan Tindakan IPGKBMM.
Mook
Soon Sang. (2010). Literatur dan Kaedah
Penyelidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et al., (1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nora
Wahid (2012). Penggunaan Kaedah Huruf
Berwarna dalam Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Tanda Baca (Huruf Besar) bagi
Murid Tahun Tiga.Kuala Lumpur. Kajian Penyelidikan Tindakan. IPGKBMM.
Othman
Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam
Pendidikan:Teori dan Amalan. Tanjung
Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rahimah Sabran, Rahim Syam.(1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:Fajar Bakti.
Roselan
Baki. (2003). Pengajaran dan
Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan Edisi Kedua,
Kuala Lumpur: Feemind Horizons Sdn. Bhd.
Tam Y. K. (2007). Kajian Tindakan Kaedah dan Praktikal,
Seremban: Institut Perguruan Raja
Melewar.
Yusop, B. H. M., & Walter
Alvin, J. (2010). Disgrafia dan Cara
Membantu: Kajian Kes ke atas Murid. Program Integrasi
Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan
Tindakan IPG KBL(4): 1-22.
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment