Sunday, 1 May 2016
GANGSTERISME
PENGENALAN
Gengstarisme
merupakan satu budaya hidup yang keterlaluan dan melanggar norma-norma
kehidupan bermasyarakat.Gengsterisme juga merupakan kelakuan yang akan memusnah
dan merosakkan persekitaran yang dilakukan secara berkumpulan.(Pusat maklumat
rakyat,MAC 2009)
Sejak akhir ini terdapat suara-suara
yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda dalam
aktiviti-aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di
negara ini. “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa
patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat belajar
” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. Begitulah antara
tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa
kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan
disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini semakin
serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan
Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima
nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.
Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi
pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan
program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang
pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi
maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja
sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang
tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan
negara.
Menurut
kamus dewan edisi ke-4,halaman 458, Geng ialah kumpulan kerja (penjenayah).
Gengster ialah ahli atau kumpulan penjenayah atau samseng. Gengsterisme pula
merujuk kepada kegiatan-kegiatan gengstar iaitu masalah-masalah yang dilakukan
oleh kumpulan samseng secara berkumpulan.
Gengsterisme
adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih
berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati
semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat
dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme ini. Peningkatannya
kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. Penularan
gengsterisme semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara dari
masa ke semasa.
Menurut Thrasher
(1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan
bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan kumpulan.
Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat
mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher (1961)
juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri -ciri
seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan
secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Taylor (1993), ia merujuk
kepada empat kriteria yang berbeza mengenai gang daripada aspek fungsi remaja
dan lain-lain jenis kumpulan remaja.
Menurut
kajian Haslina Hassan(2002)mendapati bahawa kegiatan gengsterisme merupakan
pengaruh daripada rakan-rakan yang lebih tua daripada mereka untuk melakukan
keganasaan.Remaja akan lebih cenderung untuk melakukan jenayah apabila mereka
mendapat tunjuk ajar daripada orang yang lebih dewasa daripa mereka.Remaja akan
berasa dilindungi dan mereka akan bersifat lebih agresif lagi.Hal ini
menimbulkan banyak berkaitan gengsterisme akan berlaku di negara kita.
Kewujudan kumpulan gengster di
sekolah akan memberi kesan yang buruk kepada para pelajar khususnya dan amnya
kepada pihak sekolah kerana ahli-ahli gengster sentiasa melakukan salah laku
yang boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Gaustad,
1991). Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana
sentiasa diganggu oleh pelajar yang terlibat dengan kumpulan gengster
termasuklah aspek gangguan terhadap pengajaran guru. Mereka ini juga tidak
berminat untuk belajar. Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka
terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda
-tanda awal perlakuan gengsterisme adalah amat penting bagi menangani masalah
perlakuan gengsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang
selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang
selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
Sebarang ancaman serta rasa tidak
selamat di kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gengsterisme ini sedikit
sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu
kajian ini akan mengkaji tentang faktor-faktor yang paling mempengaruhi gejala
gengsterisme di sekolah dari aspek rakan sebaya, keluarga, media massa dan
individu itu sendiri. Kajian ini dapat mengkaji apakah persepsi pelajar dan
guru tentang perlakuan gengsterisme di sekolah. Kajian ini juga akan mengkaji
dan meneliti kekerapan perlakuan dan ciri-ciri gengsterisme serta aktiviti
-aktiviti yang dilakukan oleh gengsterisme di sekolah. Di samping itu kajian
ini boleh mengkaji hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik dan
pendapatan keluarga pelajar yang terlibat dengan gengsterisme.
2. PUNCA MASALAH ITU
Gejala
gangsterisme pada masa kini berpunca daripada pelbagai faktor.Ia merangkumi
faktor dalaman dan luaran.Faktor dalaman merujuk kepada diri individu itu
sendiri, faktor luaran pula merujuk kepada faktor persekitaran seperti
pengaruh-pengaruh daripada rakan sebaya,ahli keluarga dan sebagainya. (Cindy,
Tursman, Moore 1930).
2.1 FAKTOR
DALAMAN INDIVIDU ITU SENDIRI
Meninjau
dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks. Para
remaja sering menumpukan perhatian kepada perkara seperti ketidakpuasan,
kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami oleh orang lain. Remaja juga
sering dikatakan sebagai zaman yang banyak menimbulkan tekanan jiwa pada
individu. Namun, tempoh ini juga dilihat sebagai zaman kegemilangan perkembangan.Seseorang
individu yang kekurangan didikan agama biasanya lebih mudah terjebak ke dalam
kegiatan gangsterisme.
Mereka
hanya bertindak mengikut keinginan semata-mata tanpa memikirkan golongan yang
mereka tindas.Hal ini kerana,mereka ini tidak dapat membezakan dosa pahala dan
baik buruk sesuatu tindakan yang mereka lakukan.Selain itu,terdapat juga
individu yang mahu dirinya dikenali dan diiktiraf.Dengan tujuan mahu dirinya
diiktiraf,mereka ini akan melakukan pelbagai tindakan yang melanggar
norma-norma kehidupan masyarakat, secara tidak langsung,kewujudan mereka mulai
diakui sebagai pembawa kepada pelbagai masalah yang menimpa masyarakat.Walaupun
dianggap sebagai pembawa masalah,mereka berasa sangat bangga kerana kehadiran
mereka dalam masyarakat telah diakui.
1.2
INSTITUSI
KELUARGA
Keluarga menurut takrif antropologi adalah satu unit (kumpulan)
yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempnyai hubungan kekeluargaan. Menurut
Freud (1953) pula , keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal
serumah atau pun lebih anak.Ibubapa adalah orang yang
terpenting dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan utama
dalam mencorak masa depan anak-anak,yang mana anak-anak ibarat kain putih dan
ibu bapa yang bertanggugjawab untuk mencorakkannya.Dalam konteks ini, penekanan
aspek disiplin amat mustahak sekali.
Terdapat dalam kalangan ibubapa yang menunjukan teladan yang buruk
kepada anak-anak dengan terlibat dengan aktiviti gangsterisme,penyalahgunaan
dadah,kaki botol dan sebagainya. Ini menyebabkan anak-anak terikut-ikut dengan
sikap dan perbuatan ibubapa mereka seterusnya mempengaruhi tingkah laku
mereka apabila dewasa nanti.Ada juga dalam kalangan ibubapa yang sering
bergaduh kerana tidak bersefahaman dan kadangkala pergaduhan tersebut disusuli
dengan kekerasan dan penggunaan kata-kata yang kesat.Ibubapa yang sering
bergaduh akan cenderung untuk memiliki anak-anak yang berisiko untuk menjadi
agresif.
2.3 RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya merujuk pada
remaja yang sama umur atau pun sama paras kematangan.Rakan sebaya didefinisikan
sebagai rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan,
sebantal, atau rakan seperjuangan(Artwater,1998)Pada peringkat remaja, rakan sebaya
merupakan orang yang boleh mencorak kehidupan mereka.Rakan sebaya berpengaruh
dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan
membentuk akhlak yang baik dan begitu juga sebaliknya. Remaja memerlukan rakan sebaya bagi
mendapatkan pengiktirafan dan sokongan.Seseorang remaja lebih banyak
menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga.
2.4
PENGARUH MEDIA MASSA DAN ELEKTRONIK
Perkembangan
teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu
sama lain dengan pantas.Ditambah lagi dengan pembinaan Koridor Raya
Multimedia(MSC) dan beberapa stesen televisyen memperlihatkan pentingnya media
massa kepada masyarakat (Haslina Hassan,2000).Melalui filem-filem dari negara
luar,terutamanya filem dari Hong Kong,Hollywood dan Bollywood,penonton telah
didedahkan budaya keganasan yang diamalkan oleh masyarakat mereka.
Pelbagai
aksi ganas seperti bergaduh sesama kumpulan gangster,membunuh,vandalisme dan
sebagainya yang dipaparkan telah menarik minat golongan yang mudah terpengaruh
terutamanya remaja untuk meniru aksi-aksi tersebut.Hal ini kerana mereka berasa
kegiatan gangsterisme adalah perlakuan yang biasa kerana mereka tidak dapat
membezakan sesuatu yang realiti dengan fantasi kerana terlalu terpengaruh
dengan watak-watak yang kelihatan ‘macho’apabila melakukan kegiatan
gangsterisme.
GENGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH
Isu
gengsterisme ini bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga di sertai
oleh pelajar sekolah yang berumur seawall 10 tahun hingga 19 tahun. Antara
cirri gengsterisme yang ada pada pelajar sekolah ialah suka pulang lewat dari
sekolah dan mempunyai rekod kehadiran yang teruk. Pelajar ini suka melepak
dengan ahli kumpulan lain selepas pulang sekolah. Mereka ini akan memenuhi
pusat-pusat membeli belah dan cyber café. Mereka suka menghabiskn masa dengan
kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa,mereka bertujuan untuk mendapatkan
kebebasan tanpa kekangan ibu bapa di rumah. Keseronokan ynag mereka perolehi
ini menjerat mereka hinggsksn is menjsdi suatu tabiat yang sukar di lepaskan.
Kadang kala mereka sanggup ponteng sekolah untuk menyertai dan mengenali
mana-mana pertubuhan gangster lain
Ciri
lain yang ada pada pelajar yang menyertai gangster ialah mempunyai rekod akademik
yang kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kerana pelajar tidak lagi focus
kepada pembelajaran yang menjadi tanggungjawab mereka kepada diri dan ibu
bapa.Pelajar pada tahap ini lebih focus kepada gengsterisme yang di sertai
mereka, yang mana lebih mbanyak mebawa keseronokan pada diri mereka berbanding
belajar. Ini menyebabkan mereka tidak member perhatian yang penuh sewaktu sesi
penbelajaran, tambahan lagi apabila sikap mereka suka pulang lewat malam
menjadi tabiat seperti gangster dewasa yang lain. Tabiat ini akan menyebabkan
pelajar tidur pada waktu siang, yang akan menyebabkan pelajar lambat ke sekolah atau pin tidur sewaktu sesi
pembelajaran.
Merokok
menjadi tabiat pelajar sekolah yang terjadi disebabkan oleh factor persekitaran
atau ketidakprihatinan ibu bapa. Melalui kegiatan gengsterisme yang di
sertai,pelajar boleh terjebak kepada tabiat merokok. Hal ini di pengaruhi oleh
kawan-kawan yang sekumpulan dengan mereka.
Menurut
sumber Unit Penyelidikan Dasar,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Oktober 2008.Terdapat 13 jenis
salah laku jenayah yang membabitkan pelajar iaitu berjudi,mencuri,melawan
guru,melawan pengawas,peras ugut,buli,pelacuran, salah guna dadah, bawa
senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancam guru dan ceroboh.
3. KESAN KEPADA PELAJAR, GURU DAN SEKOLAH
3.1 INDIVIDU
Impak yang
mendalam terhadap gejala gengsterisme ialah kepada individu tersebut. Individu
tersebut akan dipandang serong oleh agama, bangsa dan negara. Masa depan
individu tersebut juga akan bertambah gelap kerana hasil kajian mendapati
individu-individu yang terlibat dengan gejala gengsterisme menghadapi
kemerosotan dalam pencapaian akademik. Tambahan lagi,individu tersebut akan
menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan masyarakat kerana mesyarakat
memandang individu yang terlibat dengan gengsterisme adalah tidak berakhlak dan
ganas.
3.2 SEKOLAH
Perleluasa gejala
gengsterisme ini akan menyebabkan sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah
akan terganggu kerana pelajar-pelajar berada dalam suasana yang tidak selesa
ketika belajar. Masalah displin akan meningkat dan sistem pendidikan tidak
dapat berlaku dengan sempurna. Malah, nama baik sekolah akan tercemar sekiranya
gejala gengsterisme di sekolah tersebar luas. Guru-guru di sekolah tersebut
akan di pandang rendah kerana tidak dapat mengawal disiplin pelajar. Tambahan
lagi, ibu bapa akan merasa takut dan resah untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah tersebut.
3.3 MASYARAKAT
Masyarakat dan
penduduk setempat akan berada dalam keresahan dan tidak tenteram sekiranya
gejala gengsterisme ini semakin menular. Masyarakat akan bertambah mundur pada
masa akan datang sekiranya generasi muda kita terlibat dengan gejala-gejala
negatif seperti gengsterisme ini. Negara akan menghadapi masalah pada masa
kelak kerana generasi sekarang yang akan memimpim negara suatu hari nanti.
Proses integrasi kaum akan terbatas sekiranya gejala gengsterisme berleluasa.
Masyarakat akan saling bermusuhan sekiranya melibatkan pertengkaran dua kaum
yang berbeza.
3.4 KESAN KEPADA PERSEKITARAN
Kesan aktiviti gangsterisme yang paling
mudah untuk dilihat adalah kerosakan harta benda terutamanya harta benda
awam.Antara harta benda awam yang sering menjadi sasaran mereka adalah pondok
telefon,tandas awam dan sebagainya.Buktinya, ganggang telefon awam terputus dan
banyak grafik yang menyakitkan mata diconteng di dinding-dinding tandas.Menurut
kamus dewan(2003), menconteng dinding bermaksud mencoreng-coreng dengan
cat,arang dan sebagainya.Bercalit-calit,berpalit-palit di dinding-dinding tanpa
matlamat atau tujuan.
Grafik-grafik yang diconteng
adalah sukar dipadam dan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membersihkan
atau mengecatkannya semula.Selain itu,di Alor Star terdapat kes pelajar
mengebom kereta guru dengan bom petrol disebabkan guru disiplin merotan mereka
kerana melanggar disiplin di sekolah(Harian Metro,2009)Kegiatan merosakkan
harta benda awam atau vandalisme yang dilakukan oleh ahli-ahli gengsterisme ini
telah banyak menyusahkan masyarakat terutamanya semasa berlakunya kes-kes
kecemasan.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya kita dapat menyatakan
bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah:
a. Wujudnya
kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya.
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.
Menilai
aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani
permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang
lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa
dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan
pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah
perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan
masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah,
pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program
pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.
3. STATISTIK
DIRUJUK KEPADA LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH
4.1 SUMBER DARI AKHBAR
Akhbar-akhbar
tempatan juga sering melaporkan tentang kejadian jenayah dan gengsterisme di
kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu
gengsterisme berlaku berpunca kejahilan agama di kalangan remaja dan pelajar
sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang
banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak.
Sebagai contoh:
i.
PUTRAJAYA 22 April 2004-
Pelajar Alam Shah dicedera senior Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Alam Shah di sini
cedera pada dahi akibat terkena pisau dalam kejadian peras ugut melibatkan
pelajar senior di sekolah berasrama penuh itu.
ii.
KUALA LUMPUR 22 April 2004 -
Pelajar ganggu rakan tertidur dalam kelas cedera ditoreh Akibat
mengganggu seorang rakan yang tertidur dalam kelas, seorang pelajar berusia 13
tahun menerima lima jahitan selepas ditoreh di belakang badannya dengan pisau
di sebuah sekolah di Bandar Sri Permaisuri di sini..
iii.
SEREMBAN 18 April 2004 -
Pelajar nakal punca gaduh Pergaduhan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seremban Dua kelmarin, berpunca daripada kenakalan pelajar sekolah itu dan
bukan masalah perkauman. Manraj a/l Karpal Singh, 13, yang dipukul di luar
kelas mengalami calar dan lebam di tangan kanan dan kaki kirinya.
iv.
Pada 28 Mac 2004, seorang pelajar SMA Klana Petra Maamor,
Muhammad Farid Ibrahim, 16, mati setelah dipukul oleh sekumpulan pelajar
sekolah berkenaan.
Pada 30 Mac 2000, Kementerian
Pendidikan, dengan kerjasama polis, mengenal pasti pelajar di 459 sekolah
menengah di seluruh negara sebagai berisiko tinggi terdedah kepada masalah
gengsterisme. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 77 sekolah
menghadapi masalah itu, diikuti Perak (60), Johor (51), Pulau Pinang (49),
Kelantan (37), Sabah (37), Wilayah Persekutuan (37), Pahang (35), Kedah (32),
Negeri Sembilan (14), Melaka (10), Terengganu (8), Sarawak (6) dan Perlis(6).
4.2 SUMBER DARI MAJALAH
Bilangan kes pelajar yang terlibat
dengan perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga
1999 menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa
(Ogos 2000) adalah seperti jadual berikut:
Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengsterisme
dan
Membakar Premis Sekolah
Jenis Kes
|
1997
|
1998
|
1999
|
Kes Samseng
|
107
|
77
|
85
|
Membakar Premis Sekoalah
|
6
|
19
|
10
|
Sumber
: Majalah Massa (Ogos 2000)
4. CADANGAN
MENGATASI MASALAH ITU
Hasil
kajian mengenai gejala gengsterisme di sekolah harian yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan dari Disember 1998 hingga Oktober 2004 , mendapati
bilangan kumpulam samseng ala gengster dan pelajar gengster meningkat di
sekolah harian pinggir bandar dan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar
melebihi 1500 orang. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian. Oleh itu
kita perlulah mengambil tindakan yang drastik dalam membantu
mengatasi gejala gangsterisme di kalangan pelajar sekolah yang semakin
membimbangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala
gengsterisme ini ialah
4.1
WUJUDKAN SATU PASUKAN KHAS
Kementerian
Pelajaran perlu mewujudkan pasukan petugas khas bagi memantau serta membantu
mengatasi masalah buli dan gangsterisme di kalangan pelajar sekolah, yang
semakin meruncing. Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri
Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, beliau berkata satu talian terus atau
hotline juga akan diwujudkan di pejabat beliau bagi menerima laporan atau
sebarang aduan mengenai kegiatan itu di sekolah. Pihak kementerian juga akan
menggunakan segala pendekatan perlu, sama ada dari segi pembabitan dalam
kegiatan kokurikulum, psikologi atau hukuman lebih berat. Semua pendekatan ini
bertujuan memastikan setiap pelajar melihat gejala berkenaan sebagai satu
kesalahan serius yang perlu difikirkan kesannya.
4.2
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
Punca sebenar berlakunya gejala sosial di kalangan remaja hari ini
terutamanya remaja berketurunan melayu adalah kerana kurangnya didikan agama
yang diberikan kepada mereka. Gejala gangsterisme yang semakin kronik dan
berleluasa membuktikan bahawa sistem pendidikan negara perlu dikaji semula.
Kementerian Pelajaran perlulah melakukan satu perubahan yang besar untuk mengubah
kurikulum sekolah dengan menerapkan pembentukan nilai-nilai murni dalam
kurikulum. Pada pendapat kami, sistem Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
yang ada pada hari ini tidak mampu untuk melahirkan seorang remaja yang
betul-betul memahami dan menghayati agama masing-masing sebagai cara hidup.
Pelajaran yang diberikan hanyalah sebagai syarat untuk
menghabiskan sukatan yang diwajibkan sedangkan ia sebenarnya tidak mampu
membentuk generasi muda yang unggul dan berakhlak mulia. (rujuk perenggan ke-9
Resolusi Persidangan Kongres Profesional Muda Melayu (KPMM) 2000 pada 26-27
Februari 2000 yang berbunyi "Dengan kepercayaan bahawa agama wajib
disuburkan dari buaian, maka kita mendesak semua pihak yang berwajib mengolah
kurikulum, merombak strategi pengajaran ilmu Islam dan mempraktiskan dasar-dasar
kesyumulan Islam daripada peringkat rendah institusi pendidikan".
5.3.
KESEDARAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Tidak kira di mana sahaja berada, ibu bapa pasti menginginkan suasana yang
selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan
mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala
dadah dan gengsterisme secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan
prinsip-prinsip yang kita dukung selama ini. Sesiapa yang merasakan diri mereka
tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya mereka golongan yang naif.
Kenyataan yang disuarakan oleh Micheal Durso, Pengetua Sekolah Tinggi
Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997, memperlihatkan
gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika
Syarikat. Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka
sendirian kerana Malaysia dan negara-negara lain turut berhadapan dengan gejala
yang sedang tumbuh menjadi budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak
dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang
membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun manusia. Institusi-institusi
pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri, iaitu para
pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan
bahaya.
Kerjasama mengembangkan fungsi sekolah sebagai pusat
perkembangan nilai-nilai murni pelajar sentiasa dititik beratkan oleh warga pendidik. Semua agama meletakkan elemen
kerjasama dan muafakat dalam apa jua tindakan. Maka, konsep ini perlu
ditekankan dan diperluaskan kefahaman dan gerak kerja yang perlu disesuaikan.
Konsep muhasabah dalam setiap tindakan perlu juga di ambil kira. Kita perlu
menyedari kewujudan sebilangan kecil golongan pendidik menjadi medium pengantara
yang membawa budaya buli dan pukul memukul.
Berfikir dalam bertindak, menilai dan kritis sebelum
melakukan sebarang tindakan adalah perkara-perkara
penting untuk menjadikan konsep muhasabah diri berkesan terhadap diri. Menjaga
kualiti peribadi adalah salah satu perkara yang perlu dipertahankan oleh
guru-guru hari ini. Cabaran pasti akan datang, dengan sikap murid yang pelbagai
dan kadang kala menyakitkan hati tetapi jangan sampai ia melemahkan daya juang
dan kesabaran untuk mendidik.
5.4
HUKUMAN ROTAN
Berdirinya seorang pelajar di hadapan khayalak
pelajar-pelajar lain semasa perhimpunan. Mukanya memandang ke arah si pengetua
yang menghampirinya dengan sebatang rotan. Dia faham akan perbuatannya membuli
pelajar lain di dalam kawasan sekolah itu telahpun melanggar undang-undang
sekolah. Dia kesal akan perbuatannya itu. Namun begitu, nasi sudahpun menjadi
bubur. Pengetua mengangkat tangan kanannya yang memegang rotan itu dan lantas
menyebat punggungnya. Pelajar tesebut merasai deria kesakitan yang mengalir ke
setiap penjuru tubuhnya. Badannya menggeletar. Sensasi itu akan kekal dalam
ingatannya sampai bila-bila. Dia tidak mahu mengulangi kesalahannya lagi.
Begitulah senario
hukuman rotan yang dilaksanakan di sekolah. Amalan ini sudahpun menkadi resmi
di kebanyakan institusi persekolahan di negara kita sejak zaman ibu bapa kita
lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan hukuman rotan di sekolah jelas
menunjukkan kebaikannya dari segi mendisiplinkan pelajar. Apatah lagi, pada
zaman ini, budaya murni masyarakat Malaysia terdedah kepada pelbagai jenis
pencemaran daripada budaya hedonisme. Anak-anak muda hari ini makin hari makin
berani melanggar hukuman sekolah. Andai kata langkah sekadar menasihati pelajar
hanya diambil oleh pihak disiplin sekolah, pelajar tidak akan mengubah sikapnya
kerana nasihat itu diendahkan bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Realitinya, hanya
dengan pelaksanaan hukuman kopral seperti merotan, pelajar akan akur dengan
peraturan yang ditetapkan dalam perkarangan sekolah. Malahan, pelaksanaan
hukuman rotan turut membawa faedahnya yang kedua. Bukan sahaja hukuman rotan
ini mendisiplinkan pelajar yang nakal, tetapi juga bertindak sebagai amaran
kepada pelajar-pelajar lain agar tidak mencontohi perlakuan yang salah itu.
5.5
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Program Sekolah Selamat dilancarkan di
sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para
pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan,
pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah
mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan
tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin
suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah
Selamat, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS)
yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau
keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah,
mencadang program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum
dan selepas krisis berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai
jawatankuasa pemandu untuk penilaian kendiri dan perancangan.
5.6 PERANAN
KAUNSELOR
Kaunselor
adalah orang yang bertanggungjawab untuk memperbaiki dan meningkatkan motivasi
pelajar dari aspek pembelajaran.Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
untuk dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.Dengan adanya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman di lantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling.
Kaunselor
juga bertanggungjawab untuk melemah dan menghapuskan factor-faktor penarik dan
penolak yang mempengaruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan
gangster dan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua
kumpuloan pelajar agar menyayangi sekolah.
5.7 MEMPERKASAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Seperti kita yang sedia maklum, salah
satu cara untuk mengurangkan masalah gejala gangsterisme dan masalah sosial di
kalangan remaja dan pelajar sekolah ialah melalui penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Salah satunya ialah melalui penubuhan kelab pencegahan
jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan. Kelab tersebut merupakan
badan sukarela yang dilaksaanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku
jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan. Kelab ini juga bertujuan
untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab
sekolah dan berusaha menukar pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap
tanggungjawab mereka dan melaporkan situasi yang tidak menyenangkan.
6
REFLEKSI
Isu-isu moral ataupun krisis masalah
sosial kini semakin menjadi-jadi
walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan
tidak sihat ini.Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak
sihat ini adalah terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun
perempuan. Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau
pelajar di negara kita terus meruncing dan meningkat setiap tahun.
Apa akan berlaku kepada generasi
warisan akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah
akhlak seperti membunuh, melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah,
mengamalkan seks bebas, membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari
rumah, berkelakuan lucah, menjadi bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi
disko, membuli, merokok dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat
kita.
Masalah sosial ini memang amat
membimbangkan kesemua golongan terutamanya ibubapa, pemimpin politik dan juga
para polis. Ia jelas terbukti dengan berita-berita yang terpapar dalam akhbar
dan majalah setiap hari dan ia menunjukkan bilangan remaja yang terlibat dalam
masalah sosial semakin meningkat masa ke semasa. Terdapat beberapa punca-punca
yang menyebabkan isu-isu moral ini masih berleluasa di negara kita. Didapati
masalah sosial ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat,
keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar,
media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain.
Pengaruh rakan sebaya adalah salah
satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering
berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh
dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan
rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada
sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di
sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan
ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau
ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja
tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
Selain itu, sikap ibu bapa atau
suasana keluarga juga mendorong golongan remaj terlibat dalam gejalah sosial di
negara kita. Walaupun keadaan bukan berlaku di setiap keluarga malah ia berlaku
di kebanyakkan keluarga yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak mereka
ataupun terlalu mengongkong anak mereka. Segelentir ibubapa pulak terlalu mementingkan kekayaan
yang menyebabkan mereka tidak peduli akan anak mereka yang diabaikan begitu
sahaja.
Maka, mereka diberi kebebasan yang
lebih sehingga nilai keagamaan, kerohanian dan nilai-nilai murni semakin
diabaiakan.Golongan ibubapa yang terlalu mongongkong anak-anak mereka pula sentiasa
mengawal anak-anak mereka dengan menetapkan beberapa peraturan-peraturan
tersendiri dan langsung tidak memberikebebasan. Oleh itu,kebanyakan golongan remaja terlibat dalam gejalah sosial
hanya untuk mendapat kebebasan atau ketenteraman dalamkehidupan mereka.
Pengaruh media massa juga merupakan
salah satu punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejalah sosial.
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan
berbagai alat media-massa yang serba canggih seperti internet, telefon bimbit,
permainan video, televisyen dan sebagainya. Media massa tersebut merupakan
sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai maklumat.
Melalui teknologi yang semakin canggih
ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua
maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah
kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di
sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan
perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton dan
menjurus ke pemikiran dan kelakuan yang negatif.
Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin
sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan tingkah laku yang
mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru harus
menunjukkan komitmen bagi menguatkuasakan disiplin dalam kalangan pelajar
sekolah di kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Disiplin sekolah
secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
Antara cara
terbaik untuk mengatasi isu sosial dalam kalangan pelajar adalah melalui proses
interaksi dan komunikasi berkesan. Guru-guru perlu
mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dalam
keadaan ini, setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman,
fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Para pelajar itu sendiri akan mampu menyampaikan atau
meluahkan segala masalah, pandangan, pendapat dan perasaannya.
Dengan cara ini juga, pelajar berasakan mereka
dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Sistem
hubungan dua hala antara guru dan pelajar boleh diwujudkan di sekolah-sekolah
yang bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi
pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di
peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes-kes yang tidak
diingini. Keadaan ini juga akan
mengelakkan pelajar daripada melepaskan tekanan permasalahan mereka dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam seperti
salah laku jenayah dan gengsterisme.
Selain daripada itu, guru
juga perlu mempunyai hubungan baik dengan pihak ibu
bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu
dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas danmelibatkan pelbagai aktiviti
seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatukegiatan yang
melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusansekolah dan pihak
penguat kuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan danpenyediaan
pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk
mencegahdan membasmi masalah sosial dalam kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan
dantindakan bersama juga perlu bagimenghapuskan aktiviti-aktiviti gengster dan
aktiviti buli disekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan
undang-undang dan disiplin
Guru
haruslah mempunyai perwatakan atau personality yang baik. Tingkah laku guru
haruslahboleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Contohnya
adalah tidak masuk akal seseorangguru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat
datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kalitidak memasuki kelas tanpa
alasan. Jangan sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebih celik
memerhatikan guru-guru mereka. Oleh itu, semua guru perlu memberi sepenuh
perhatian terhadap diri sendiri daripada tidak membuat kesilapan. Disamping mengajar, guru
juga adalah ‘role model’ yang utama kepada pelajar-pelajar. Guru-guru perlu
memainkan peranan yang baik dalam membentuk sahsiah diri pelajar-pelajar.
Guru-guru
juga memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap
pelajar dengan tidak kira bangsa atau agama. Nilai-nilai murni seperti
tolong-menolong, hormat-menghormati, berbudi bahasa, bersopan-santun, merendah
diri dan lain-lain lagi tidak seharusnya dipelajari dalam matapelajaran moral
sahaja malah perlu diserapkan dalam semua matapelajaran yang lain. Maka ini
akan membantu para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni dan
mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian mereka.
Setiap
guru harus mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan kempen-kempen, bengkel
ataupun aktiviti –aktiviti yang akan mempertingkatkan akhlak pelajar.
Contoh-contohnya seperti kempen budi bahasa, kempen motivasi, aktiviti
gotong-royong, ceramah-ceramah daripada pihak polis, kementerian pelajaran dan
sebagainya. Selain daripada itu lawatan
ke rumah anak yatim dan rumah orang tua juga akan mengelakkan pelajar-pelajar
daripada terjebak dalam gejala masalah sosial. Tambahan pula guru-guru perlu
membawa pelajar-pelajar mereka ke pusat penangihan dadah, penjara dan
sebagainya supaya pelajar akan menyedari kesan yang timbul akibat terlibat
dalam gejala-gejala yang tidak diingini. Secara tidak langsung
aktiviti-aktiviti seperti ini akan mendisplinkan diri mereka dan juga
mengamalkan kehidupan sihat.
Para guru boleh
mengatasi gejala sosial dalam kalangan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di
sekolah-sekolah. Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum, sikap pelajar akandibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin
pelajar dapat dibentuk denganaktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam
seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiarhidup dan sebagainya. Nilai-nilai
yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan danbekerjasama
akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpamengira bangsa,
keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.
Kebanyakan aktiviti
ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni danbersandarkan kepada
keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-pelajar yang beragama
Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkanibadah, akidah dan
akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspekmoraliti
dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan
pengukuhansahsiah. Kepelbagaian aktiviti
di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasan kepada pelajar. Pelajar
tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik. Secara tidak langsung
masalahsosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.
Pelajar-pelajar
kini mudah berasa bosan dengan pengajaran guru. Kebanyakkan pelajar tidak
menyukai cara pengajaran guru-gurunya lalu mengambil keputusan untuk memonteng
kelas mahupun sekolah. Maka, guru-guru harus peka sentiasa membuat perubahan
mengikut citarasa pelajar-pelajar. Guru-guru juga perlu mengubahsuaikan teknik-teknik pengajaran untuk menambah atau
menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. Antaranya penggunaan komputer,
video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas dapat
membantu mengembangkan pemikiran pelajar dan seterusnya dapat membanteras
gejala lepak, ponteng kelas dan sekolah.
Guru
memainkan perana penting dalam melahirkan anak-anak murid supaya menjadi insan
yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Walaubagaimanapun,
semua pihak yang terlibat seperti ibubapa, kerajaan dan golongan remaja itu
sendiri memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu-isu sosial yang
semakin meruncing di negara kita.
Selain itu, saya juga telah mengetahui apakah peranan
guru yang mengajar pendidikan moral di sekolah. Setiap guru memainkan peranan
penting bukan sahaja dalam mengajar matapelajaran ini tetapi mereka memainkan
peranan penting dalam membina insane yang berguna. Guru juaga melahirkan budaya
yang berdisplin, budaya yang bermoral dengan mengajar pendidikan moral
disekolah. Secara tidak langsung, guru membantu murid-murid supaya tidak
terlibat dalam gejala sosial.
Sekian, terima kasih
Roslan bin Suraji.
BIBLIOGRAFI
Aminudin
Mansor,Membanteras gengsterisme di
sekolah,17/03/2009,Harian Metro
Artwater,
D (1981).Learning and earning.Thae Value
of Working for Urban Student. ( 0n-line ) Available.
Berita Harian
a) Filem
Luar Tingkat Gejala Gengsterisme.Masalah Sosial 04/12/2008
b) Pelajar
libas Kerabit Kena Buang Sekolah, 09/03/2009
Paper presented at annual meeting
of the Ameriican Society of Criminology,Chicago,IL
Harian Metro, Gengster dapat “ijazah”.28/03/2007
Haslina , H (2000). Gejala
Gengsterisme di kalangan Remaja.Fenomena Yang Semakin meresahkan.Dewan masyarakat (1999).
Pusat Maklumat Rakyat (PMR).Reaksi Terhadap Kes Buli dan Gengsterisme di Sekolah.Mac 2009
Ramli
Hussin,Pelajar Libas Kerabit Dibuang
Sekolah,09/03/2009,Berita Harian
Utusan Malaysia, Ramai tersesat. 15/04/2007
EDU 3063
1.
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM ASPIRASI PENDIDIKAN DAN MURID DI
MALAYSIA.
Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu
usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkumi
pelbagai dimensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Program dan inisiatif yang
membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan
menerusi aktiviti ko-kurikulum. Pelan Pembangunan Pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima
keberhasilan teras pendidikan yang merupakan komponen-komponen aspirasi pendidikan
secara keseluruhan iaitu:
i. Akses
ii. Kualiti
iii. Ekuiti
iv. Perpaduan
v. Kecekapan
rajah 2 : komponen-komponen aspirasi
pendidikan secara keseluruhan
i.
Akses
Setiap
kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian perlu memastikan
kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat
menengah menjelang 2020.
ii.
Kualiti
Semua
kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan
keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding dengan sistem pendidikan
antarabangsa. Sistem pendidikan di Malaysia menetapkan aspirasi untuk
meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa mengikut pengukuran antarabangsa dalam tempoh 15 tahun.
Pertaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan
konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu diterima di peringkat
antarabangsa.
iii.
Ekuiti
Sistem
pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap
kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang
sosioekonomi.Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian
atara murid Bandar dan luar Bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara
jantina sehingga 50% menjelang tahun 2020.
iv.
Perpaduan
Murid
yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada
masa mereka di sekolah.Oleh itu, sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi
perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain daripada
pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik dan belajar untuk
memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsia pengalaman dan
aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem
pendidikan yang memberi peluang kepada
murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
v.
Kecekapan
Sistem
pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan
keberhasilan murid masih tidak setanding dengan sumber yang telah disalurkan ke
dalam sistem. Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan masa
kini, kementerian berhasrat untuk memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Secara
kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa enrolmen dalam akses merentas semua
peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah menjelang 2020. Selain
itu, negara dalam kelompok sepertiga teratas, 50% pengurangan dalam jurang
pencapaian, sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian dan sistem yang yang
memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
2.
ISU , CABARAN DAN LANGKAH MENGATASI ISU
Isu dan cabaran yang
yang akan dihadapi seorang guru khususnya dalam melaksanakan komponen-komponen
seperi yang dinyatakan adalah daripada segi akses kepada pendidikan. Untuk
menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan asset utama yang berperanan dalam
menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam
cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Cabaran
kepada guru-guru lama (veteran) dalam mengendalikan akses ICT dalam pengurusan
dan pentadbiran sekolah selain daripada pengajaran di dalam kelas. Selain itu,
kemudahan akses yang kurang baik dan sempurna menjadikan guru akan ketinggalan
dalam menerima maklumat dan sebagainya. Kemudahan akses yang kurang
memuaskan disesetengah tempat menjadikan satu masalah atau kesukaran dalam
menjalankan aktiviti dan sebagainya.
Pihak
kerajaan harus menyediakan pelbagai kursus yang berfokus kepada cara-cara penggunaan
teknologi yang berkaitan dengan pengajaran seseorang guru dalam kelas. Setiap
guru perlu diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus tersebut supaya mereka
dapat memahirkan diri dan menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada dalam
sekolah untuk mengajar. Kerajaan perlu menyediakan sebuah komputer riba dan LCD
untuk para guru memastikan kelancaran kerja seorang guru dan sesi pengajaran
dalam kelas. Dengan mendedahkan guru kepada teknologi yang semakin canggih,
proses pengajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik kepada pelajar. Selain
itu, mereka juga dapat melengkapi diri sendiri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
yang terkini berkaitan dengan opsyen masing-masing dengan melalui internet. Ini
secara tidak langsung, dapat membantu para guru dalam meningkatkan kualiti
pengajaran mereka dalam kelas. Murid-murid juga dapat didedahkan kepada isu-isu
dan maklumat yang terkini melalui pengajaran daripada guru. secara logiknya,
krusus-krusus tentang teknologi yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan
perlu diberikan kepada setiap guru agar pengajaran berkesan dapat dilaksanakan.
Selain itu, pihak
kementerian harus merangka krusus-krusus untuk guru-guru yang sedang mengajar
dengan lebih sistematik. Sebagai contohnya, mengadakan krusus sepenuh masa
untuk guru-guru iaitu guru dikehendaki berhenti daripada mengajar apabila
menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah. Dengan ini, para
guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannya dan memberikan
lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagi para guru yang
telah berkhawin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepada cara
penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidak perlu
membazirkan masa dalam topik-topik yang tidak berkenaan dengan pengajaran
mereka. Setiap guru hanya perlu menumpuhkan perhatiannya dalam opsyen
masing-masing dan topik-topik kursus harus berkaitan dengan opsyen
masing-masing. Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat
dipertingkatkan lagi untuk melahirkan pelajar yang lebih bermutu.
Dalam
mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak kementerian,
pelbagai buku rujukan yang berkualiti perlu disediakan. hal ini dapat
membolehkan guru-guru merujuk kepada buku-buku tersebut jika menghadapi masalah
dalam pengajaran. Sebagai contohnya, buku mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Melayu dan Bahasa inggeris perlu disediakan. Walaupun mata
pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semasa sekolah rendah
dan sekolah menengah pelajar perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke tahap Universiti. Hal ini
kerana Sains dan Matematik akan diberikan kuliah dalam Bahasa Inggeris pada
tahap tersebut. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini juga
didedahkan ilmu pengetahuan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik semasa zaman Universiti. Ini dapat meringankan
beban guru daripada mempelajari semula kosa kata saintifik dan matematik dalam
Bahasa Melayu. Pihak kementerian juga perlu menberikan krusus-krusus yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran tersebut agar
guru dapat menguasai dan mengajar subjek tersebut dengan baik
Selain itu, mengambil kira semua
aspek serta aspirasi kementerian untuk menyediakan pendidikan berkualiti
setaraf antarabangsa, semua intitusi pendidikan guru perlu proaktif dalam
menghasilkan guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan pedagogi
tetapi juga mempunyai keghairahan dan kesungguhan yang tinggi dalam memastikan
pembelajaran berpusatkan murid sebagai teras pendekatan pendagogi masa kini.
Jika sekiranya sebelum ini guru hanya sekadar berdiri dihadapan sahaja mengajar
tetapi harus membimbing dari sisi kerana
mereka menerapkan kemahiran berfikir dan memimpin serta menjadikan pembelajaran
berpusatkan murid sebagai teras pendekatan pedagogi masa kini.
Adakalanya,
komponen-komponen ini menuntut untuk para guru menjalankan kerja-kerja
pengkeranian. Pada masa sekarang ada kebenarannya berbanding pada tahun 60-90
an. Kini para guru-guru terlalu sibuk dengan kerja-kerja pengurusan fail dan
sebagainya dan ia menjadi satu isu yang sering didengari. Jika dahulu, guru
dilihat memfokuskan kepada mengajar dan perhatian untuk aktiviti mengajar
ditumpukan sepenuhnya.Ini menyumbangkan kepada bebanan guru menjadi lebih
bertambah dengan kerja-kerja pengkeranian dan sebagainya. Ini akan menyebabkan
perhatian guru kepada muridnya didalam kelas akan menjadi kurang berkesan dan
realitinya memang sudah berlaku disekolah.
Sebagai
seorang guru, seseorang itu hendak sentiasa kreatif dalam cara penyampaian.
Penyampaian yang digunakan haruslah menarik dan membolehkan pelajar menumpukan
perhatian terhadap penyampaian guru dalam jangka masa tertentu. Guru seharusnya
diberikan kewangan yang cukup dalam melaksanakan amanah dalam pengajaran kerana
wang yang digunakan akan membawa kebaikan kepada pelajar. Alat bantu mengajar
yang lengkap akan membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelajar
akan lebih mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, had
kewangan untuk guru dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran harus
ditingkatkan. Kata orang Cina selalunya, biarpun miskin dari kewangan tetapi
tidak boleh miskin dari segi pendidikan. Oleh itu, masalah kewangan tidak
seharusnya menjadi halangan bagi para guru dalam pengajaran.
Isu lain yang
boleh kita nyatakan adalah kualiti guru dan isu ini bukan sahaja diperingkat
sekolah tetapidi peringkat nasional. Ianya akan mempengaruhi sistem pendidikan
di negara dan pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ).
Komitmen yang tinggi adalah perlu dalam merencanakan sesuatu perlaksanaan dalam
sistem pendidikan.Memandangkan guru-guru pada abad ke 21 lebih mencabar
berbanding beberapa dekad sebelum ini.Selaras dengan aspirasi murid, para
guru-guru perlu menerapkan kemahiran berfikir diaras tinggi dan kemahiran
memimpin menjadi teras dalam pedagogi.
Tambahan
pula, pada masa sekarang segala maklumat
dihujung jari sahaja. Isu dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh guru
adalah kemahiran guru-guru mestilah melangkaui kemahiran murid pada masa
sekarang.Pada masa sekarang, daripada pemerhatian peribadi terdapat guru-guru
yang kurang peka kepada perkara-perkara sebegini.Ini lebih teruk lagi sekiranya
murid-murid melangkaui kemahiran yang guru ada. Guru-guru masih lagi kurang
memahirkan diri dalam bidang ICT sedangkan pada masa sekarang kita dapati
sistem pendidikan abad ke 21 akan lebih
menggunakan akses teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan murid.
Sejak merdeka aspirasi negara yang
utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah
negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang
unik akan mempamerkan perpaduan yang
lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh pakar menunjukkan bahawa perpaduan yang
kuat mempunyai kaitan yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang
selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi. Murid-murid menghabiskan masa lebih
seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah
merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan.
Cabaran
yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga termasuk isu disiplin dan salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah
pada hari ini semakin hari semakin merosot dalam kalangan murid. Disiplin
merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para
pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang
sesebuah negara. Namun peraturan ini tidak mudah diterima oleh sebahagian
pelajar dan pelajar ini dikenali sebgai pelajar yang bermasalah disiplin.
Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial,
bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya wujud di dalam kalangan pelajar.
Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam era yang sereba
moden ini. Namun, isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sering
diperkatakan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk membendung
masalah ini. Tanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin pelajar sekolah
ini terletak di atas bahu guru-guru. Terbuktilah bahawa guru menghadapi cabaran
dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Pihak sekolah perlu
mewujudkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sistematik di sekolah.
Peraturan-peraturan ini hendaklah merangkumi dendaan bagi setiap kes disiplin
atau kes jenayah di sekolah. Kes yang serius hendaklah dilaporkan kepada pihak
polis. Penguatkuasaan undang-undang ini akan membolehkan berfikir sebelum
membuat tindakan yang dianggap sebagai melanggar disiplin. Pihak polis juga
boleh mengadakan kempen anti-jenayah , anti-dadah dan kempen lain yang
berkaitan untuk mendedahkan pelajar kepada kesan-kesan melanggar disiplin dan
melakukan jenayah. Selain itu, pihak polis juga boleh membuat pemeriksaan
mengejut di sekolah untuk memastikan pelajar tidak melakukan hal-hal yang melanggar
peraturan seperti mengedar dadah, mengambil pil khayal dan sebagainya. Di
samping itu, guru kaunseling juga boleh mengambil tindakan dalam memahami
sebab-sebab pelajar melanggar disiplin. kaunselor-kaunselor yang berkelayakan
dan berpengalaman amat diperlukan dalam sesebuah sekolah untuk membantu pelajar
yang bermasalah. Sekiranya masalah seseorang pelajar itu tidak wujud, maka
seseorang pelajar itu tidak akan melanggar peraturan.
Kewujudan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan agar dapat mengatasi
masalah disiplin di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru-guru
supaya dapat menyelesaikan masalah seseorang pelajar yang mempunyai masalah
disiplin. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Jelaslah
bahawa pihak sekolah, pihak polis ,pihak kaunselor dan ibu bapa perlulah
berkerjasama dengan pihak guru agar guru-guru dapat menangani masalah disiplin
di sekolah dengan baik dan meringankan lagi bebanan guru.
Isu dan cabaran yang
dihadapi adalah kewujudan sekolah jenis kebangsaan dan budaya perkauman yang
masih ada dikalangan murid. Kita dapati bahawa kewujudan sekolah jenis
kebangsaan cina dan tamil menjadikan jurang perpaduan dikalangan murid. Dalam
sekolah harian biasa juga, ada kalanya interaksi antara murid yang berbeza kaum
juga berlaku.Oleh itu, sekolah dan guru perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan
murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai
kepelbagaian.Pihak kerajaan perlu merangka program-program yang boleh
mengelakkan jurang antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Di samping itu, guru
juga menghadapi cabaran dalam usaha untuk memperkembangkan potensi pelajar
secara bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang daripada
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keempat-empat unsur ini
diterapkan melalui proses pembelajaran dan pengajaran semasa di sekolah.Guru
adalah tenaga penggerak yang berperanan membangunkan jasmani pelajarnya.
Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah imu pengetahuan serta kemahiran dalam
bidang jasmani tidak mencukupi. Guru yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan atau
kemahiran yang lengkap dalam bidang jasmani akan lebih sukar membantu pelajar
memperkembangkan potensi dalam sukan dan permainan. Guru juga tidak dapat
memberikan latihan yang profesional kepada mereka untuk memantapkannya lagi.
Oleh itu, guru haruslah memberi perhatian kepada bidang jasmani juga bagi
membantu pelajar mencungkil bakat mereka dalam bidang sukan.Seorang guru yang
ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar yang ceria,
penyayang, riang dan sebaliknya.
Guru
haruslah tidak membawa perasaan negatif dari tugas ke dalam kelas bagi
memastikan semua pelajarnya akan terus gembira dan berasa seronok semasa waktu
pengajarannya. Ini kerana emosi guru akan mempengaruhi niat dan keinginan
belajar pelajar.Guru juga menghadapi cabaran dalam usaha membentuk
unsur kerohanian dalam jiwa setiap pelajarnya. Antaranya adalah
menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan anak didik, menanam
minat beragama, kasih dan sensitif kepada agama dan membasmi kejahilan beragama
berasaskan Pendidikan Islam. Tugas guru bukan sahaja mengajar, tetapi juga
mendidik, membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia. Guru perlu bertindak
sebagai pemberi galakan dan bimbingan kepada pelajarnya untuk
mencapai kemajuan. Guru juga harus lebih banyak memberi pendedahan dan
penekanan mengenai pelbagai aspek pemikiran agar pelajar-pelajar ini dapat
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Guru terpaksa mengorbankan masa,
wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai dalam mengembangkan bakat dan
potensi pelajar.
LANGKAH-LANGKAH
Pihak
sekolah harus mengurangkan beban para guru dengan mengalihkan kerja-kerja
perkeranian atau jawatan-jawatan dalam sesuatu jawatankuasa daripada guru-guru.
Pihak sekolah juga harus mengupah kerani dalam membantu melakukan kerja-kerja
perkeranian bukannya memberi tugas ini kepada guru. selain daripada kerani,
pihak sekolah juga boleh mengupah penyelia untuk menjaga dan menyelia sesebuah
jawatankuasa atau tugasan. Hal ini akan dapat mengurangkan bebanan para guru
dan membolehkan mereka menggunakan masa yang lebih banyak untuk menyediakan
bahan untuk pengajaran yang berkesan. Para guru haruslah diberikan masa dan
ruang yang mencukupi agar dapat menggurangkan tekanan dalam pekerjaan ini.
Sekiranya kualiti pengajaran seseorang guru itu dapat ditingkatkan, maka penguasaan
seseorang murid dalam sesuatu subjek itu dapat ditingkatkan. Pendek kata,
kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan pengajaran mesti dikurangkan untuk
meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru dan juga menjamin prestasi
seseorang murid.
Pihak kerajaan harus
menyediakan pelbagai kursus yang berfokus kepada cara-cara penggunaan teknologi
yang berkaitan dengan pengajaran seseorang guru dalam kelas. Setiap guru perlu
diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus tersebut supaya mereka dapat memahirkan
diri dan menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada dalam sekolah untuk mengajar.
Kerajaan perlu menyediakan sebuah komputer riba dan LCD untuk para guru
memastikan kelancaran kerja seorang guru dan sesi pengajaran dalam kelas.
Dengan mendedahkan guru kepada teknologi yang semakin canggih, proses
pengajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik kepada pelajar. Selain itu,
mereka juga dapat melengkapi diri sendiri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang
terkini berkaitan dengan opsyen
masing-masing dengan melalui internet. Ini secara tidak langsung, dapat
membantu para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam kelas.
Murid-murid juga dapat didedahkan kepada isu-isu dan maklumat yang terkini
melalui pengajaran daripada guru. secara logiknya, krusus-krusus tentang
teknologi yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan perlu diberikan kepada
setiap guru agar pengajaran berkesan dapat dilaksanakan.
Selain
itu, pihak kementerian harus merangka krusus-krusus untuk guru-guru yang sedang
mengajar dengan lebih sistematik. Sebagai contohnya, mengadakan krusus sepenuh
masa untuk guru-guru iaitu guru dikehendaki berhenti daripada mengajar apabila
menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah. Dengan ini, para
guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannya dan memberikan
lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagi para guru yang
telah berkhawin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepada cara
penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidak perlu
membazirkan masa dalam topik-topik yang tidak berkenaan dengan pengajaran
mereka. Setiap guru hanya perlu menumpuhkan perhatiannya dalam opsyen
masing-masing dan topik-topik kursus harus berkaitan dengan opsyen
masing-masing. Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat
dipertingkatkan lagi untuk melahirkan pelajar yang lebih bermutu.
Dalam
mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak kementerian,
pelbagai buku rujukan yang berkualiti perlu disediakan. hal ini dapat
membolehkan guru-guru merujuk kepada buku-buku tersebut jika menghadapi masalah
dalam pengajaran. Sebagai contohnya, buku mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Melayu dan Bahasa inggeris perlu disediakan. Walaupun mata
pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semasa sekolah rendah
dan sekolah menengah pelajar perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke tahap Universiti. Hal ini
kerana Sains dan Matematik akan diberikan kuliah dalam Bahasa Inggeris pada
tahap tersebut. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini juga
didedahkan ilmu pengetahuan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik semasa zaman Universiti. Ini dapat meringankan
beban guru daripada mempelajari semula kosa kata saintifik dan matematik dalam
Bahasa Melayu. Pihak kementerian juga perlu menberikan krusus-krusus yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran tersebut agar
guru dapat menguasai dan mengajar subjek tersebut dengan baik.
Pihak
kerajaan perlulah memartabatkan profesion perguruan melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) agar guru-guru pada masa kini dapat menghadapi
cabaran-cabaran dalam proses pengajaran. Antara usaha yang telah dilaksanakan
ialah menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
Institusi ini melahirkan guru yang berkualiti dan guru berijazah melalui
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG),Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program
Bahasa-Bahasa Antarabangsa.
Selain itu, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan juga menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan,
memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan guru
sebgai langkag untuk memperkasakan kerjaya perguruan. Dengan program-program
yang disediakan, guru-guru pelatih akan menerima latihan daripada pelbagai segi
agar dapat mengharungi cabaran yang bakal dihadapi. Antara latihan yang diberikan adalah dari
aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan sebagainya untuk memastikan
kualiti seorang guru yang cemerlang. Latihan-latihan ini penting untuk
menyediakan guru pelatih dalam menghadapi cabaran.
Sebagai
seorang guru, seseorang itu hendak sentiasa kreatif dalam cara penyampaian.
Penyampaian yang digunakan haruslah menarik dan membolehkan pelajar menumpukan
perhatian terhadap penyampaian guru dalam jangka masa tertentu. Guru seharusnya
diberikan kewangan yang cukup dalam melaksanakan amanah dalam pengajaran kerana
wang yang digunakan akan membawa kebaikan kepada pelajar. Alat bantu mengajar
yang lengkap akan membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelajar
akan lebih mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, had
kewangan untuk guru dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran harus
ditingkatkan. Kata orang Cina selalunya, biarpun miskin dari kewangan tetapi
tidak boleh miskin dari segi pendidikan. Oleh itu, masalah kewangan tidak
seharusnya menjadi halangan bagi para guru dalam pengajaran.
Pihak
sekolah perlu mewujudkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sistematik
di sekolah. Peraturan-peraturan ini hendaklah merangkumi dendaan bagi setiap
kes disiplin atau kes jenayah di sekolah. Kes yang serious hendaklah dilaporkan
kepada pihak polis. Penguatkuasaan undang-undang ini akan membolehkan berfikir
sebelum membuat tindakan yang dianggap sebagai melanggar disiplin. Pihak polis
juga boleh mengadakan kempen anti-jenayah , anti-dadah dan kempen lain yang
berkaitan untuk mendedahkan pelajar kepada kesan-kesan melanggar disiplin dan
melakukan jenayah.
Selain
itu, pihak polis juga boleh membuat pemeriksaan mengejut di sekolah untuk
memastikan pelajar tidak melakukan hal-hal yang melanggar peraturan seperti
mengedar dadah, mengambil pil khayal dan sebagainya. Di samping itu, guru
kaunseling juga boleh mengambil tindakan dalam memahami sebab-sebab pelajar
melanggar disiplin. kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
amat diperlukan dalam sesebuah sekolah untuk membantu pelajar yang bermasalah.
Sekiranya masalah seseorang pelajar itu tidak wujud, maka seseorang pelajar itu
tidak akan melanggar peraturan.
Kewujudan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan agar dapat mengatasi masalah
disiplin di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru-guru supaya
dapat menyelesaikan masalah seseorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya
bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran
daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Jelaslah bahawa pihak sekolah,
pihak polis ,pihak kaunselor dan ibu bapa perlulah berkerjasama dengan pihak
guru agar guru-guru dapat menangani masalah disiplin di sekolah dengan baik dan
meringankan lagi bebanan guru.
Di
samping itu, seseorang guru itu haruslah bersikap positif dalam menghadapi
cabaran-cabaran yang ada pada masa kini. Guru juga perlu menghapuskan sikap
negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti
kerja. Seseorang guru yang berjaya
menghayati tanggungjawabnya akan dapat menangani cabaran dalam dunia
pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika guru yang baik akan sentiasa
menjalankan tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat untuk seseorang
guru dalam menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu bersyukur
kepada tuhan dan menghindari larangan tuhan serta sentiasa beriltizam semangat
berbakti.
Guru yang bertanggungjawab ke atas
dirinya akan seharusnya memahami kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat
memanfaatkan kekuatan tersebut dan memperbaiki kelemahan yang ada. Selain itu,
guru perlu sentiasa ingat tanggungjawabnya terhadap profesion guru. Oleh itu,
guruharuslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar
tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat
asal keluarga, intelek dan akademik. Guru perlulah bertindak laku baik agar
dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Tuntasnya, guru perlulah
menghayati etika guru dalam mengatasi cabaran yang dihadapi pada masa kini.
3.
KESIMPULAN
Dalam
menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam kemajuan dan kecemerlangan akademik. Perubahan sistem
pendidikan memungkin setiap guru perlu memahami prestasi dan cabaran semasa
sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada
pendidikan, meningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian
(ekuiti) mengukuhkan perpaduan dikalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan
sistem.
Selain
itu, kewujudan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap
murid serta menggariskan program tranformasi sistem pendidikan ini yang
merangkumi perubahan penting dalam kementerian dan memenuhi permintaan baru. Oleh
itu, pihak guru perlulah mempunyai daya dahan dan kemahiran yang tinggi dalam
menghadapi sebarang isu dan cabaran.
TUGASAN 2
Sistem pendidikan telah memainkan peranan penting pembangunan
negara. Oleh itu, pelbagai perubahan telah dilakukan dalam sistem pendidikan
negara sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi, budaya dan
politik. Jesteru itu, pelbagai strategi dirancang dan dilaksanakan khususnya
untuk bidang pendidikan dalam usaha membentuk generasi yang serba
berpengetahuan, berkebolehan dan mampu menempuh
alaf baru yang serba mencabar. Malah, pendidikan yang berkualiti dan
cemerlang adalah wahana untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berketrampilan
dalam pelbagai bidang yang menjadi agenda utama pembangunan negara sejak
dahulu lagi.
Sehubungan itu, guru memainkan peranan penting dalam
merealisasikan harapan ini dengan pelbagai cabaran.Sejak kebelakangan ini,
guru-guru dibebani dengan pelbagai kerja dan urusan berkaitan sistem pendidikan
dari segi pentaksiran berasas sekolah, KSSR dan sebagainya.Ini memerlukan
kepada kerja-kerja yang mengejar “due
date” untuk semakan pihak atasan atau sebagainya. Stress tidak dapat
dielakkan kepada semua guru dalam sistem pendidikan yang memerlukan mereka
dalam menjalankan tugas.
Menurut
Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan
sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres
merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa
yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Menurut Atlanta Health Centre ( 1995 ) mendefinikan
stress sebagai “wear dan tear” bagi
pengalaman badan kita semasa kita menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
terus berubah. Keadaan sebegini memberi kesan fizikal dan emosi yang dapat
mencetuskan rasa negatif dan positif. Menurut Kyriacou dan Sutcliffe ( 1978 ),
stress ialah tindak balas ke atas kesan negative seperti marah atau tekanan
yang biasanya diikuti dan kesan fisiologi dan perubahan biokimia seperti
peningkatan kadar denyutan jantung dan pelepasan hormone ke dalam saluran darah.
Manakala, Asmah Bee (2004) menyatakan
stress adalah suatu perasaan yang muncul disebabkan daripada
ketidakseimbangan fisiologi yang memberikan
kesan emosi yang tidak menyenangkan dan gangguan kepada komponen
negative.
Pada
masa sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain daripada
mengajar. Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami stres.
Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(NUTP), stres dalam kalangan guru dikenal pasti atas faktor:
· Tekanan oleh ibu bapa pelajar.
· Beban tugas.
· Prospek kenaikan pangkat.
· Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak
adil.
· Keinginan untuk mengajar.
· Infrastruktur dan lokasi sekolah.
Secara
umumnya, tinjauan untuk penulisan akan melihat bagaimana melalui kefahaman
guru-guru ini tentang stress. Tinjauan ini melihat kepada punca-punca stress,
kesan stress terhadap guru-guru dan cara menangani stress tersebut. Secara
khususnya, persoalan tinjauan ini merumuskan kepada beberapa persoalan seperti
kecenderungan kepada stress, punca-punca membawa kepada stress dan tindakan
yang boleh diambil dalam menangani masalah stress ini. Oleh itu, penulisan ini
akan merangkumi punca-punca dan cara menangani stress. Dalam tinjauan yang
dilaksanakan, persoalan diutarakan
iaitu:
i. Apakah tuan / puan cenderung untuk mengalami stress?
ii. Adakah anda selesa dengan
persekitaran kerjaya anda sekarang?
iii. Apakah punca-punca membawa kepada berlakunya stress
dikalangan guru-guru sekolah?.
iv. Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru untuk
menangani masalah stress?
i.
Apakah tuan / puan cenderung untuk mengalami stress?
Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa guru-guru disekolah saya mengalami stress dan yang membezakannya ialah tahap stress iaitu tinggi, sederhana dan rendah.Tinjauan telah dijalankan seramai 10 orang responden yang terdiri daripada 5 responden lelaki dan 5 responden perempuan.Daripada tinjauan ini, kesemua responden mengalami stress atau 100% mempunyai stress tetapi berbeza-beza tahap stress.Ianya dapat ditunjukkan melalui graf dibawah.
Graf
1: Tinjauan Kecenderungan Stress Mengikut Jantina.
Berdasarkan
graf diatas, bilangan guru yang mengalami tahap stress di tahap rendah mengikut
jantina adalah responden daripada kalangan guru lelaki seramai 2 orang.
Manakala bagi responden guru perempuan yang mengalami tahap stress pada tahap
rendah adalah 1 orang sahaja. Bagi tahap stress sederhana, bilangan responden
guru lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 3 orang. Responden bagi tahap
stress ditahap tinggi hanyalah 1 orang iaitu responden guru perempuan.
ii.
Adakah anda selesadengan persekitaran kerjaya anda sekarang?
Adakah anda selesadengan persekitaran kerjaya anda sekarang?
Graf
2: Tinjauan Tentang Persekitaran Kerjaya
Berdasarkan
graf di atas, tinjauan medapati bahawa
responden guru lelaki lebih selesa dengan persekitaran kerjaya mereka iaitu 5
orang atau 100 peratus. Ini berbeza dengan responden guru perempuan hanya 1
orang yang selesa dengan persekitaran kerjaya, selebihnya iaitu seramai 4 orang
responden guru perempuan tidak selesa dengan persekitaran kerjaya mereka.Melalui
soalan yang dikemukakan, sebab responden tidak selesa dengan persekitaran
kerjaya mereka pentadbiran yang kurang memuaskan.
Selain itu, kekurangan
infrastruktur yang tidak lengakap dan staff sokongan (kerani) sekolah tidak
mesra pelanggan. Ada juga responden menyatakan kurang kerjasama antara rakan
sekerja ditempat bertugas apabila mahu menjayakan sesuatu program menyebabkan
mereka tidak selesa dengan persekitaran kerjaya.Responden juga menyatakan
bahawa terlalu banyak kerja luaran selain daripada mengajar di dalam kelas juga
faktor tidak selesa dengan persekitaran kerjaya.
iii.
Apakah punca-punca membawa kepada berlakunya stress
dikalangan guru-guru sekolah?.
Melalui
tinjauan, beberapa faktor yang dijangkakan
boleh membawa kepada stress di kalangan guru di sekolah saya. Beberapa
faktor yang boleh diandaikan dalam kajian atau tinjauan ini adalah termasuk
keluarga guru. Ianya termasuklah masalah guru dirumah yang membawa kepada
masalah stress dan ianya ditambah pula dengan masalah bebanan tugas disekolah.
Selain itu, punca stress yang
berlaku disekolah melibatkan guru-guru adalah faktor pentadbiran sekolah
khususnya guru besar. Guru besar yang begitu tegas dan tanpa timbang rasa yang
adil dan saksama menjadikan guru stress. Sebaliknya, pentadbiran tegas tetapi
bertimbang rasa mengurang rasa stress dikalangan guru.
Faktor ketiga yang menjadi
punca stress adalah jumlah waktu mengajar yang banyak. Ini bermaksud guru-guru
mengajar melebihi dengan waktu yang telah ditetapkan seperti masa yang
ditetapkan 27 waktu tetapi guru menerima 31 waktu. Ini menyumbangkan kepada
punca stress dikalangan guru dengan beban tugas lain seperti pengurusan fail
pentaksiran, pengurusan kelas (guru kelas), guru penasihat ko-kurikulum dan
sebagainya.
Terdapat juga faktor lain yang
dinyatakan sebagai punca stress seperti umur guru, status diri ( kahwin,
bujang, duda dan janda), keadaan rumah tangga, bilangan pelajar dan arahan
kerja tambahan. Bilangan murid yang terlalu ramai di dalam sesuatu kelas juga
mempengaruhi stress dikalangan dan ditambah pula dengan arahan kerja tambahan
daripada PPD, Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya.
Terdapat juga punca stress
melibatkan dasar kerajaan yang sering beruba-ubah menjadikan bebanan tugas guru
bertambah. Dasar kementerian pendidikan pada masa kini berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 3PM ) yang ingin bertaraf antarabangsa dan
teknologi maklumat komunikasi ( ICT ) menjadi tunjang dalam sebarang urusan.
Ini menjadikan bebanan tugas yang banyak dan ditambah pula dengan pihak
pentadbiran yang tidak memberi panduan yang sewajarnya.Selain itu, ada juga
dikalangan guru dalam tinjauan menyatakan punca stress adalah birokrasi
pentadbiran dan hubungan antara guru yang agak rengang.
Melalui 3PM juga, aspirasi
murid mengkehendaki murid dinilai sepanjang masa melalui pentaksiran berasas
sekolah dan sebagainya.Ini menjadikan pertambahan kerja seperti kerja-kerja
pengkeranian yang terlalu banyak dan waktu mengajar yang banyak menyebabkan
guru-guru tidak dapat menumpukan kepada bidang tugas hakiki dan mengundang
punca stress.
iv.
Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru untuk
menangani masalah stress?
Secara
umumnya, masalah telah dapat diambil tindakan dengan baik.Ini berdasarkan
tinjauan mendapati hampir 70% menyatakan bahawa mereka menerima hakikat bahawa
semua manusia menghadapi masalah.Dengan itu, mereka mengambil langkah dengan
mengadakan perbincangan dengan rakan sekerja untuk mendapatkan nasihat mengenai
masalah stress yang dihadapi. Selain itu, mengingati pengalaman lepas untuk
mendapatkan sesuatu yang postif
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Tinjauan juga mendapati bahawa
guru-guru mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat diselesaikan
dengan baik. Ini dengan cara mereka membuat rancangan tindakan untuk
menyelesaikan masalah dan mengikutinya. Selain itu, setiasa membina harapan
yang positif terhadap masalah yang dihadapi sekaligus ianya dapat diselesaikan.
Tindakan lain yang boleh
dilakukan dalam menangani masalah stress ialah membuat satu rancangan tindakan
untuk menyelesaikan masalah dan
memperingatkan diri bahawa dalam mana-mana masalah ada penyelesaiannya. Ini
dengan cara membandingkan masalah diri dengan yang dihadapi oleh rakan-rakan
lain yang dikenali untuk menghilangkan
rasa tekanan.
Bebanan tugas guru dapat
dikurangkan dengan wujudkan jawatan kerani atau pembantu guru dalam
sistem-sistem yang mengkehendaki on line dapat membantu tugas guru dan guru
dapat menumpukan perhatian dalam kerja hakiki iaitu mengajar.Selain itu, team
building bagi mengeratkan persefahaman antara guru dan wujudkan persekitaran
yang lebih kondusif bagi guru untuk meningkatkan mutu kerja.
Kesimpulannya, stress adalah
sebahagian dan sentiasa melingkari kehidupan seharian manusia.Jesteru, setiap
daripada kita menghadapi stress cuma yang membezakan adalah pada peringkat
manakah stress memberi kesan dalam kehidupan. Dengan ini, guru juga turut
menghadapi stress dan adalah penting bagi guru yang menghadapi stress
mengetahui cara penyelesaian dan kemahiran mengurus stress. Ini supaya stress
yang dihadapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada guru sehingga menjejaskan
imej mereka serta organisasi pendidikan itu.
TUGASAN 3
Dalam pembentukan sahsiah murid yang
cemerlang dan mencapai hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang cemerlang
dan terbilang, pelbagai perancangan telah diatur dalam usaha murni ini. Salah
satunya adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan ini telah
merangkan 3 gelombang utama dalam perlaksanaannya iaitu Gelombang Pertama (
2013-2015), Gelombang Kedua ( 2015-2020 ) dan Gelombang Ketiga ( 2020 -2025 ).
Dalam usaha, gandingan semua pihak adalah penting iaitu di peringkat Kementerian
Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan
ibubapa serta murid.
Melalui penulisan ini
beberapa refleksi atau rumusan yang boleh dinyatakan berdasarkan
tugasan-tugasan sebelum ini. Sebagai seorang pendidik yang telah diamanahkan
oleh pihak kementerian pendidikan, seharusnya kefahaman dan ilmu perlu dalam
perlaksanaan sesuatu pelan pembangunan pendidikan. Kini, guru-guru telah
didedahkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) yang menghampat
guru-guru tidak kira peringkat perlu mempelajari dan memahaminya. Ini sekiranya
ketinggalan menyebabkan sebarang maklumat yang hendak disampaikan tergendala.
Kita merujuk kepada guru-guru lama ( veteran ) yang kurang memahami ICT. Ini
merupakan isu atau cabaran kepada guru-guru tersebut mahu ataupun tidak mesti
mesti mempelajari dan memahaminya.
Selain itu, kualiti guru memainkan
peranan penting dalam memastikan sistem pendidikan yang terbaik dikalangan
murid-murid. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan
faktor berasaskan sekolah yang paling singnifikan dalam menentukan keberhasilan
murid. sistem tidak boleh melangkaui
kualiti guru. Isu yang menjadikan ianya sebagai satu cabaran kepada kementerian
adalah walaupun terdapat guru yang
cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia kajian tahun 2011 mendapati bahawa
hanya 50% pengajaran disampaikan secara berkesan.
Sementara itu, statistik juga mendapati bahawa cabaran
besar yang dihadapi adalah lebih kurang
60% guru pada hari ini akan terus mengajar 20 tahun lagi.Kementerian perlu
menjalankan aktiviti atau sistem pendidikan yang membudayakan bimbingan rakan
sejawat untuk meningkatkan kecemerlangan professional iaitu melalui pementoran
dan perkongsian amalan terbaik.
Selain itu, melalui penulisan ini
saya mendapati bahawa tinjauan yang dijalankan disekolah
mendapati bahawa stress ini menjadi perkara penting untuk diatasi atau
ditangani. Stress boleh memberikan kesan buruk kepada pihak guru itu sendiri
dan organisasi amnya. Faktor penyumbang utama kepada stress adalah faktor diri
sendiri seperti faktor keluarga atau ibu tunggal. Selain itu, faktor
pentadbiran sekolah juga punca stress berlaku disekolah. Ianya memerlukan
kepada pengurusan kemahiran mengurus stress dengan baik dan berkesan. Ini
sekali gus memberikan keselesaan dan semangat kepada guru dalam menjalankan
tugas dan seronok dengan kerjaya yang diperolehi. Kaedah yang sesuai ialah
dengan kaedah psikologi dalam menangani masalah stress ini.
Tinjauan saya juga mendapati
bahawa guru-guru mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat
diselesaikan dengan baik. Ini dengan cara mereka membuat rancangan tindakan
untuk menyelesaikan masalah dan mengikutinya.
Melalui tugasan ini, kefahaman
tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 3PM ) lebih meluas dan medalam
dalam diri saya. Pengetahuan tentang aspirasi kementerian dalam memartabatkan
sistem pendidikan setaraf dengan sistem pendidikan antarabangsa melalui
transformasi pendidikan. Saya sebagai seorang pendidik atau guru perlu memahami
konsep akses, ekuiti, kuanti dan perpaduan dikalangan murid.
Selain itu, 11 anjakan dalam
3PM ini memberikan panduan kepada saya dalam memastikan sistem pendidikan dapat
disampaikan kepada semua pihak. Ini meliputi kerjasama antara murid, guru,
ibubapa dan masyarakat sekeliling. Kewujudan Sarana Ibubapa memberi peluang
kepada ibubapa menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk pembangunan sekolah dan
kecemerlangan murid.
Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)