Sunday, 1 May 2016


ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN :
PENGGUNAAN TEKNIK PEN WARNA MERAH UNTUK MELETAKKAN
TANDA KOMA DAN NOKTAH SEMASA MENULIS AYAT DALAM  KALANGAN MURID TAHUN 4.

Oleh :
Roslan Bin suraji
Pengajian Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu
roslan.sksp@btpnsel.edu.my
ABSTRAK
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan tanda baca dikalangan murid-murid sekolah rendah dan kesan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Kajian ini juga untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah ini dapat meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur keberkesanan penggunaan tanda koma dan tanda noktah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid Tahun 4, di sebuah  sekolah  di Sungai Buloh,  Selangor.  Kajian ini akan melibatkan sampel seramai 20 orang murid iaitu 12 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Instrumen kajian yang akan digunakan adalah set soal selidik untuk mendapatkan maklumbalas sampel pelajar. Data kajian akan dianalisis untuk menentukan keberkesanan penggunaan tanda koma dan tanda noktah dalam kalangan murid.
Kata kunci : meletakkan tanda koma dan tanda noktah.

1.      PENGENALAN
Seringkali menjadi persoalan penyelidik, setiap kali para guru membuat latihan dan ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat berikut dengan menggunakan tanda baca yang sesuai’.  Penyelidik sering mendapati murid melakukan kesalahan dalam penggunaan tanda koma dan noktah, secara tidak langsung telah mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut setiap kali ujian  diadakan. Perkara ini telah terbukti apabila penyelidik  menanda kertas soalan ujian. Soalan-soalan yang  banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid adalah soalan membina ayat dan penulisan karangan. Murid-murid menulis ayat tanpa penggunaan tanda koma dan tanda noktah, maka secara tidak langsung kehilangan markah yang amat ketara. Perkara ini telah terbukti apabila penyelidik  menanda kertas soalan ujian. Soalan-soalan yang  banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid adalah soalan membina ayat dan penulisan karangan. Murid-murid menulis ayat tanpa penggunaan tanda koma dan tanda noktah, maka secara tidak langsung kehilangan markah yang amat ketara.

1.1  Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran.

Pengalaman  mengajar sudah mencecah lebih dua dekad, pengalaman selama ini amat berharga buat penyelidik. Perkara ini bermula dengan perubahan  sukatan pelajaran KBSR 1985 yang mudah bagi murid-murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era baru KSSR perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali di dalam kelas, ujian atau peperiksaan,murid yang bijak sering kali membuat kesilapan dan cuai dalam penggunaan tanda baca terutama pada tanda koma dan tanda noktah. Penyelidik sangat berbesar hati dan dengan seluruh tekad yang ada, ingin membantu murid-murid dalam mengurangkan masalah yang mereka hadapi iaitu kekeliruan penggunaan tanda koma dan tanda noktah melalui “Teknik Pen Warna Merah.”

1.2  Refleksi Nilai Pendidikan.
Nilai pendidikan amat penting dan perlu ada pada setiap guru. Nilai pendidikan ini bertujuan bagi memastikan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku mencapai objektif  yang dikehendaki. Dengan adanya nilai pendidikan juga, hasil pembelajaran akan tercapai serta murid-mutid dapat menguasai sepenuhnya sesuatu topik dengan baik. Selain itu, penyelidik percaya bahawa strategi pengajaran yang pelbagai dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh penyelidik, pelbagai kaedah dan alat bantu mengajar serta teori telah digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Penyelidik telah mengaitkan proses intervensi  yang akan dijalankan dengan Teori Behavioris iaitu berkaitan dengan tingkah laku. Berdasarkan teori tersebut, kemungkinan penggunaan kaedah “Teknik Pen Warna Merah”  untuk mengubah kekemasan tulisan murid adalah tinggi. Hal ini kerana jika penyelidik sudah mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh murid dan tahu apakah teknik yang pelu digunakan, maka pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih berkesan dan objektif akan mudah tercapai.

1.3  Tinjauan Masalah.
Pada peringkat permulaan kajian, saya telah membuat tinjauan kepada masalah yang telah dikenal pasti. Tinjauan awal dijalankan bertujuan untuk memahami dan mendalami masalah tersebut secara terperinci. Tinjauan awal masalah ini telah dilakukan melalui tiga cara iaitu, pemerhatian, penelitian dokumen dan soal selidik.

Penyelidik telah melakukan tinjauan awal dengan menyemak buku latihan murid. Penyelidik telah meneliti masalah-masalah tanda baca murid yang dilakukan secara berulang kali. Penyelidik telah menyediakan lembaran kerja yang mudah iaitu murid diminta menyalin semula ayat yang diberikan dengan betul dan kemas. Kemudian, penyelidik merujuk semula dengan hasil kerja yang lepas dan membandingkan hasil kerja mereka. Ternyata tidak banyak beza di antara lembaran kerja yang lepas. Secara keseluruhan, hasil analisis penelitian dukomen menunjukkan bahawa kesemua murid mengalami masalah cuai meletakkan tanda koma dan noktah.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, penyelidik mendapati murid-murid tidak boleh meletakkan tanda baca yang betul pada buku tulis dan lembaran kerja yang diberikan. Hasil pemerhatian dan perbincangan dengan guru lain, dapat penyelidik simpulkan bahawa murid tidak mahir dan cuai dalam meletakkan tanda baca di tempat yang betul.

Oleh itu, penyelidik telah menetapkan skop kajian, iaitu “Baca, Tulis dan Warna” merupakan tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan penggunaan tanda koma dan tanda noktah untuk meningkatkan penggunaan Teknik Pen Warna Merah untuk murid Tahun Empat Harmoni.

1.4  Objektif.
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan amalan pengajaran penyelidik terhadap kemahiran menulis murid. Kajian ini dirancang untuk membantu meningkatkan kebolehan murid meletakkan tanda koma dan tanda noktah dengan betul dan kemas menggunakan kaedah pelaksanaan penggunaan Teknik Pen Warna Merah.
Objektif khusus kajian ini adalah supaya murid dapat:
i.    Meningkatkan penguasaan meletak tanda koma dan tanda noktah di tempat yang betul.
ii.   Mengenal pasti tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan meletak tanda koma dan tanda noktah  pada tempat yang paling sesuai.
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
i.    Adakah  penguasaan  meletak tanda koma dan tanda noktah dengan betul dapat ditingkatkan?
ii.   Apakah tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan meletakkan tanda koma dan tanda noktah pada ayat?

2.0 TINJAUAN LITERATUR
Kajian Tentang Masalah Penggunaan Tanda Koma, Noktah, Tanda Tanya Dan Tanda Seruan Dalam Penulisan Bahasa Melayu Tahun 4 Di  SJK(C) Kwong Hon, Sungai Besi oleh Mohd Nazari Bin Mt. Rasid (2010) di SJK(C) Kwong Hon Sungai Besi, Kuala Lumpur. Murid-murid bukan Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina/Tamil sering menghadapi masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu kerana mereka tidak menguasai aspek tatabahasa terutamanya kemahiran tanda baca dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kemahiran tanda baca ini penting dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini merupakan asas dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aspek tanda baca.Seramai 30 orang murid dari tahun 4 telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tanda baca. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian pra dan Ujian pasca mengenai empat aspek tanda baca yang terpilih iaitu noktah,koma,,tanda tanya dan tanda seruan. Latihan-latihan seperti membetulkan kesalahan, mengisi tempat kosong dan menyalin petikan yang didengar menarik minat murid kerana ianya senang dan hadiah-hadiah disediakan bagi murid-murid yang berjaya mendapat markah yang tertinggi.
Dalam aspek kesalahan tanda bacaan dan huruf besar banyak kajian telah dijalankan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Dalam kajian yang pernah dijalankan oleh Najib b. Jamri (2002) tentang kesilapan Penggunaan Tanda Bacaan dalam kalangan murid-murid Tahun 6 di SK Melekek, Melaka. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan antara kesilapan tanda bacaan yang ketara dilakukan oleh murid-murid ialah tanda bacaan dan huruf besar tanda bacaan (54.84%), penggunaan huruf besar (67.75%), penggunaan imbuhan (25.0%) dan kesalahan ejaan (10.0%). Daripada perangkaan ini jelas menunjukkan kelemahan murid-murid dalam isu tanda bacaan dan penggunaan huruf besar amat ketara. Oleh itu, usaha-usaha perlu dijalankan untuk menangani masalah ini dari terus berlanjutan.
Sementara itu, Cik Intan Efazila Binti Md Yusop (2007) telah menjalankan satu kajian  di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, 35800 Slim River.Dalam kajian itu beliau telah memungut data utamanya daripada sejumlah 30 orang murid yang terdiri daripada pelbagai kaum.Data yang diperoleh dianalisis untuk mendapatkan peratus kekerapan kesalahan setiap jenis aspek bahasa termasuklah masalah ejaan, tanda bacaan serta penggunaan huruf besar.
Kemahiran  menulis sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan.



3.0  METODOLOGI

Kumpulan sasaran.
Penyelidik telah memilih  20 responden Tahun Empat Harmoni kerana hasil penulisan mereka yang agak sederhana Kelas ini adalah kelas yang mempunyai pencapaian sederhana dalam Penulisan Bahasa Malaysia Kesemua 20 responden yang dipilih akan menjalani latihan atau intervensi yang dilakukan oleh penyelidik menggunakan kaedah pelaksanaan penggunaan Teknik Pen Warna Merah supaya mereka dapat meletakkan tanda koma dan tanda noktah di tempat yang betul.

3.2 Alat kajian
Pemerhatian Dokumen.
Penelitian dokumen menggunakan senarai semak untuk mengutip data.Tujuan analisis dokumen ini digunakan adalah untuk menilai hasil kerja responden sebelum intervensi dijalankan dan selepas intervensi dijalankan.
Soal Selidik.
Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tahap pengetahuan murid dan ujian penulisan digunakan untuk melihat sejauh mana tahap kemahiran tanda bacaan murid-murid. Aspek penilaian adalah dari segi kesalahan penggunaan tanda koma dan tanda noktah berdasarkan teks yang diberi.

Ujian Penulisan.
Terdapat dua set ujian  yang diberikan. Set ujian  ini dibahagikan kepada dua item yang dijalankan secara serentak. Guru akan menyemak dan memberikan markah untuk setiap ujian.
      Pengkaji menggunakan  model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dalam menjalankan kajian tindakan ini.
 














Rajah 1:  Proses Kitaran Penyelidikan daripada Model Kurt Lewin dan Laid Law.
Berikut merupakan langkah pelaksanaan intervensi kepada murid:

Peringkat 1
Memperkenalkan “Teknik Pen Warna Merah” kepada murid .
Memerlukan murid-murid meletakkan tanda koma dan tanda noktah pada ayat yang disediakan dengan menggunakan pen merah. Dua aspek tanda bacaan yang menjadi fokus kajian ini ialah seperti yang berikut:
(i)            tanda noktah  ( . )
(ii)           tanda koma     ( , )
Penyelidik telah menghasilkan satu kaedah bagi meningkatkan penguasaan murid iaitu kaedah penggunaan Teknik Pen Warna Merah. Kaedah Penggunaan Teknik Pen Warna Merah ialah kaedah meletakkan koma dan noktah dengan menggunakan pen merah. Seperti yang telah diketahui umum termasuklah para pelajar sendiri, pen merah biasa digunakan oleh guru untuk menanda buku latihan dan kertas ujian. Murid pasti seronok kerana pada kebiasaannya mereka dilarang menggunakan pen merah oleh guru pada buku catatan. Setiap kali selesai menulis ayat, murid hendaklah meletakkan tanda koma dan tanda noktah dengan menggunakan pen merah.
Murid diminta selepas setiap kali menulis ayat, mereka mestilah menyemak atau membaca semula jawapan mereka. Dengan kata lain, setiap kali selepas menulis ayat, murid mesti mengingat akan fungsi pen merah, iaitu menyemak kembali jawapan mereka. Antara perkara yang perlu disemak oleh murid ialah tanda koma, murid menggunakan warna merah sama seperti mereka membuat tanda noktah.
Selepas sahaja ujian pengesanan dijalankan, saya terus memperkenalkan Teknik Pen Warna Merah ini. Murid-murid yang terlibat mesti membawa pen merah. Guru meminta murid sentiasa membawa pen merah ke sekolah dan menggunakannya untuk menulis, menjawab soalan dan menjalankan apa-apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan semasa proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Teknik Pen Warna Merah ini adalah sebagai satu petunjuk iaitu apabila ingin menulis ayat, murid wajib menggunakan pen warna merah untuk tanda koma dan noktah.
Contohnya:
Ali , Kamal dan Seng suka bermain di padang..

i.                    Menyalin ayat
Murid diminta menyalin satu perenggan ayat (3-4 ayat) yang tepat penggunaan tanda bacanya. Murid hanya perlu menyalin petikan tersebut namun pada setiap tanda koma dan tanda noktah murid perlu menggunakan pen warna.
ii.            Meletakkan Tanda Koma dan Tanda Noktah Di Tempat Yang Betul
Murid diminta membuat latihan membetulkan kesalahan tidak meletakkan tanda koma dan tanda noktah. Murid diberikan peringatan supaya mengakhiri ayat dengan menggunakan pen warna merah (tanda koma dan tanda noktah). Murid juga akan dibiasakan dengan aktiviti menyemak semula jawapan meraka agar dapat mengesan kesalahan yang dilakukan.
Selepas proses perancangan, saya melakukan tindakan yang selanjutnya iaitu menjalankan latihan menggunakan Teknik Pen Warna Merah ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. Latihan dijalankan pada setiap minggu dan pada minggu terakhir akan dijalankan ujian pasca. Namun begitu teknik ini tidak hanya dijalankan pada waktu melaksanakan set latihan dan ujian pasca atau ujian pencapaian sahaja, tetapi teknik ini dijalankan dalam apa juga aktiviti pengajaran guru di dalam kelas yang memerlukan penulisan seperti menulis jawapan pemahaman, membuat ayat dalam tatabahahasa dan juga menulis nama sendiri.


Peringkat 2
.Murid diminta selepas setiap kali menulis ayat, mereka mestilah menyemak atau membaca semula jawapan mereka. Dengan kata lain, setiap kali selepas menulis ayat, murid mesti mengingat akan fungsi pen merah, iaitu menyemak kembali jawapan mereka. Antara perkara yang perlu disemak oleh murid ialah tanda koma, murid menggunakan  warna  merah  sama  seperti  mereka  membuat tanda noktah.

Peringkat 3
Setelah selesai langkah perancangan, penyelidik meneruskan dengan langkah tindakan. Penyelidik telah membuat beberapa hasil tinjauan literatur mengenai kajian lepas berkaitan dengan masalah ini. Melalui rujukan tersebut penyelidik telah menghasilkan satu teknik bagi meningkatkan hasil gabungan teknik menyalin dan penggunaan pen merah dalam pengajaran iaitu Teknik Pen Merah. Penyelidik telah menggunakan bahan bantu mengajar iaitu pen merah bagi membantu guru menunjukkan disiplin serta cara meletakkan  koma dan  noktah. Rasional penyelidik memilih pen merah adalah kerana kebiasaanya penggunaan pen merah adalah dilarang oleh guru.

Latihan Menyalin Ayat
Aktiviti ini dilaksanakan pada permulaan intervensi iaitu pada langkah pertama pengajaran dan  pembelajaran. Pada langkah ini, responden diajar bagaimana menyalin dan meletakkan tanda koma dan noktah dengan betul. Responden diminta menulis ayat berdasarkan lembaran yang disediakan. Aktiviti diteruskan sehingga murid tidak mengulangi kesilapan lagi seperti yang ditunjukkan oleh guru.

Latihan Menulis Ayat
Aktiviti ini dilaksanakan selepas responden selesai melaksanakan latihan menyalin ayat pada langkah tiga. Aspek yang diberi penekanan semasa menjalankan akitiviti ini ialah untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya tanda koma dan noktah dalam penulisan.
Peringkat 4
Peringkat yang seterusnya dalam kitaran gelung tindakan ialah pemerhatian. Pada fasa ini, penyelidik menilai dan melihat kesan tindakan yang dijalankan. Penyelidik mengumpul seterusnya menganalisis data-data berdasarkan instrumen yang digunakan iaitu ujian pra dan ujian pos, analisis dokumen dan pemerhatian. Penyelidik menganalisis dan mengintepretasi setiap data untuk melihat tahap keberkesanan kaedah yang telah dijalankan. Intsrumen ujian pra dan ujian pos digunakan bagi melihat perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data, penyelidik melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku murid serta reaksi penyelidik terhadap intervensi dengan menggunakan borang pemerhatian. Tambahan itu, proses ini membantu penyelidik untuk mengetahui halangan atau kekangan semasa intervensi dijalankan dan membuat tindakan seterusnya atau merancang kitaran kedua.

Peringkat 5
Manakala peringkat yang terakhir ialah membuat refleksi. Pada peringkat ini, penyelidik membuat refleksi sepanjang kajian dilaksanakan. Penyelidik merenung kembali aktiviti sebelum, semasa dan selepas kajian dilaksanakan. Hal ini dilakukan bagi memastikan penyelidik peka terhadap sebarang perubahan dan peningkatan yang berlaku sepanjang proses kajian. Tambahan itu, penyelidik dapat menyatakan kekuatan dan kelemahan kajian serta cadangan penambahbaikan kepada penyelidik lain.

4.0  KEPUTUSAN
Soalan item 1, ‘Adakah menggunakan teknik pen merah dapat meningkatkan kemahiran meletakkan tanda koma dan tanda noktah kamu? 
Dapatan daripada Analisis Soal Selidik

Carta pai  di atas  menunjukkan  dengan lebih jelas bilangan  pelajar yang menjawab soalan item 1

Soalan item 2, Adakah Teknik Pen Warna Merah ini membantu kamu dalam meletakkan tanda koma dan tanda noktah  semasa menulis? 

Carta pai  di atas  menunjukkan murid yang menjawab soalan item dua. . Ini menunjukkan tahap pengetahuan  pelajar mengenai tanda koma dan  tanda noktah adalah baik.

Bagi soalan item 3,  Adakah penggunaan Teknik Pen Warna Merah  dapat mengurangkan kesalahan dalam penulisan kamu?  
Ini menunjukkan bahawa tahap penerangan guru berkaitan teknik ini berjaya  diterima oleh murid. Carta  pai di  atas  menunjukkan murid yang menjawab soalan item tiga.

Keputusan Ujian Penulisan Tahun 4 Harmoni
Berikut adalah keputusan ujian Penulisan  Tahun 4 Harmoni
              



        
Berdasarkan carta palang di atas, dapat diperhatikan dengan jelas bahawa berdasarkan kepada gred didapati bahawa murid yang mendapat gred  B adalah lebih ramai berbanding murid yang mendapat gred A dan C. Ini menunjukkan bahawa murid  Tahun 4 Harmoni  menguasai kemahiran meletakkan  tanda koma dan tanda noktah dengan baik. Maka usaha dengan lebih giat perlu dijalankan untuk memastikan bahawa murid yang lemah dapat dipulihkan terutama berkaitan penguasaan tanda bacaan.

5.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor tertentu yang mempengaruhi pencapaian dan kebolehan murid Tahun 4 Harmoni bagi menguasai penggunaan tanda koma dan tanda nokta dan dapat mengaplikasikannya ke dalam penulisan karangan berbentuk naratif (cerita) dan mengimlak. Antaranya ialah minat, bahan bacaan, aktiviti penulisan, bimbingan dan dorongan, kebolehan membaca dan menulis, mematuhi arahan guru serta penumpuan yang serius semasa belajar.

Apabila diteliti kepada ketiga-tiga persoalan kajian yang telah ditetapkan, hasil dapatan kajian menunjukkan murid-murid  dapat menguasai  penggunaan tanda koma dan tanda noktah dengan baik. Ini dibuktikan dalam soal selidik, pengkaji mendapati tahap penguasaannya bertambah baik.
Semua  murid berjaya lulus di dalam ujian penulisan tersebut . Hasil daripada ujian penulisan  yang dijalankan kelemahan yang paling ketara yang dihadapi oleh murid-murid ialah penggunaan tanda koma dan tanda noktah. Ini bermakna murid-murid amat memerlukan perhatian yang serius dari semua pihak sama ada dari guru-guru dan ibu bapa.
Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina lelaki dan jantina perempuan terhadap penguasaan tanda bacaan. Bagi murid perempuan didapati mereka lebih menumpukan kepada pengajaran guru dan mereka berasa yakin semasa menjawab ujian yang diberi. Ini terbukti dengan pencapaian mereka lebih tinggi berbanding murid lelaki.
Motivasi daripada guru dan ibu bapa dan keyakinan dalam kerja-kerja menulis dan mengarang menambahkan inisiatif untuk memajukan diri. Ini kerana kemahiran menulis dan mengarang merupakan suatu keterampilan yang sukar dikuasai tanpa belajar dan membuat latihan.
Satu aspek lagi yang dikira penting ialah sikap murid membuat pembetulan terhadap kesalahan-kesalahan tulisan mereka. Hasil kajian ini didapati peratus murid yang kadang-kadang membuat pembetulan lebih ramai daripada yang selalu melakukan pembetulan kesalahan sendiri. Hal ini penting kerana jika sekiranya sesuatu kesalahan itu tidak dibetulkan maka kemungkinan kesalahan yang serupa akan berulang.
Namun  begitu, faktor sikap guru juga perlu diambil kira sebagai faktor yang penting dalam proses pembelajaran murid. Dalam banyak keadaan murid banyak bergantung kepada guru-guru dalam pembelajaran mereka. Seseorang guru yang baik perlulah merancang pengajaran mereka terlebih dahulu dengan teliti. Ini akan menimbulkan minat dan semangat untuk belajar di kalangan murid.
Kesimpulannya kajian ini memperlihatkan bahawa pengetahuan dan penguasaan murid terhadap tanda bacaan dalam penulisan masih lemah dan perlu diperbaiki lagi dari aspek latih tubi, kaedah pengajaran guru dan cara guru membetulkan kesilapan  yang telah dilakukan oleh murid.
Walaupun kemahiran penggunaan tanda koma dan tanda noktah dalam penulisan sering dianggap remeh oleh murid dan guru tetapi ianya merupakan kemahiran yang penting yang perlu diajarkan oleh guru kepada murid mereka. Sungguhpun ianya bukan satu kemahiran yang memerlukan perkembangan idea tetapi ia merupakan kemahiran yang tetap dan mesti diketahui oleh setiap murid kerana ia mempengaruhi setiap ayat yang ditulis dan dibaca oleh mereka. Apa yang lebih penting lagi ialah tanda bacaan ini memberikan pengaruh yang besar dalam pemarkahan Penulisan Bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sesungguhnya, kajian ini telah berjaya meningkatkan pemahaman murid menggunakan Kaedah Pen Warna Merah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tempoh masa dan pelaksanaan intervensi yang terancang memudahkan lagi penyelidik melihat perubahan yang berlaku terhadap hasil kerja murid. Tambahan itu, penyelidik telah mengenal pasti kekuatan yang dapat dilihat  dalam Kaedah Pen Warna Merah ini iaitu melalui penggunaan pen merah rmenarik minat responden untuk memperbaiki kelemahan mereka. Malah, perancangan aktiviti yang tersusun dan menekankan aspek ansur maju membuatkan responden seronok melaksanakan aktiviti intervensi yang dijalankan. Penggunaan pen merah sebagai bahan bantu mengajar ini juga berjaya menarik responden untuk belajar di samping tidak akan berasa jemu dan bosan untuk belajar.







6.0  RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :         Media Printext (M) Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan         Tindakan,        Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Arbak Othman (1989). Belajar Tatabahaasa Dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Asmah Hj Omar(1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahaasa dan Pustaka.
Awang Mohamad Amin.(1990) Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahaasa dan Pustaka.
Awang Sariyan.(1994) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Azman Wan Chik (1983). Kesilapan Penggunaan Bahasa Malaysia Oleh Murid-murid      Melayu : Satu Kajian.Dewan Bahasa, Oktober, m.s. 698-715.
Choong Lean Keow. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan, dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Seminar Penyelidikan IPG .

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kartini Abdul Mutalib. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk   PISMP dan      DPLI. Ipoh: Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. KBL:215-227.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Standard Kurikulum Sekolah Rendah       Tahun Empat: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
           
Mook Soon Sang. (2010). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor:     Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
           
Nik Safiah Karim et al., (1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan keempat. Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan:Teori dan Amalan.      Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rahimah Sabran, Rahim Syam.(1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:Fajar Bakti.
Roselan Baki. (2003).  Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu.   Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan       Edisi    Kedua, Kuala Lumpur: FeemindHorizons Sdn. Bhd.
Tam Y. K. (2007). Kajian Tindakan Kaedah dan Praktikal, Seremban: Institut       Perguruan Raja Melewar.
Yusop, B. H. M., & Walter Alvin, J. (2010). Disgrafia dan Cara Membantu:          Kajian Kes      ke atas Murid. Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL(4): 1-22.



  

No comments:

Post a Comment